Lauk Kampungan

Tuesday, December 24, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Lama nau menyepi tuan blog ni tak update apa. Bukan bercuti ke apa cuma sibuk dengan kerja-kerja design. Almaklumlah, nak masuk tahun baru banyak benda nak kena baru kan. Bila dah fokus dengan kerja design, blog pun terabai lah kejap. Okay, I'm back again selepas beberapa hari menyepi. Mari mulakan dengan entri lauk kampungan.

Lauk kampungan yang dimaksudkan adalah lauk kampung. Dari mana datangnya perkataan 'kampungan' tu entahlah. Wujud ke tidak dalam kamus dewan agaknya ye? Pengaruh daripada drama 'kampung people' pun ye jugak ni. Keluar segala slang yang entah apa-apa. Salah satu lauk kampung yang sedap adalah labu masak lemak.



Lauk labu masak lemak ni mudah je nak masaknya pun. Orang kata campak-campak dah siap. Didihkan air, masukkan potongan bawang merah, serai yang diketuk, ikan bilis, garam sikit, serbuk kunyit sikit dan serbuk lada hitam sikit. Dah empuk sikit barulah masukkan santan dan kacau sampai masak supaya santan tak pecah minyak. Kalau malas, kecikkan api dan biar sampai masak pun boleh. Cili merah tu terpulang samada nak letak atau tak.

Daun kunyit tak ada dan udang kering tak ada pulak kat rumah ni. Gantikan je lah dengan ikan bilis dan serbuk daun kunyit. Mana ada je lah. Biasanya orang makan labu masak lemak dengan ikan masin dan sambal belacan. Ikan masin tak ada, bendi buat ulam cicah sambal belacan pun bolehlah. Alahaii sedapnya menikmati lauk kampungan untuk hidangan makan tengahari ataupun malam.

Jarang masak labu masak lemak ni sebab husband tak makan labu. Macam rugi pulak masak untuk sorang je kan. Bila balik kampung je baru rasa lauk kampungan macam ni. Tapi bila teringin tu, masak sendiri je sudah. Banyak lagi yang boleh dibuat dengan labu ni. Boleh buat pengat, buat cekodok, keria, lepat dan lain-lain. Tapi lauk labu paling favourite lah. 

With Love, Sihatimerahjambu

49 comments

  1. Memang kena la tu labu masak lemak dengan sambal belacan apa segala...hehehe...goreng plak ikan masin..tapi akak tak makan pun labu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan masin takde pulak kak..ikan masin pun husband tak makan camne.Hihi..
      kena pantang makan labu ke kak?

      Delete
  2. Sha makan kuah je kalau masak lemak labu nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Labu ni fevret ismi tau..baru smlm msk labu lemak kuning ni..suami pon sama jenis x suka makan labu..biasa masak sllu ismi la yg akn hbiskan sorg2..ismi ckp kt husband labu ni makanan kesukaan Rasulullah s.a.w..terus suami makan sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, ada geng! Untung lah kita dapat makan labu lebih sebab husband tak suka. Hihi..tapi itulah kalau masak untuk sorang macam malas je rasa kan.

      Delete
  4. aida x pernah masak labu pun, fiza.
    x pandai!
    tapi mcm nak belajar masak la.
    suka makan :)
    sup labu = sedap giler kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah ya amat kak Aida uii..sup labu tu camne pulak? tak pernah makan..biasa makan labu masak lemak santan ni je lah.

      Delete
  5. Waalaikumussalam. Ya Allah sedap menggoda nya 😍

    ReplyDelete
  6. sedapnya lauk kampung macam ni. tambah ikan kembung goreng pun sedap ni fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Ikan kembung tak ada pulak. Kalau tak, lagi sedap makan ni.

      Delete
  7. Labu masak lemak, sedap! Makan dengan nasik panas! Nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, terbaik makan panas². Nikmat makan tu lagi sedap!

      Delete
  8. wah simple tapi kalau kena dgn nasi panas2 sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk simple camni makan dengan nasi panas memang sedap :)

      Delete
  9. So yummy Cik. Nasi hanget sayur labu dan sambel wuiiih.

    Mertua lewatpun tak dihirau hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak perasan kalau mertua lalu tengah makan lauk sedap ni. hihi

      Delete
  10. labu masak lemak fuhhh sodappp! umi saya kalau beli labu, boleh dikatakan wajib buat 2 menu - bubur labu & labu masak lemak as a sayuran. marvelouss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodap yakmat! Bubur labu belum pernah rasa lagi. Ala ala pengat labu ke camne?

      Delete
  11. lauk kampung macam ini sedap lah, tapi kalo cuma seorang je yang nak makan, sayang juga yak. Tahun baru nak baru semua, hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau sorang je makan tak syoklah. Nak masak pun malas. Tapi kalau dah teringin masak jugalah :)
      tahun baru mesti ada sesuatu yang baru at least.Kononnya lah. Hihi

      Delete
  12. sedapnya lemak labu.. samelah ngn husband Ummi lauk kampung ni die kurang sikit.dah pulak tu diet pulak dari makan nasi.hahah..kalau ada mak mertua atau family ummi datang baru sernk nak masak masakaan kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah biasa dengan lauk kampung memang sedap makan. Sesekali je masak ikut taste kita :)

      Delete
  13. lauk kampung camni la yg sedap..
    ni kalo pekena mau bertambah nasi.. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah ada sambal tu kan. Memang menambah nasi jawabnya :)

      Delete
  14. suka makan labu masak lemak. tapi tak pernah masak lauk tu. hahaha...

    ReplyDelete
  15. Wah masih ambil lagi design blog ke? Hehe saya kenal blog ni masa Fiza selalu cerita pasal blog yang Fiza reka.
    Saya memang suka lauk lemak labu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi tapi ikut masa juga lah. Wahh seriuslah? Terima kasih tau follow kita sampai sekarang. kita geng suka lauk lemak labu :)

      Delete
  16. Lauk kampung macam ni lagi sedap kalau makan ramai-ramai, duduk bersila atas lantai, rebut-rebut lauk. Husband Nurul pun tak suka sangat lauk kampung macam ni. Redha je la duk ulang pasta, grill chicken almost setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sekali hadap makan beramai ramai memang seronok dan berselera makan. wah selera western tu.

      Delete
  17. I write this comment at 5AM and now tuhan je yang tahu betapa terliurnya tengok post ni walaupun tiqa tak boleh makan heavy untuk breakfast. ermmmmm sabar je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..ampun! Kena tunggu lunch lah baru makan berat :)

      Delete
  18. Baru nak suggest Fiza buat kodok labu.. skali terbaca kat paragraph bawah tu hehe. Seriously kalau akak pun sebenarnya tak makan labu.. tapi kalau dibuat kuih keria atau buat kodok, inshaAllah akak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. nak try juga kodok labu. mana tahu tersuka tanpa sengaja pulak kan. ohh kalau lauk tak makan lah ye..terbalik pulak kita. hihi

      Delete
  19. sedap woo.. akak suka makan dgn sambal tumis

    ReplyDelete
  20. xsuka sgt makan labu mcm ni.. suka minta mak buat bingka labu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.