Cara Hilangkan Kesan Karat Sudu Tembaga Lama

Tuesday, October 22, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Jenuh mencari sudu tembaga zaman dahulu kala kat kampung. Tanya kat mak, mak pun macam dah lupa simpan kat mana. Kononnya nak buat props lah untuk food photography ala vintage rustic macam tu. Haritu balik kampung dok cari juga tapi tak jumpa. Kali ni balik kampung cari pun tak jumpa. Tengah sibuk mengemas barang tu, mak cakap dah jumpa. Syukur, rezeki dapat sudu tembaga lama yang rare tu. 

Entah zaman bila sudu ni pun tak tahu. Yang Fiza tahu memang lama sungguh sudu ni. Zaman nenek dulu kot. Boleh dilabelkan sebagai barang antik juga ni. Mak jumpa dekat stor luar rumah. Memang berhabuk dan berkarat sungguh la. Tembaga karat tu ada warna biru biru turqoise sikit. Cakap ngan mak. Ni dah karat ni macamana nak hilangkan karat sudu?

Mak kata rendam dengan air asam keping je. Lepas tu sental bersihkan. Sampai rumah terus Fiza rendam semalaman sudu tu. Lupa nak ambil gambar sebelum kejadian rendam dengan air asam keping ni. Dalam gambar ni Fiza baru berus sikit sudu selepas semalaman rendam. Yang garfu tu belum cuci habis lagi. Masih perlu rendam sehari lagi dan berus dengan heavy duty scrub sponge. Kalau guna berus dawai takut macam tercalar teruk nanti.


Tambah sehari lagi rendam dan berus dengan sponge kasar tu, akhirnya hilang jugalah kesan karat dan kesan kotor pada sudu tembaga tu. Bahagian pemegang tu belum habis sental lagi. Mudah je nak hilangkan kesan karat ni rupanya. Bila dah rendam, lebih memudahkan kerja sental tu. Tak perlu sental beria. Tapi kesan dan karat degil tu kenalah beria sental sampai hilang.



Setelah sental sampai puas hati. Inilah hasilnya sudu tembaga rustic yang berkilat. Memang berhasillah ikut petua mak. Petua tradisional orang dulu-dulu memang berhasil. Puas hati tengok sudu dah cantik macam ni. Cuma bahagian kayu je yang kurang sikit. Rasa macam nak biarkan je macam tu baru nampak real rustic.



With Love, Sihatimerahjambu

24 comments

  1. Betul tu, barangan tembaga ni memang susah nak cuci kalau tak tau petuanya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. mula malas juga nak ambil. tapi okay ni macam nak ambil lagi..hihi

      Delete
  2. kuali kalau hitam akibat hangus pun boleh dibasuh dgn asam keping jugak. ammi pernah cuba

    ReplyDelete
  3. Cantiknya... Dekat rumah arwah tok saya pon banyak barang-barang antik macam ni, belanga, seterika.. pinggan mangkuk bunga kangkung. Bila kami pergi bersihkan habis semua dicuri orang.. sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhaii..kenapalah ada yang mencuri tu..dahlah barang antik ni berharga sangat..sayang dicuri.

      Delete
  4. Betul , kadang petua orang dulu-dulu ada betulnya . Bagi kita yang moden nie macam mengarut je petua itu ini , tapi itulah yang diorang guna pakai masa dulu . .

    ReplyDelete
  5. Ohh...blh guna air asam keping pulak ya... Bila cerita tentang tembaga, teringat koleksi tembaga emak. Tiap2 tahun, menjelang Aidilfitri kami sekeluarga (anak & cucu) akan berkumpul utk membersihkan tembaga guna 'brasso'. Jadi tradisi keluarga...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh baru tahu brasso tu. nak try carilah. mungkin lebih cepat bersih.terima kasih share

      Delete
  6. pandai orang dulu-dulu kan. Betullah tu sainsnya asa mkeping berasid.

    ReplyDelete
  7. waa.. tak pernah terfikir.. bila sudu dah berkarat habis akak buang je.. em.. membazirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba cara ni. mungkin berhasil juga untuk sudu besi

      Delete
  8. mudahnya cara dia.. tq fiza for sharing

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.