Merah Mak Ngah Pokok Bunga Kastuba @Poinsettia

Wednesday, December 04, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Fuh! Senyap 2 3hari ni tak update dan tak dapat nak blogwalking. Bila dah balik kampung memang begitulah. Kurang perhatian sikit nak menjengah media sosial. Lagi-lagi nak hadap blog. Lupakan kejap seketika sebab sesekali balik kampung memang banyak aktiviti dan kerja nak dibuat. Semalam kononnya nak update tapi kena keluar beli barang dapur. Kemudian singgahlah ke nursery bunga kejap kononnya nak mencari pokok monstera dan bayam brazil tu.

Biasanya Fiza akan pergi ke Seremban Landscape & Nursery lah sebab nursery tu besar dan banyak pilihan. Bila sampai sini mesti akan rambang mata punya. Itu lawa ini lawa. Kalau boleh semua nak! Tujuan ke nursery nak beli pokok bayam brazil sebenarnya. Pokok tak ada, benih pun habis. Kecewa sungguh! Kena beli online juga nampaknya. 


Alang-alang dah ada kat nursery tu, jalan-jalan cuci mata tengok segala pokok bunga yang cantik-cantik. Tertarik sungguh dengan pokok bunga kastuba @Poinsettia ni. Atau nama lainnya adalah Euphorbia pulcherrima. Pertama kali rasanya nampak pokok bunga kastuba ni. Itupun menggoogle juga sebab nak tahu namanya. Dari jauh dah nampak warna merah menyala. Dipadankan pula dengan pasu warna putih.  Memang merah mak ngah sangat.


Tesktur bunga ni macam baldu dan nampak macam bunga palsu tapi bunga dia adalah real dan jenis keras sikit. Tapi nak menjaganya pun macam leceh je sebab pokok bunga kastuba ni jenis pokok bunga yang agak manja katanya. Bunga cantik dan harganya pun cantik juga. Sepasu bunga kastuba ni RM28. Padanlah harga dengan bunga yang cantik tu. Fiza tak beli tapi macam bercita-cita tinggi nak beli nanti. Nanti lah, kalau terasa nak beli. Risau beli nanti mati pula tak pandai jaga.

Bunga kastuba ni orang panggil bunga natal, mungkin sebab warnanya merah menyala macam tema xmas. Tak tahu lah ceritanya. Sesuai kot buat indoor plant, sebab pokok ni tak boleh terdedah kepada matahari terus. Kena letak kat bawah tempat redup macam tu. Tapi ada baca juga yang pokok ni juga beracun. Racun yang dimaksudkan adalah getah daun. Kalau termakan tu boleh menyebabkan muntah dan cirit birit.

Jika manusia normal, memang tak lah nak makan kan. Apa hal pula nak makan daun pokok bunga. Tapi mungkin akan memberikan kesan pada haiwan belaan kalau termakan lah. Yang tu kena juga ambil kira kan. Apapun pokok bunga kastuba ni sumpah lawa!

With Love, Sihatimerahjambu

67 comments

  1. mmg menyerlah dgn pasu putih...cantikk..

    ReplyDelete
  2. cabtiknyee... nmpk mcm bunga tipu tp betul huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat pun nampak macam bunga tipu kecuali daun. Tengok dekat lagi cantik :)

      Delete
  3. Cantik! Pernah tengok bunga ni tapi tak pernah tahu namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. Samalah kita.. kadang macam tu juga. tak tahu namanya

      Delete
  4. akak pun mula-mula ingat pokok palsu tadi, setiap kali nak krismas mesti nampak pokok bunga ini...

    walaupun cantik tapi kalau nk jaga susah memang akak tak minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah nampak lak orang deco untuk xmas tapi ada terbaca juga lah pokok ni untuk perhiasan xmas. nanti nak perati kot ada. hihi..samalah kak, itu yang tak beli tu..nanti bazir lak kan.

      Delete
  5. klu kg. mmg cmtu kan..xde mse nk hadap blog sbb fokus bsama family je..cantik la bunga tu first time tgok..xde nmpk jual kt nursery kt area sy ni..klu ade bleh jgk ltk kt rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lebih banyak masa dengan family. memang lupa handphone sekejap. bunganya memang cantik. harap jumpa nanti bunga ni

      Delete
  6. Merah berkilau...subhanallah pak ngah pun merah mcm ni

    ReplyDelete
  7. cantiknyaaaa! merah menyala..
    mahal jugak kalo nk beli..
    tp tu la.. kalo sy mmg xkn beli sbb xpndai jaga..
    kang mati pokok.. syg plak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia memang boleh tahan. itu yang tak beli tu ezy :)

      Delete
  8. tertarik betul dengan warna pokok ni. So cantik, naik seri rumah heheheh :p

    ReplyDelete
  9. cantik betul bunga tu. tp susah tak nak beli. mcm cikla, time dok kat kedai tu elok jek bunga tu subur. bawak balik ko hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe! dok kedai memang cantik je kehidupan dia. sampai kita beli bawa balik rumah, kejap je hidupnya kan. tu yang sebelum beli kena tahu dulu penjagaan dia macamana.

