Sambal Belacan Moden Tapi Tak Letak Belacan?

Wednesday, February 19, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Dalam blog ni dalam bermacam versi sambal belacan dah ni. Banyak pulak resepi sambal belacan yang sedap-sedap. Paling terbaru Fiza cuba buat sambal belacan moden pedas berapi tapi tak letak belacan. Kiranya ala-ala sambal ayam penyet macam tu. Tak tahu nak namakan sambal belacan ke tidak sebab tak letak belacan pun. Haha...pandai-pandai je nak guna nama belacan kan. 


Kenapa tak letak belacan? Sebabnya husband sejenis manusia yang tak makan sambal belacan. Kalau buat sambal ala ayam penyet ni baru dia makan. Cuma bezanya tambah ikan bilis sikit menggantikan belacan tu lah. Lagipun buat sambal macam ni boleh lebih tahan lama dan kaedah macam ni lebih bagus sebab semua bahan dimasak terlebih dahulu dan takde lah sakit perut makan yang mentah kan. Tapi yelah kan, selera masing-masing.

Bahan-bahan
1 Genggam cili api merah yang super pedas.
1 biji bawang merah sederhana besar atau separuh biji bawang besar potong 4
1 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
secubit garam
1 sudu camca gula
1 biji tomato potong 4
Sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan sekali (kecuali garam dan gula). Goreng semua bahan-bahan sehingga masak layu dan ikan bilis agak garing sikit. Nak goreng satu-satu bahan pun boleh tapi nak menyenangkan kerja goreng sekali semua.
2. Dah masak, toskan dan biarkan sejuk.
3. Nak blend tu masukkan garam dan juga gula.
4. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti ais. 


Stok sambal belacan ni wajib ada sebab kurang berselera kalau makan makanan yang tak pedas. Goreng ikan dan rebus bendi buat ulam makan dengan sambal belacan dan nasi panas memang terbaik. Takpun goreng ayam ke, tempe ke. Sesuai makan dengan sambal ni. Senang kerja masak kalau makan sorang-sorang tu. Kadang beli makanan tak rasa pedas, tambah je sambal ni. Barulah berselera makan gitu. Betul tak wahai geng pedas? Hihi

With Love, Sihatimerahjambu

33 comments

  1. dlm kes ni belacan kena fitnah.. kehkehkeh.. gurau je!
    sedap ni.. penambah selera..

    ReplyDelete
  2. nasib baik kami semua makan belacan. hehehehe

    ReplyDelete
  3. namanya kene tukar sambal bilis kalau gitu heheheh.. sedpnya makan dengan ulam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.banyak pulak bahannya tak tahu nak namakan ape dah. memang sedap makan dengan ulam

      Delete
  4. Versi lain sambal. Bolehlah siapa yang tak makan belacan buat ni.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kann..tapi nak buat macamana kalau dah memang tak makan belacan :)

      Delete
  6. selalu buat sambal macam ni jela sebab nak letak belacan alahai alergic pulak. tapi belacan sedapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..kena buat mana yang kita boleh makan je.

      Delete
  7. ada sesetengah orang bisa dengan belacan..kalau sekali makan memang berair habis hidung...selsema tak sudah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teruk macam ni better jangan makan. kesian pulak :)

      Delete
  8. kene rebranding nih, namakan 'Sambal Belacan Fake' ., hahaha mesti viral nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. fake pun bolehlah wak. tak tahu nak bagi nama apa..sambal pun bolehlah. takmo viral viral. hihi

      Delete
  9. Hilang rasa belacan. Yang penting sedap.

    ReplyDelete
  10. takde belacan, sebut Sambal Tumis je la..hahahhaha

    ReplyDelete
  11. eh tapi unik cara penyediaannya tu...susah jugak nak bagi nama yang sesuai...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal tumis dah macam terbayang sambal lain pulak dah..takpe, panggil sambal je lah gitu. hihi

      Delete
  12. oh sambal belacan tanpa belacan...certain org sensitif bila mkn belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, itu yang tak leh campur belacan tu.

      Delete
    2. husband aida pun elergi belacan.
      but, bila sambal belacan, dia nak belacan.
      biar la lepas tu elergi, dia x kisah. janji time makan, sedap.

      Delete
  13. sambal belacan tanpa belacan...?
    hi hi hi kena panggil sambal ala sambal belacan ni hi hi hihi...
    takpe, janji kena selera.
    ada ke takde ke, kita yg makan, kan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.