Design Baru Sampul Duit Raya Hipster Twenty Twenty

Monday, February 03, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Macam awal lagi je nak fikir pasal raya. Tapi tahun ni raya pun awal bulan Mei dan Ramadhan pun bulan April. Jadi, kenalah promote awal tempahan sampul duit raya hipster yang setakat ni setiap tahun Fiza open order. Sebenarnya boleh je order anytime tapi untuk raya tahun ni Fiza terpaksa tutup awal juga sebab tu promote dan beritahu awal-awal. Yang nak order tu, boleh order awal ye sebab order awal ni special sikit boleh lah request untuk customize design. Bila dah banyak order nanti dan nak dekat-dekat tarikh tutup memang tak dapek nak nolong eh nak begitu begini.

Ini pun baru je siap 500pcs. Order banyak-banyak macam ni memang disarankan sangat order awal sebab lambat-lambat Fiza tak terima order. Mana nak sempat oii nak buat 500pcs bila dah dekat raya. 500pcs nak buat manual potong dan lipat sendiri tu memang ambil masa. So tahun ni tempah awal, dapat awal dan tutup order pun awal. Dapatlah diri ini rehat awal dan bulan Ramadhan pun tak terganggu dengan kerja. Nak buat design lagi, nak settlekan order sampul duit raya lagi, nak menulis lagi, nak photoshoot lagi. Anda rasa saya ada masa untuk berehat? 


Ikutkan memang bulan Ramadhan taknak ambil tempahan dah. Tahun lepas bila extend sampai Ramadhan, order makin bertimbun. Syukur murah rezeki tapi iyelah kan, kesihatan perlu dijaga. Kesihatan tu lagi perlu dijaga. Jadi, tahun ni bulan Ramadhan kita tutup tempahan je lah ye. Tahun ni ada sikit je design baru yang sempat Fiza buat. Dek kerana kekangan masa, idea pun tak muncul-muncul. Ini je yang dapat.




Design corak abstract jadi pilihan. Simple dan sesuai dengan hipsternya lah kot. Apapun terima kasih untuk mereka yang order setiap tahun. Terima kasih menghargai hasil kerja Fiza yang mencecah ke lima tahun. Alhamdulillah. Berminat nak order sampul duit raya hipster, boleh je contact Fiza melalui email atau message di media sosial. Terima kasih semua.

Tarikh tutup tempahan : 10 April 2020

With Love, Sihatimerahjambu

58 comments

  1. Rupanya Fiza sibuk buat kad raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, siapkan kerja penting dulu baru boleh hadap blog dan socmed :)

      Delete
  2. Rupanya Fiza sibuk buat sampul duit raya.

    ReplyDelete
  3. cantik..kaler brown..kalau nak kaler lain pun boleh jg kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaler lain tak buat lagi. brown sebab guna kraft paper :)

      Delete
  4. Perghhh ni nak bagi kat orang pun sayang 😂😂😂

    ReplyDelete
  5. wah semua pun cantik cantik...nice...

    PS: xkuar pun CNY hari tu...mls nak bersesak sebab kes influenza n corona virus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Ye, sekarang kurang keluar rumah. Berjaga-jaga lebih baik :)

      Delete
  6. cantiknya fizah! nanti kalo ada rezeki lebih insya'Allah nak tempah jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Silakan tempah sebelum close order :)

      Delete
  7. cantik dan hipster betul design nya ya

    ReplyDelete
  8. Lawa semua design rasa macam menggoda nak order. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Meh cepat order sebelum kita close order :p

      Delete
  9. Simple but nice.
    Ialah raya pun awal puasa tak habis ganti lagi nih! haish!

    ReplyDelete
  10. lawa laa teringin jg nk ada sampul sendiri tutup order lmbt sket boleh x? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena order awal jugak.kesian kat kita nanti xdpt rehat :)

      Delete
  11. cantiknya fiza buat..
    gigih sgt tu buat manual gunting lipat.. aduhhhh

    ReplyDelete
  12. ohsem.. masyukk :p

    selamat hariraya cikfizah tuuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya masyuk lah tahun ni. Selamat hari raya. eh,lambat lagi

      Delete
  13. cantik sgt. pandainya akak design.

    haha typo td, please delete yg tu XD

    ReplyDelete
  14. Simple tapi unik. Semoga terus murah rezeki fizah.

    ReplyDelete
  15. Teringin nak customize kad raya tapi tu lah... saya bekerja pun tak apatah lagi nak bagi duit raya XD

    ReplyDelete
  16. cantiknya and unik la sampul raya pakai craft paper ni.

    ReplyDelete
  17. cantik2 design.. tahun ni raya awai mesti banyak ni dpt tempahan..
    murah rezeki selalu =)

    ReplyDelete
  18. salam sis, kalau nak order yang design untuk tahun lepas boleh ke?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.