Kuih Bahulu Kegemaran Sepanjang Zaman

Saturday, October 26, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kalau dulu jumpa kuih bahulu masa raya je. Tapi sejak kahwin dengan orang Kolo Pilah (Kuala Pilah), kuih bahulu ni bukan lagi menu rare yang ada hanya masa raya je. Kuih bahulu ni dah biasa bagi Fiza. Mulanya agak pelik sebab orang jual bahulu bukan pada musim raya. Tapi lama-lama dah biasa dah dan anggap kuih bahulu ni sebagai kuih harian gitu. Mana taknya, rumah mak mertua wajib ada kuih bahulu ni. 

Sebab jiran depan rumah jual kuih bahulu depan rumah dia juga. Bila raya mesti order kat dia. Kalau pernah ke Kuala Pilah, sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban kiri kanan gerai jual kuih bahulu, lemang, itik salai, tolo itik dan bermacam-macam lagilah. Memang meriah kiri kanan jalan, itu juga salah satu sebab jalan sentiasa jammed. Lagi-lagi bila hujung minggu. 

Okay berbalik kepada tajuk di atas. Kuih bahulu yang biasa nampak jenis star shaped atau bahasa melayu dipanggil cermai. Macam buah cermai lah rupa dia. Bentuk lain macam jarang jumpa. Biasa mak mertua beli kuih bahulu dari jiran yang dah lama buat. Ada juga peniaga muda yang jual kuih bahulu tapi rasa dia tak sesedap orang lama buat. 



Harga sebekas kuih bahulu berubah-rubah juga. Kadang RM11, kadang RM12. Ikut musim agaknya kot. Fiza kalau dapat kuih bahulu ni buat cicah dengan air. Makan macam tu je pun sedap. Anak buah Fiza suka betul dengan kuih bahulu ni. Siap nak bawa balik sebekas. Memang bahulu ni kuih kegemaran sepanjang zaman lah.

Pada Fiza, rasa kuih bahulu ni sama je cuma bezanya kerangupan kuih bahulu tu. Suka makan kuih bahulu yang rangup sikit tu. Lagi sedap kalau dapat makan fresh from oven. Tapi tak mungkin tak dapat melainkan kalu buat sendiri. Dulu-dulu mak suka buat kuih bahulu ikut cara tradisional guna acuan dan bakar guna arang tu. Tapi sekarang tak buat lagi.

Nak membuatnya pun agak leceh dan ambil masa kan. Tapi dengan teknologi yang ada, semuanya guna mesin dan oven pun guna yang jenis besar gedabak tu. Maka, proses dia jadi singkat dan cepat siap. Bab rasa tu, memang berbeza. Cara tradisional juga yang win. Siapa je yang rajin buat zaman sekarang ni. Beli je lah senang kan.



Rasanya macam dah lama tak makan bahulu sejak dah jarang balik kampung selepas abah mertua meninggal tahun lepas. Mak mertua pun dah duduk bandar. Sesekali je balik kampung bila ada kesempatan. Kebetulan mak singgah rumah haritu, selain rendang dan mangga epal. Mak bawa bahulu juga. Boleh juga buat menu untuk minum petang. 


With Love, Sihatimerahjambu

36 comments

  1. Bahulu memang sedap , kegemaran saya jugak . Sis pernah makan bahulu perisa pandan .? Yang tu lagi sedap walaupun dah ada advancement dari segi warna dan rasa pandan tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam tak pernah makan bahulu pandan. kalau jumpa nak try lah. Tq recommend :)

      Delete
  2. Cantik gile gambo ko Fizah oii..geramm nengok..
    Kuih bahulu ni, setakat hari ini bahulu Emak aje yang sedap, sebab Mak masih guna cara lama mengenjut dan bakar atas pasir tu haa...memang sedap! acuan pun masih guna acuan yang ada ikan dan macam-macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak! Masih cuba ambil gambar elok². Aduhai nikmat tu kak dapat makan bahulu buat sendiri guna cara tradisional. lama juga tak makan bahulu bentuk ikan tu.

      Delete
  3. Sedapnya bahulu. Kinah sampai sekarang tak boleh lupa arwah opah buat bahulu guna tradisional tu. Beza rasanya dengan masak dalam oven kan.

    ReplyDelete
  4. Kuih bahulu yang tak lapuk dek zaman. Memang pilihan sepanjang masa

    ReplyDelete
  5. Saya pulak suka bahulu yang lembut dan manis sedikit. Tapi susah nak jumpa yang buat dengan cara tradisional

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau dapat bahulu yang kena dengan taste kita. cara tradisional biasanya mak mak kita je rajin buat. kalau jualan mungkin susah nak jumpa

      Delete
  6. anak wedok wak tgh matrikulasi kat kolo pilah., nnti leh la wak singgah nak mamam baulu yg sedap nihh., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kirim tu..banyak kedai dan banyak rasa juga tu. harap dapat yg sedap lah

      Delete
  7. Dulu masa raya ada satu rumah di Kg Baru dia hidang satu bahulu besar bentuk ikan Kat tengah meja makan. Saya budak-budak masa tu kagum. Haha nak cubit sayang. But tayangan kut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahulu besar tu rasa dia lain sikit. tapi sedap juga. nak makan memang kena potong :)

      Delete
  8. saya memang peminat bahulu..

    selain rasa yang empuk dan manis..

    memang bikin air liur boleh terleleh tanpa disedari

    ReplyDelete
  9. mengancam gambor nya. Bahulu yang masak cara tradisional jugak yang sedap. lembut dan gebusss.
    10 tahun lepas pernah beli bahulu masak cara tradisonal masa balik kampung di Terengganu. Tapi dah tak ingat kat kampung mana. memang sedappp sangatttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ye, betul tu kak.masak cara tradisional memang super sedap!

      Delete
  10. dulu nenek rajin buat sbb jual ntk raya. pastu panas lg ena makan. pehhh memang sedap makan panas2 dri sejuk taw. skrang da banyak org jual siap apa perisa kt dalam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan fresh from oven mmg lagi sedap. entah bila dapat nak makan macam tu entahlah. kena buat sendiri kot. Ye, betul sekarang dah macam-macam flava ada

      Delete
  11. Teringat kenangan mak buat bahulu masa kecik2 dulu, leceh..sekarang beli je kalau nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat leceh. tapi hasilnya memang sedap. sekarang ni memang banyak membeli je la

      Delete
  12. mama sy dulu selalu terima termpaahan buat baulu ni. hari2 dok tolong jemur tepung. paling sy suka bla mkn panas2 pastu cicah kopi perghhhhhh nikmat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya ada buat dan berniaga sendiri. memang nikmat makan panas panas tu

      Delete
  13. Teringat masa buat kuih bahulu ngan arwah nenek dulu..seronok sebab guna cara traditional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak.pengalaman tolong buat cara tradisional ni memang best. rindu betul kenangan tu

      Delete
  14. Baulu warisan kat tesco Shah alm dh Naik tapi sebab sedap MMA Beli lah juga hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang memang dah naik harga kan. dulu RM10 je sebekas..sekarang dah berbelas harganya

      Delete
  15. Sekarang nie macam-macam rasa dah bahulu ini..
    Tapi yang tradisi juga sedap dan memikat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dah bermacam perisa baru ada. yg tradisi juga tersedap

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.