Sambal Tempe Jawa

Thursday, January 02, 2020

Sebut tempe je mesti ingat jawa je kan? Asal tempe je jawa, Asal jawa je tempe. Eh, tak jawa pun suka sangat makan tempe. Salah seorang peminat tempe tu Fiza lah. Kau orang minat tempe tak? Tempe masak apa dan campur dalam apa apa menu pun sodap! Peminat tempe mana boleh kata tak sedap. Buat lauk boleh buat hidangan petang tempe goreng cicah sambal kicap lagilah sedap. Johor style kalau cicah sambal kicap ni. #doneclaim.

Selain tempe goreng yang sedap tu, kalau dibuat lauk kebiasaannya akan masak sambal tempe dengan ikan bilis dan kacang tanah tu. Style orang jawa pulak macam biasalah sambal tempe jawa. Resepi Fiza masak ikut suka, memang derhaka dengan resepi original javanese people. Suka juga masak sambal tempe jawa ni kalau ada stok tempe. 


Hidangan ni sangat sesuai dimasak ketika sedang malas nak masak lauk lain. Lauk yang satu ni je pun dah cukup untuk hidangan kami berdua suami isteri. Kadang tu buat ratah lauk je. Tapi dalam malas-malas pun kira rajin juga lah nak menyediakan sepinggan lauk sambal tempe jawa ni. Nampak mudah tapi leceh sebenarnya nak sediakan bahan-bahannya.

Nak kena goreng tempe dan ikan bilis dulu. Kemudian barulah boleh menumis dan satukan semua bahan-bahan. Nak menunggu tempe tu masak dan ikan bilis garing pun ambil masa juga tu. Seleceh-leceh nak menyiapkan hidangan, dapat sediakan lauk favourite terus lupa segala kelecehan. Kiranya lauk malas-malas rajin namanya. 

Harini macam malas nak kongsi resepi sebab tak tahu resepi original dia macamana kan. Takut salah resepi original, marah orang jawa kang. Hihi..gurau je. Yang sebenarnya malas nak menaip resepi. Google je dah boleh dapat pelbagai jenis cara masak sambal tempe jawa ni.


56 comments

  1. sedap tempe jawa ni.. kena pulak kami kawen dgn orang jawa, so memang selalu jumpa sambal tempe jawa.. nak buat jugak la nanti. kami suka yg ada fucuk dalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung tu selalu dapat makan sambal tempe jawa. letak fucuk pun sedap!

      Delete
  2. Dapnya,, tapi lagi sedap sambal jawa biasa tu. Pergh~ mengadap tu aje pun boleh. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal jawa biasa yang mana ye? yg biasa tu panggil sambal tempe ikan bilis :)

      Delete
  3. sedapnya, tapi laki akak kurang minat sayur yg ada suun tuh, jd akak jarang masak sambal tempe gitu... tempe selalu akak masak lemak putih atau masak tumis goreng dengan kering-kering, laju je laki akak layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak minat suhun tak payah letak pun xpe. Kalau Fiza kurang pulak kalau tempe masak lemak putih tu. hihi

      Delete
  4. Saya suka tempe. Makan tempe goreng kunyit tu je boleh sahaja.
    Masa sekolah rendah di Johor, kantin jual Tempe bersambal. Rasa pelik sikit sebab masa tu pertama kali jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempe goreng kunyit cicah sambal kicap pun sedap. memang johor style kalau cicah sambal

      Delete
  5. sedap2 . saya peminat tempe juga, goreng je pun sedap tapi paling suka tempe goreng dengan ikan bilis pedas. fuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempe goreng ikan bilis bersambal tu memang sedap ever!

      Delete
  6. Sedap tempe.. br je mkn ayam penyek ade tempe goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempe cicah dengan sambal ayam penyet tu lagilah sedap

      Delete
  7. sambal tempe my favvvv, kalau makan nasi dengan sambal tempe pun takpe. sedap je. tambah tambah kaalau nasi panas, lagi buka selera gittew heheheh :p

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tempe Fiza tu
    Mrs. A suka sambal tempe yang campur kacang dan ikan bilis tu.
    Tapi masak apa-apa pun makan jugak hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal tempe ikan bilis goreng tu memang idaman ramai :)

      Delete
  9. i don't really like tempe but kalau yg goreng and rangup is an exception. hehe

    ReplyDelete
  10. hampir setiap orang sepertinya suka tempe, mulai dari dibuat lauk, digoreng, ditumis, bahkan kayak sekarang dibuat sambal. Hmmm, menarik sepertinya buat dibuat sajian di Rumah sambal tempenya

    ReplyDelete
  11. sedappnya makan dengan nasi putih panas2 perghh sedap sehingga menjilat jari

    ReplyDelete
  12. Sedap jga sambal tempe tu..ismi suka jga mkn tempe tp sllunya mmg goreng je dgn kunyit..hiris nipis2 mcm buat kerepek..mengunyah smbil tgk tv sekjp je sedar2 dh licin sebungkus tempe..hehe

    ReplyDelete
  13. Main main kemari lah, di sini banyak kali tempe. Lezat.. Bisa diolah dengan berbagai menu.. Btw, fotonya baguuuss. Ku sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana lagi banyak masakan berasaskan tempe kan. Terima kasih Ella :)

      Delete
  14. tempe kuren sikit.. wak sukak mkn tauhu

    ReplyDelete
  15. sambal tempe jawa ni suka yang ade banyak suun. dah macam mee goreng pun ade kalau dah banyak suun tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kalau lagi banyak suhun. Betul! Dah macam bihun goreng pulak.

      Delete
  16. kt rumah masak tempe mcm nilah walaupun bkn org jawa.. heee

    ReplyDelete
  17. tempe best! teringat arwah nenek dulu goreng tempe garing-garing. Letak je habis kami semua ratah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng garing tu memang sedap. Kenangan sangat zaman kecik macam tu kan Sal.

      Delete
  18. Rumah sha wajib ada bekal tempe. Tetiap minggu nak masak tempe hehe

    ReplyDelete
  19. Tempe memang favorite kak ana. Lg2 kalau masak sambal goreng jawa. Ratah mcmt tu je dah kenyanh.

    ReplyDelete
  20. Sedap jugak tu... Tapi, teman nie sesekali je makan tempe nie...

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak makan tempe, kat rumah ni tak ramai peminat..kita pun jadi malas nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ramai makan memang kurang rasa ingin membeli dan masak kan. nak makan tu kena beli sikit je lah

      Delete
  22. lama tk mkn tempe tp slalunya mkn tempe + ikanbilis yg sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu pun sedap tu. masak kering kering boleh tahan lama juga

      Delete
  23. ahhhhh kita pun seketul bukan jawa yang suka sambal jawa...nyum nyummm

    ReplyDelete
  24. ini makan dengan nasi panas saja pun da buat tambah2 daaa ni.
    xyah nak lauk lain sangat da..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.