Dried Flower : Cotton Flower & Bunny Tail Grass

Tuesday, October 22, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selain suka dengan fresh flower (bunga segar), Fiza suka juga dengan dried flower (bunga kering). Paling tak rugi kalau beli baby breath sebab dah kering pun masih lagi cantik untuk dijadikan hiasan ataupun flower bouquet. Kadang tu beli sebab nak buat props untuk photography je pun. Tak tahu lah rasa baby breath ni sangat kena dengan jiwa.

Kalau kau orang tengok harga dried flower bouquet pun mahal juga tau. Jangan ingat bunga segar je mahal. Agak dah lama juga teringin nak beli bunga cotton flower ni. Akhirnya dapat juga beli dried flower masa beli fresh flower kat Petaling Street haritu. Fiza beli 1 pack ada 3 tangkai macam tu. 1 Tangkai ada 3 kuntum cotton flower. Harga RM15 untuk 1 pack cotton flower. Cotton flower yang macam kapas tu ye. Nama pun cotton, of courselah kapas.

Baby breath putih dan pink tu beli tahun lepas, tahun ni dah kering pun cantik lagi

Satu lagi, Fiza beli bunny tail grass yang warna putih berbulu macam ekor arnab tu lah. RM12/bundle. Ada banyak satu bundle tu. Cantik juga letak dalam pasu kaca untuk buat perhiasan dalam rumah. Beli warna putih mudah nak sesuaikan dengan tema dekorasi rumah dan sesuai untuk dijadikan props gambar untuk produk tertentu. 

Beli bunga kering ni tak perlu nak jaga pun berbanding bunga segar kan. Tujuan utama beli pun sebab nak buat props je. Sambil tu boleh buat perhiasan untuk rumah. 2 in 1 lah kiranya. Kalau lagi kreatif boleh lah buat hiasan untuk cover diari ke planner ke kad ucapan ke. Cotton flower ni cantik tau kalau buat flower bouquet. Tambah baby breath sikit, tambah bunny tail grass sikit. Boleh tiruvasi idea bawah ni.

Credit image : google
Dried flower ni kau orang boleh je spray kalau nak warna lain. Ada juga jual berwarna warni. Fiza pilih warna putih je sebabnya macam yang Fiza bagitau tadilah. Haritu konon nak gabung fresh flower dengan dried flower buat flower bouquet untuk anak buah konvo. Tapi tak menjadi sebab semua bunga warna putih. Tak naik seri. Sudahnya guna baby breath dengan eucalyptus je lah. 

With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. Firstly, akak nak bgtau yg you are so artistic. Photo2 pun sangat attractive. Secondly, I also like baby breath - very cute, sweet & humble. Now, baru akak tau namanya yg kepul2 tu 'cotton flower' - selalu nampak tapi x tau nak panggil apa, hihihi.

    ReplyDelete
  2. siang tadi gi kedai bunga dekat dengan ofis teringat entry Fiza

    ReplyDelete
  3. cantiknya... boleh buat potpuri juga kan ada bauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga kering tak ada bau. kena sembur prefume baru boleh buat potpuri

      Delete
  4. Cantik2 photo Fiza skrg..amik guna hp ke camera mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Guna handphone je kak. belum mampu milik DSLR lagi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.