Buah Mulberry Berbuah Lebat

Tuesday, March 24, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Balik kampung mesti akan tengok-tengok pokok mulberry yang satu ni. Buahnya tak pasti lah ikut musim ke tidak. Pokok mulberry kat belakang rumah. Kalau tak ke belakang rumah memang tak tahu lah kewujudan pokok mulberry. Pokok dia besar dah macam pokok rambutan yang rendang. Bila dari jauh nampak buah-buah banyak, terus pergi ambil bekas nak petik buah mulberry yang dah masak.



Bergumpal-gumpal segugus buah mulberry. Seronok betul tengok buah mulberry lebat macam ni. Geram je nak petik semua yang ada. Rasa nak petik terus makan je. Semut pun banyak berkumpul pada buah-buah ni. Kalau makan terus ni confirm makan sekali dengan semut kalau tak perasan.


Buah mulberry ni Fiza je yang dok kerjakan. Yang lain tak hairan pun. Ini je yang dapat Fiza petik sebab banyak yang tinggi-tinggi. Kita ni rendah memang tak sampailah nak memetiknya. Cukuplah untuk makan sorang. Paling suka makan yang hitam tu sebab manis.



Pokok mulberry ni kalau tanam kat tanah (bukan dalam pasu) memang hidup elok dan berbuah lebat. Kalau tanam dalam pasu, segan nak hidup apatah lagi berbuah. Jenuh dah Fiza ambil benih keratan batang nak tanam kat dalam pasu kat rumah, tapi kejap je hidupnya. Aduhaiii, giveup! Makan hasil mulberry kat kampung je lah jawabnya. Nak balik sekarang tak boleh dah. Tunggulah lepas habis tempoh berkurung baru balik kampung lagi. Itupun kalau masih ada lagi buahnya.

With Love, Sihatimerahjambu

32 comments

  1. ofismet aida, ada tanam pokok mulberi ni.
    di tanah.
    memang meriah buahnya, fiza. sama mcm ni.
    aida x tanam :)
    x pandai nak bela nyer. lagipun tanah sekangkang kera je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanam atas tanah kat kampung memang meriah buahnya. tak payah jaga sangat pun elok. Kalau dibandar ni manja terlebih pokok ni, susah nak membesar.

      Delete
  2. Replies
    1. Lebat. Ni tunjuk yang dekat² dahan dia. kalau ambil gambar pokok besar sangat pulak tak nampak buah buah kecik.

      Delete
  3. sedapnye...rietta suka yng masak ranum...dulu opismate selalu bawa bila berbuah lebat....sekarang mcm dah xde je....hehehe....sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak ranum tu memang sedap. Tapi jenuh juga nak memetik semua tinggi². Takde mungkin pokoknya kurang berbuah lah kot kan.

      Delete
  4. Banyak buahnya. Selalu nampak satu dua je.
    Suburlah pokok nampak tumbuh di kampung.

    ReplyDelete
  5. Merah-merahnya semuanya. Tak pernah makan. Sedap ya? Kat mana boleh beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Yang merah tu masih masam lagi. Yang hitam baru manis. Tak pasti jual kat mana, boleh cuba tanam. Beli benih dekat shopee banyak ada jual :)

      Delete
  6. Geram nengok buahnya tu, kat kampung pun besar dah pokok mulneri mak akak sampaikan terbuang buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram tengok banyak banyak ni. tapi itulah jenuh pulak nak memetiknya. kat sini pun sama terbuang je tak makan. Fiza je yang rajin nak petik. hihi

      Delete
  7. wah baru tau ternyata itu namanya buah mulberry ya hehe. ada banyak di sebelah rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. wahh ada banyak tu boleh makan lebih banyak :)

      Delete
  8. Seronoknya bila pokok kita tanam hasilnya menjadi kan...sedapnya buat jus..akak suka makan macam tu aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..ini orang lain tanam, fiza tukang petik je. hihi. xsempat nak buat jus sebab haritu balik kejap je sebab kenduri. next timelah balik kalau ada lagi. makan macam tu pun sedap.

      Delete
  9. Saya sering sekali melihat tanaman macam ni, tapi waktu saya tengok tu tak tau fungsinya buat ape, jadi saya abaikan je saat itu.

    ReplyDelete
  10. Wahhh suka mulberry! Tapi sini takdok orang jual benihnya. Maka bertabahlah tengok mulberry dipasaraya aje harhar! Jemput singgah: Resepi Fluffy Souffle & Dalgona Coffee

    ReplyDelete
  11. mulbery belakang rumah ni..kalau tak ayam makan..mesti si monyet makan..sabo jela...

    adapon dpt la merasa sikit2..jadi le nak.....hhahaha

    ReplyDelete
  12. wow banyakkkkkk buah dia da masak tu.. puas hati petik banyak cemtu.
    dapppp walaupun kadang2 dpt yg masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati sampai tak larat dah nak petik banyak.

      Delete
  13. Ala.. ini yang buat lagi nak ke pejabat nie.. Apa cerita agaknya pokok Mulberry depan library tu.. mesti buahnya dah masak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.