Straw Kertas vs Stainless Steel

Tuesday, December 17, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Plastik, sampah yang paling banyak dibuang dan dijumpai setiap hari. Bagus juga Malaysia menjalankan kempen tanpa beg plastik untuk kurangkan pembuangan sampah plastik yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Disebabkan pencemaran dari sampah plastik juga boleh memberikan kesan buruk kepada hidupan yang lain.

Salah satu kes yang berlaku, penyu tercucuk straw plastik tu. Mungkin banyak lagi kes yang boleh membunuh hidupan yang lain. Straw juga antara sampah plastik yang paling banyak dibuang di pantai-pantai kan. Disebabkan kes itu jugalah kerajaan telah melarang penggunaan straw plastik. Tapi masih ada je yang menjual air gunakan straw.

Buat masa ni negeri Selangor je lah kot yang melarang 100%. Setakat ni, masih ada yang menjual minuman sekali dengan straw plastik tu. Macam agak susah juga sebenarnya nak minum tanpa straw. Kalau minum di kedai mungkin tak ada masalah. Tapi kalau jenis menjual minuman air berbungkus tu susah juga ye tanpa straw. Mari bayangkan minum boba tanpa straw.


Straw Kertas

Bila dah dilarang guna straw plastik tu, boleh lah kot bertukar kepada straw kertas. Memang ada sesetengah premis perniagaan dah mula gunakan straw kertas. Bila guna kertas ni, lebih mudah dilupuskan. Tapi yang kurang bagusnya, jenis kertas ni tak mampu bertahan lama jika dibiarkan lama dalam air. Kena habiskan air sebelum kertas straw mengembang bertukar bentuk dan menjadi serpihan kertas. Tak pasal minum air bercampur kertas pula. 

Straw Stainless Steel

Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu. Adalah lebih baik kita siap sedia sediakan straw stainless steel. Jenis stainless steel diperbuat dari keluli tahan karat yang sesuai untuk gred makanan. Lebih selamat digunakan dan lebih tahan lama. Boleh letak dalam kereta dan handbag untuk kegunaan bila pergi kemana-mana.

Tapi pastikan jugalah kebersihan straw terjaga. Pastikan juga beli sekali dengan berus untuk mencuci straw. Fiza beli straw kat MR. DIY je. Harga RM5.++ untuk 6 batang straw berserta berus comel tu. Okay sangat kan! Beli sekali straw kertas untuk props photography kononnya. Comel pula tengok straw kertas bercorak tu. Kalau ada pelbagai corak lagi bagus. Nak guna sikit je tapi tak ada pek kecil. Terpaksalah beli satu pek banyak macam tu.

Kalau beli minuman berbungkus tu pastikan buang straw plastik di tong sampah. Jangan buang merata-rata. At least kalau dibuang di tong sampah tu, boleh juga lah diasingkan plastik semua tu dan alam sekitar pun tak tercemar. Hidupan lain pun tak terkesan dengan pembuangan sampah di tempat yang betul. Paling penting, kena ada usaha untuk buang sampah di tong sampah tu sebenarnya. Kalau buang sampah dalam tong sampah pun tak tahu, tak tahu nak katalah.

With Love, Sihatimerahjambu

49 comments

  1. So far akak standby cutlery je dalam handbag.. memang nak beli pun straw nak standby dalam handbag.. tengah usahr2 kat shope ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kak standby cutlery.Pasni beli straw pulak. shopee lagi banyak :)

      Delete
  2. thank you for the idea... nak beli gaklah spare letak dalam handbag. kita2 ni rasanya ok je minum tanpa straw...tp anak2 kalau minum minuman yg ada ice mau menjejeh2 airnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama² kak..standby siap² senang nak guna masa bila diperlukan :)

      Delete
  3. Plastik ni susah nak reput atau terurai..bila hari-hari guna bertambah kuantitinya lain jadinya kan.Bila ada solusi macam ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan penggunaan plasti walau cuma straw.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. sangat setuju dengan post ni. tidak boleh tidak, bantulah alam sekitar tempat kita duduk ni dengan makhluk Tuhan yang lain

    ReplyDelete
  5. Beluum pernah jumpa straw kertas ni. Kat sini masih pakai straw plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penggunaan straw kertas masih belum meluas lagi sebab tu jarang nampak.

