Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange

Wednesday, January 22, 2020

Morning! Haa, tenggelam timbul tuan blog. Sibuk tak boleh bawa bincang dah sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada je ni. Permulaan bulan januari tahun baru yang tak berapa nak indah. Sibuk dan tak cukup rehat lansung. Adududu..Bertabahlah hadapi dugaan hidup ye. Hari ni ada masa sikit bolehlah update dan blogwalking kejap. Berapa hari je lagi nak masuk Tahun Baru Cina. Dalam kepala masing-masing dok fikir cuti. Tapi sebab Tahun Baru Cina/ Chinese New Year ni jatuh pada hari sabtu, maka tak berapa nak rasa cuti sangatlah kan.

Kau orang suka makan buah Mandarin Orange/Limau Mandarin tak? Kalau dapat yang manis tu, makan satu pun tak cukup. Tapi sejak terbaca beberapa fakta tentang limau mandarin ni yang kurang elok, terus kurang makan. Yang pernah Fiza alami adalah sakit tekak dan sakit perut. Bukan nak cakap limau tu tak elok dimakan lansung. Jangan silap faham ye. Sebenarnya ada cara makan limau mandarin yang betul dan selamat dimakan.


CARA MAKAN LIMAU MANDARIN DENGAN BETUL

Cara paling mudah, lepas kupas kulit tu kena basuh tangan sebelum pegang isi limau dan makan. Jangan sesekali tangan yang kupas limau tu pegang isi limau dan masuk dalam mulut sebab kulit limau mandarin ni masih lagi ada kesan racun/bahan kimia untuk elak dirosakkan serangga bagi membolehkan limau lebih tahan lama dan manis. Atau nak lagi selamat, rendam dulu limau tu dengan air garam untuk buang kesan racun pada kulit limau.

Ohh, patutlah selama ni makan sakit perut cirit birit dan makan sikit pun dah sakit tekak. Begitu kisahnya. Ada juga sesetengah buah limau mandarin yang di import tidak menjaga kualiti limau sebabnya haritu ada beli sekotak limau mandarin. Dalam sekotak tu, 8 biji je elok. Yang lain berkulat. Entah bila punya packaging pun tak tahu. Terus tak beli dah dan bila benda tu terjadi, rasa hilang rasa nak makan limau mandarin dah.

Ada juga dengar cerita orang kat Cina basuh limau lepas petik tu dia campak kat sungai je dan kutip semula buah-buah tu kat hujung sungai. Kira macam kaedah membasuh limau. Haa, jangan memain bukan calang-calang dia basuh limau tu. Entah betul ke tidak tak tahu lah cerita tu. Jangan kau orang percaya dan terima bulat-bulat. Mungkin juga hanya cerita dongengan atau buat-buat cerita je. Itu sebabnya kena basuh betul-betul baru selamat untuk dimakan. Itu yang nak ditekankan sebenarnya.

KHASIAT LIMAU MANDARIN

Sedia maklum kita tahu yang limau memang kaya dengan vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan. Mujarab juga sebagai ubat sembelit. Makan buah limau atau buah-buah yang tertentu dapat membantu proses penghadaman lebih baik. Dua hari dah Fiza makan limau, makan berak makan berak je ni. Ini tak tahu salah cara makan atau memang betul betul hadam sampai tak bagi peluang menternak lemak. Kempislah perut camni. Hahaha, jangan claim pulak makan limau kempiskan perut ye.

JENIS LIMAU MANDARIN

Limau mandarin pun ada pelbagai jenis dan nama. Ponkan, mikan, lokam antara jenis yang popular. Nak tahu lebih lanjut, sila google okay. Dan nak tahu jenis limau mahal dan murah tu, boleh bezakan melalui bungkusan limau. Yang dibungkus dengan plastik transparent tu lebih mahal daripada yang dibungkus dengan plastik merah. Itu apa yang Fiza baca lah. Kalau ada yang silap, sila betulkan diruangan komen. Dalam gambar tu, company husband bagi. Manis dan sedap. Patutlah  masuk kategori mahal sikit.

Moralnya disini, makan limau tu biar berpada-pada dan jangan over limit. Makan sikit-sikit je sudah dan kebersihan diutamakan untuk kesihatan terjamin. Lagi-lagi sekarang cuaca tak menentu dan bermacam-macam penyakit ada disebabkan pemakanan. Influenza A pun masih belum reda lagi. Itu lagi bahaya sebab boleh dijangkiti melalui penafasan dan sentuhan. Kalau demam, selsema dalam tempoh yang lama kena cepat-cepat jumpa doktor. Orang kata, mencegah lebih baik daripada merawat.


61 comments

  1. waalaikumussalam. tahun ni memang belum makan lagi limau mandarin ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kalau tak makan. ada rezeki merasa nanti tu kak :)

      Delete
  2. Kena basah tangan rupanya lepas kopek.
    Terima kasih bagi maklumat.

    ReplyDelete
  3. akak aritu lepas kopek tak de lak basuh tangan terus ngap, janji baca bismillah... buat masa ni takde masalah lagi... walaupun akak hantu limau mandarin...
    harapnya di jauhkan dari segala penyakit apa pun lah lepas makan limau ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada sesetengah orang antibodi lemah sikit dan mudah dapat penyakit. Mungkinlah..Syukur akak makan okay je. Moga kita dijauhkan dari segala penyakit. Aamin

      Delete
  4. dulu mama selalu demam musim raya cina sebab tu tak berani nak makan limau ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaii. ye ke mamapp? memang tak boleh makan limau ni. Kena pantang tau!