      Delete
  10. Ya Allah, menggoda gitu.. Teringinnya nak bercucuk tanam gini. Tapi, takut tak menjadi. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak payah bercucuk tanam. beli je tinggal jaga elok :)

      Delete
  11. i selalu cakap ini pokok christmas. hehehe.. macam bunga plastic je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinonim dengan xmas sebab dipanggil juga pokok Natal..memang nampak macam plastik sangat :)

      Delete
  12. Nama poinsettia macam biasa dengar. Rupanya bunga merah menyala cantik ni. Kalau letak tepi sliding door mesti cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah cantik letak mana-mana pun cantik berseri :)

      Delete
  13. bila dec, ingat posseita ni sebab dia antara main bunga tuk xmas deco dimana2
    tak pernah tengok yg hidup lagi. aku suka sgt bunga tapi tangan jenis tangan mayas, susah nak idupkan bunga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba belek decoration xmas. mana tahu mereka gunakan yang real. Kena tahu cara cucuk tanam yang betul, mana tahu menjadi :)

      Delete
  14. Cantik kali warna bunganya itu kak berkilau

    ReplyDelete
  15. Gabungan warna yang cantik. Dari jauh lagi dah terselah. Sekali tengok macam bunga palsu. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pasu tu juga memainkan peranan juga untuk serlahkan keserian bunga

      Delete
  16. bunganya cantik, nak beli lah bunga ini, tapi kalau harganya mahal, jadi pikir ulang nak beli.

    ReplyDelete
  17. wow , terpikat terus . Saya die hard dengan warna merah , so kalau bunga tahi ayam warna merah pun saya akan suka . Senang cerita apa-apa yang warna merah saya akan suka .

    Bayam brazil tu 2 bulan lepas mak saya beli kat pasar tani , ada akar yang sikit-sikit tu terus dai tanam belakang rumah . Alhamdulillah sekarang dah makin membiak dan hidup bayam brazil belakang rumah tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..peminat merah makngah ni. kena beli tau! bayam brazil tu memang mudah tanam dan hidup katanya. itu yang nak mencari juga

      Delete
  18. cantik daunyaaa.. tp kadang2 kalau leceh takut cepat mati. dh biasa hadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang leceh tu memang elakkan membeli. takut membazir

      Delete
  19. Memang lawa! Akak pun pernah fikir nak beli dulu2, tapi takut x dpt jaga dgn baik, sayang kalau mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak sayang kalau mati. itu yang macam biarlah dulu. ada masa dan cuaca okay, barulah membeli

      Delete
  20. Semalam bawak dodot jalan sempena kena gigit hamster.. hahahaa terpaksa la mak dengan pabak dia cuti. Kami jalan di MId Valley.. memang banyak hiasan pokok ni dalam tu.. terfikir, apa nama dia.. tup tup hari ni terbaca sini.. menjiwa sungguh..

    ReplyDelete
  21. Sungguh fiza. Masuk nursery mesti rambang mata. Semua nampak cantik kan. Ayah dgn suami yg rajin ke nursery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana. kita tak pergi selalu. ada tujuan je baru pergi. bahaya pergi selalu..macam-macam nanti nak dibeli

      Delete
  22. MEnarik sangat bunga kastuba tu ya sempurna macam bunga plastik pulak kejadiannya.

    ReplyDelete
  23. cantik, tapi kalau ada anak kecil bahaya juga. kot tak sedar, depa gi retus makan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. kena letak luar rumah lah jawabnya. itupun kalau depa tak main kat luar.

      Delete
  24. Bila Fiza cakap lawa, dan dan hakak tengok pun lawa hahhaha.... selalu mcm tu kan, sindrom nak mengikut orang hihi...
    Tapi kalau payah nak jaganya , leceh gak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kena tahan godaan dan jangan cepat terpengaruh. hihi.. agak leceh kalau pokok manja sangat

      Delete
  25. akak pun nak kata yg sama jugak.. sumpah lawa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau akak pun dah cakap lawa. memang lawa lah dia kan :)

      Delete
  26. cantiknya sampai nampak cam bunga palsu

    ReplyDelete
  27. okay i just want to say this. ray suke your watermark. nak mcm tu jugak. it's so cool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh tempah kat kita :p

      Delete
    2. cool. can you email me the details maybe?

      Delete
    3. tak tahu apa email ray
      boleh terus isi form contact dalam blog ni ye.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.