February, My Birthday Month!

Saturday, February 01, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Nah, dah masuk bulan February dah awak-awak sekalian. Bila sibuk, tanpa sedar cepat sangat masa berlalu. Bulan January yang sibuk tak berkesudahan carry forward masuk bulan February. Boleh kira berapa ketul entri je untuk bulan February. Awal tahun prestasi blog dah kelaut tak bertepian. Banyak nak kena catch up semula bulan February ni. Bertabahlah wahai seorang blogger sihatimerahjambu. 

Apa yang penting, bulan February bulan yang yang ditunggu setiap tahun. Birthday month of course! Siapa birthday 7 February, kita se geng! Baru nak plan nak bercuti tapi terpaksa cancel sebab husband tak cuti. Sedih tapi apa nak buat, perancangan Allah lebih baik. Iyelah kan, dengan keadaan Malaysia sekarang yang tengah panas dengan novel coronavirus, lebih baik kita elakkan daripada keluar rumah. Mencegah lebih baik daripada mengubati orang kata.



"Don't compare your beginning to someone else's middle. Start seeing your worth and face the world."
Bulan February tak ada cuti selain cuti Hari Wilayah (1 Feb) dan juga Thaipusam (8 Feb) yang negeri tertentu je cuti. Cuti ke tidak sama je bagi Fiza, kerja tak pernah habis. Sibuk dia taknak kalah dengan orang yang lebih sibuk. Baguslah sibuk dengan kerja sendiri, tak perlu lah nak fikir benda remeh temeh. Bila tak sibuk nanti mulalah fikir bukan-bukan termenung sana termenung sini dan bosan. Manusia ni, buat apa semua ada je yang tak kena. Kena banyak-banyak bersyukur, itu je ubat dia.

If the grass looks greener
on the other side, stop staring.
Stop comparing and complaining.
Start watering the grass
you're are standing on.
With Love, Sihatimerahjambu

34 comments

  1. Frust jugak bila public holiday jatuh hari Sabtu sebab tempat saya keje burn macam tu je. Sedih. Apa pun, hepi birthday in advance Fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak best Public Holiday jatuh sabtu or ahad kan. Apa pun, terima kasih Sal :)

      Delete
  2. Yup bersyukur dengan apa kita ada. Setiap orang ada tugas dan peranan masing- masing.
    Semoga gembira selalu.

    ReplyDelete
  3. sama birthday dengan kawan sekolah akak...7 februari gak

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak sambut ulangtahun ye... Semoga kita dilindungi dari pelbagai penyakit

    ReplyDelete
  5. ahai kita sama February tak terasa umur semakin banyak dah tua aku ini

    ReplyDelete
  6. Ohh February baby ya.. Happy and healthy always ya..

    ReplyDelete
  7. Ucap siap-siap happy birthday...

    samalah cuti ni dok rumah ja...takut pula nak keluar

    ReplyDelete
  8. happy birthday in advance fiza..heheh..jangan sedih xdapat bercuti..betul fiza ckp dgn keadaan sekarang ni.. naudzubillah kita xnak benda2 tak elok jadikan..

    ReplyDelete
  9. xleh wish lagi sbb tak thu tarikh lagi..hihi

    ReplyDelete
  10. tk best bila hari cuti negeri jatuh hari sabtu sbb tk dpt la cuti...certain company akan bg cuti ari jumaat kalo jatuh hari sabtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..untung kalau cuti jatuh jumaat atau isnin. syok dapat long weekend.

      Delete
  11. Happy birthday in advance Fiza.
    Mujurlah 7 Februari.
    Februari 2020 tahun lompat siapa yang birthday 29 Februari tu tahun ni baharulah boleh sambut betul-betul eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. itulah anak buah 29 februari tahun ni dapatlah dia sambut birthday.

      Delete
  12. aww baby february ye.. semoga yg indah2 bulan ni buat fiza

    ReplyDelete
  13. happy birthday akak. sambut birthdar for the whole month because it's your month hehe

    ReplyDelete
  14. Kita geng februari juga. Hehe. Happy birthday in advance fiza 🎂.

    ReplyDelete
  15. Happy Birthday Fiza. Wow ngam ngam bukak blog ni on your birthday. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt hendaknye.

    ReplyDelete
  16. happy birthday fiza !! semoga panjang umur dan hidup diberkati allah

    ReplyDelete
  17. cepat sangat masa berlalu ni xdan kejar..
    tau2 dah Feb dah ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.