      Delete
  6. Hari tu sy ke roadshow honda..jawab2 soalan dpt la gift berbalut indah..tgok2 dlm tu rpenya set straw steel tu..straw kecik besaq smua ada..dh x pyh beli kan..so jimat my money..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah rezeki tu. Tak perlu dah beli straw kan :)

      Delete
    2. alhamdulillah rezeki..skli dgn berus2 honda bg..syg plak nak guna..cantik sgt n nmpk exclusive :)

      Delete
  7. part nak minum boba tu memang setuju.susah kalau takde straw. patut diorang boleh buat kempen if bawak straw sendiri dapat rebate 10% ke apa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boba tanpa straw ibarat macam minum air tanpa boba..eh? Untung sangat tu kalau ada diskaun.

      Delete
  8. Oh dkt DIY ada jual ye.. Kalo minum minuman mcm Oreo ice blended guna straw kertas tersekat2 bila sedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada macam-macam jenis kat DIY. part tersekat tu memang masalah juga kan.

      Delete
  9. belum pernah guna lagi straw kertas r besi

    ReplyDelete
  10. pernah baca somehwere, proses nak kitar semula kertas lagi mahal dari plastik sebenarnya. jadi gunalah straw stainless steel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yaa? baru tahu juga ni..kalau macam tu, kena ada reduce penggunaan straw kertas juga..Tq share info

      Delete
  11. Prefer yang stainless steel tu kowt berbanding kertas. Tengok dah banyak juga dijual online.

    ReplyDelete
  12. So far Mrs. A belum pernah terjumpa lagi straw kertas kat Seremban ni.
    Mrs. A pun belum pernah minum guna straw kertas lagi.
    Bagus juga kalau beli straw stainless steel tu simpan sendiri nak keluar mana-mana bawak tapi tulah ingat ke nak bawa straw bila keluar ehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kat Mr. DIY kak..haritu beli kat DIY Seremban centerpoint tu je. Siap sediakan dalam dashboard kete atau dalam handbag je senang :)

      Delete
  13. tak beli pun fiza.. sbb ada certain kedai still sediakan straw. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. Ada kedai yang masih ada sediakan straw :)

      Delete
  14. Sekarang ni semua ada jual kan....keluar duit ajelah...
    Kalau tanya hakak, ada straw ke tak tak, tak effect pun, boleh je minum tanpa straw

    ReplyDelete
  15. Antara dua tu kak ana prefer yg besi walau ngilu sikit gigi dibuatnya. Yg kertas tu rasa kembang bila kena air atau bibir. Semacam rasa dia. Hehe. Tp skrg mmg bawa straw besi ke mana2 je. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sama kak lebih suka guna besi tu daripada kertas.

      Delete
  16. kena selalu bersihkan stainless steel straw tu.. tapi tu lah x nampak kan bahagian dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. sebab tu kena beli dengan berus tu sekali nak pastikan kebersihan straw terjamin dan selamat digunakan

      Delete
  17. ada pro-con juga guna straw steel ni, pernah baca artikel puan tu mati masa tergelincir terus tertucuk straw steel. tu yang nebos juga nak try tambah aku ni boleh tahan juga clumsy nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ada pros and cons. kena simpan tempat yang selamat. mudah mudahan selamat

      Delete
  18. Masa mula-mula straw besi diperkenalkan, seller jual straw ni boleh tahan mahal. Sekarang je dah ok harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..mula dulu kemain mahal harganya. Bila harga dah murah ni bolehlah membeli dengan senang hati keluarkan duit. Hihi

      Delete
  19. ciptalah straw dari bahan yang mesra alam..

    atau straw yang boleh dimakan setelah habis air..

    siapa yang berjaya mencipta produk tersebut boleh segera jadi jutawan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah straw boleh makan tu menarik juga. hebat siapa boleh design tu. Kalau tak silap ada straw dari pokok ape entah macam buluh kecil tu.

      Delete
  20. i bring my metal straw everywhere for sure.
    seronok bila keluar beli air dpt straw kertas yg comel2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus Ray bawa straw. In case tak de straw tu boleh juga gunakan. Straw kertas comel tapi tak tahan lama dan tak boleh simpan. hihi

      Delete
    2. betul. bila minum nnt lama2 lembik haha

      Delete
  21. aida da beli pun straw stainless steel.
    then anak2 pun dpt free dari sekolah, fiza.
    cuma tu la, asyik lupa nak bawak ke mana2.
    aduhai :(
    pasni nak bwk la ke mana-mana.
    jaga alam sekitar kan.

    ReplyDelete
  22. Asyik lupa je nak beli straw besi tu.. senang bubuh dalam handbag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingat nanti beli terus kak. Simpan terus dalam beg :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.