Teh O Lemon Panas Di Pagi Hari

Tuesday, February 18, 2020

Hujan lebat dari tengah malam tadi sampailah ke subuh. Sejuk bukan main lagi! Alhamdulillah sejuk sikit pagi lepas seharian semalam panas teruk. Bila sejuk waktu hujan ni mulalah perut minta makanan dan of course nak minum air panas. Dapat secawan teh o panas a.k.a hot lemon tea memang terasa segar di pagi hari. Kalau tak, rasa macam bercita-cita nak sambung tidur. 


Stok lemon ni memang ada sebab rajin buat air detox. Letak je hirisan lemon dalam air kosong. Kalau air kosong semata-mata dia rasa macam malas nak minum. Bila letak lemon tu rajinlah sikit nak minum. Salah satu usaha untuk rajin minum air masak. Jangan pulak diletak gula ye. Tak sihat dah tu. Kalau letak madu takpe.

Teh O kosong tanpa gula letak sehiris lemon pun okay. Masih ada rasa. Tapi kalau tak biasa, letaklah setengah sudu camca gula je. Kalau dah biasa minum kurang manis ni takde hal. Memang kena kurangkan manis-manis tu. Tapi jenis susah nak tinggalkan kopi ni macamana. Aduh, rasa pening kepala kalau tak minum kopi tu.

Khasiat minum teh o lemon panas ni lebih kepada sistem pencernaan dan juga salah satu cara untuk baikkan selsema. Lemon kan salah satu spesis buah yang kaya dengan vitamin C. Selain untuk kecantikan, bagus juga untuk kesihatan. Kan? Terasa segar dan panas badan minum air teh o panas dengan lemon ni. 

Nota : 
Pagi ni dapat berita Ashraff Sinclair meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Genap seminggu arwah Abam pergi, menyusul lagi satu berita pemergian anak seni. Al fatihah buat mereka yang telah pergi. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aaminn...


26 comments

  1. Minuman favourite saya time pregnant di waktu pagi bagi menghilangkan rasa mual dan loya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan boleh hilangkan mual secara natural. Sedap dan fresh :)

      Delete
  2. memang best layan teh o panas time musim hujan ni kan...

    akak ada email fizah tau, nanti minta usha ya email tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap minum teh lemon panas musim hujan ni panaskan badan. Okay kak, reply dah kan :)

      Delete
  3. Fiza rajin buat teh lemon ye. Saya ni macam tak boleh teh lemon takde gula. Tulah nak kurangkan penggunaan gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali je, tak selalu bergantung pada stok lemon yang ada :)

      Delete
  4. sedap sangat teh o lemon panas. terasa bergerak di kerongkong ^_^

    ReplyDelete
  5. sedap plak nampak teh o lemon panas tu....biasa rietta minum yang berais...bleh la cuba yang ini pula nanti....

    ReplyDelete
  6. itu la, terkejut dengan berita pemergian arwah...moga keluarganya tabah..

    sebelum ni amalkan juga detox lemon ni..tapi sejak diserang gastrik, jarang2 da minum dengan perut kosong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gastrik jangan minum kak. nanti memudaratkan susah pulak nanti.

      Delete
  7. Waaa~ Aien pulak minum teh o je. Lemon tak ada dalam stock. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada lemon nanti boleh cuba letak dalam teh o panas tu :)

      Delete
  8. sy suka kalau dpt mcm ni pagi2 sng nk membuang nnt hehehe

    ReplyDelete
  9. Suka minum teh o lemon bila badan rasa letih. Rasanya umphhhh sangat.
    Alfatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  10. jrg minum tp kalo tk sihat kena minum minuman panas

    ReplyDelete
  11. Suka minum ini masa tengah mengandung.. dapat kurangkan loya..

    ReplyDelete
  12. Boleh tau, guna font apa untuk 'Hot Lemon Tea' tu?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.