DIY Flower Bouquet Baby Breath

Sunday, October 20, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Okay, sambungan dari entri misi mencari fresh flower Petaling Street. Balik rumah terus lah menjalankan misi 'DIY flower bouquet' untuk konvokesyen anak buah hari esoknya. Kena buat terus sebab takut tak sempat nak buat esok paginya walaupun konvo sidang petang. Lepas majlis konvokesyen cadang nak balik kampung terus. So nak tak nak balik tu terus lah gigih buat flower bouquet. Mulanya nak guna fresh flower campur bunga kering. Tapi gagal sebab bunga kering Fiza beli warna putih juga, warnanya macam tak naik. 

Sudahnya Fiza guna baby breath putih dengan daun eucalyptus je lah. Tak susah nak susun bunga baby breath ni jadikan flower bouquet. Susun-susun dah siap. Daun pun Fiza letak pada bahagian belakang. Daun eucalyptus tu sebagai bouquet filler lah walaupun baby breath biasanya orang jadikan filler. Takpe, bab simbolik bunga tu tolak tepi kejap. Lagipun tak arif bab ni, tak boleh cakap lebih. Siap susun, terus ikat siap-siap dengan dawai. 


Paling mencabar bab nak membungkus bunga tu lah. Jenuh Fiza fikirkan nak buat dan gayakan macamana sesuai dengan baby breath tu. Tengoklah beberapa tutorial flower bouquet tu. Finally dapatlah idea nak bungkus macamana. Tadaaa, inilah hasilnya kerja tanga Fiza. Sepatutnya Fiza guna wrapping paper keras sebab nak buat Korea wrapping flower bouquet style. Tapi tak sempat nak beli paper tu. Terpaksa guna wrapper yang lembut sikit lah. Tapi still okaylah kot kejadiannya. 


Eucalyptus macam layu tapi tak! sebab gambar ni guna filter

Bahagian bawah tangkai tu Fiza tak letak air sebab baby breath ni agak tahan lama dan kalau kering pun masih cantik. Sebab tu suka beli baby breath ni. Kiranya bunga ni dalam kategori low maintanance dan mudah nak digayakan. Harga sejambak baby breath boleh tahan juga harganya. Lagi-lagi yang berwarna tu. Buat sendiri puas hati boleh letak banyak mana nak.
With Love, Sihatimerahjambu

16 comments

  1. Ya Allah lawanya baby breathe ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. Cantik nya sis..kena kreatif jg kan nak susun2 bunga ni .. dpt mcm ni cantikk..

    ReplyDelete
  3. menarik.sebab selalu baby breath orang letak celah rose or carnation. Tapi jimatlah. biasa time konvo bouquet macam ni dah dekat rm50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang dijadikan bouquet filler biasanya. Lebih dari harga tu pun ada.

      Delete
  4. Suka sgt dengan baby breath ni. Lawa coeml warna tenang jeeee. Nama pun baby kan hehe Cantikk kak. Pandai akak gubah sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aien. Cuba cuba dan ikut sedap mata memandang gitu

      Delete
  5. pandainyaaa...tetiba nak buat jambak bunga sendiri untuk konvo diri sendiri nanti...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah gunakan bakat yang ada. pun boleh kak buat sendiri untuk diri sendiri :)

      Delete
  6. cantikkkkkkkkkkkk kejadiannya Fiza.. simple but nice.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.