      Delete
  5. jeruk mandarin, limau mandarin belum pernah lagi aku makan

    ReplyDelete
  6. tu lah, pernah gak baca kes viral pasal limau mandarin ni dulu...dengan kes boikotnye lagi..hahaha

    nasib baik la ri tu, orang bagi..kita ambil je lerr...bukan beli pun..tapi kita tak berapa gemar makan limau ni...bagi kat orang je sudahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun orang bagi je cuma abah je lah haritu teringin nak makan. Beli jugalah sekotak. Lepas tu dapat orang bagi, so far dapatlah yang manis dan terima lah sakit tekak sikit.

      Delete
  7. padan lah ritu husband Ummi bawak balik buah limau sekolah.malam2 makan esok mesti lawas. hehehehe. saalah cara makan dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawas tu bagus. Yang tak bagus kalau dapat sakit tekak =_='

      Delete
  8. Mak mentua Aien sampai trauma makan limau bila CNY sebab pernah CB dulu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya memang tak boleh makan limau dah tu. Kena pantang ye :)

      Delete
  9. tq ..first time baca tips ni..rendam garam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama²..kita pun share mana yang pernah kita dengar/tahu :)

      Delete
  10. Bru td mkn limau ni..x pnh beli tp.ade org bg so ismi mkn je la..lps mkn ni dh 3 kali membuang..ceri beri dibuatnya.tp bgus juga..rse ringan badan lps membuang..tq tips nya..sptutnya kena rendam dgn air garam dlu tp kt ofis xde garam so bantai je mkn..tu psl la ceri beri ari ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay juga tu membuang tapi kalau dah berkali-kali tu jenuh juga nak ke toilet kan.

      Delete
  11. Betul setuju sangat. Nak makan boleh tp jangan terlalu banyak.
    Ray kurang sikit makan limau tp kalau yg manis ray suke hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat yang manis tu, sebiji mesti tak cukup :p

      Delete
    2. betul. and setiap kali dpt limau ray akan rendam dalam air garam dulu lepastu basuh. kemudian baru makan.

      Delete
  12. First time baca tips macam ni. Nanti boleh cuba.


    jemput singgah ke blog saya https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/01/how-to-be-closer-with-allah.html

    ReplyDelete
  13. info yang baru, btw cantik blog sis. Amik gambar limau pun lawa, i loike

    ReplyDelete
  14. ralit mkn..yg masam, yg manis, dua2 suka..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih ilmu baharu ni kuranglah sikit ketakutan Mrs. A kepada limau mandarin ni hahahaa...

    Sebelum ni tahun lepas la kot Mrs. A memang makan je limau mandarin tapi alhamdulillah tiada sebarang masalah kesihatan. Tapi tulah bila tengok video yang depa buang dalam sungai beribu-ribu limau mandarin tu (ini yang lepas tu depa kutip kat hujung sungai kot) terus macam seriau nak makan. Setakat hari ini belum ada makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan boleh kak. basuh dulu lah baru rasa yakin sikit nak makan :)

      Delete
  16. Misa dah gemuk sekarang ni XD but yups.... memang betul makan buah limau oren or semua spesis dengannya.. memang membantu dalam proses penghadaman...

    kalau nak diet, memang patut makan buah limau setiap pagi sebelum sarapan... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, limau ni sangat membantu dalam proses penghadaman dan pelawasan ni. Sebab tu banyak produk diet berasaskan limau, lemon dan spesis dengannya :)

      Delete
  17. Belum makan buah mandarin lagi. Thank u share fiza ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²..kalau dapat tu bolehlah amalkan cara makan yang betul :)

      Delete
  18. Suka makan limau Mandarin , lagi2 kalau dapat yg manis.

    ReplyDelete
  19. x tau laa ia ada kaitan ke tak. limau ni akn dibaling oleh gadis bujang ke dalam sungai dgn harapan dipertemukan jodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yang ni kisah lain pulak ye. entahlah kan, ada kaitan atau tak.

      Delete
  20. p/s mohon respon segera ya

    http://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat repons. Done komen disana. Terima kasih banyak² Anies

      Delete
  21. sukaaa limau mandarin ni tp sejak viral macam2 cerita pasal limau ni mak x kasi beli da. huurm.. rasanya da dekat 3 tahun x beli especially yg during cny. kalo tingin beli yang sunkist je. tap mandarin ni la yang sedapppp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal, cerita² tu buat kita kurang rasa nak membeli. Bila teringin tu memang nak yang mandarin camni je la.

      Delete
  22. suka mkn yg manis je hehe...ni kt opis pn byk juga dpt vendor bagi tp kalo sakit tekak mmg tk mkn limau sbb lg perit tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan satu dah sakit, kena stop. kalau tak takut lagi teruk jadinya kan.

      Delete
  23. baharulah saya tahu makan buah limau dengan betul..

    biasa main redah saahaja

    ReplyDelete
  24. Ada jugak orang kata petua dia buang dulu serat tu kalau tak nak batuk. Aih macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni belum pernah dengar lagi. Boleh gunapakai juga ni. Mungkin ada betulnya juga kan. Wallahu a'lam

      Delete
  25. Replies
    1. okaylah tu mamapp. Janji dapat rasa dan takde kesan buruk

      Delete
  26. alamak.. mkn buah ni xbasuh dulu pun. adoi lah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.