Resepi | Spaghetti Carbonara Super Creamy

Wednesday, September 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Spaghetti carbonara, menu favourite husband. Kalau bagi pilihan carbonara atau bolognese, dia pilih carbonara of course! Kalau Fiza, lebih suka bolognese. Tapi sejak Fiza tahu resepi Spaghetti Carbonara Super Creamy by Che Nom tu, terus rasa suka dengan sos carbonara walaupun dulu rasa macam so so je. So now dah boleh jadi salah satu one of my favourite western food lah.

Selama ni masak simple je tak creamy sangat. Rupanya lagi sedap kalau lemak berkrim disukai ramai kalau guna resepi spaghetti carbonara lemak berkrim daripada Che Nom. Mulanya Fiza tertengok cara buat di youtube. Tengok-tengok macam mudah sangat. So sajalah cuba masak macam tu. Finally, rasa dia memang umphh lah!


Ini bahan-bahan yang perlu kau orang sediakan. Fiza copy paste daripada resepi Che Nom. Dan cara buat tu kau orang boleh play video kat bawah ni atau terus ke channel Youtube Che Nom.

Bahan-bahan untuk sos
Sedikit minyak zaitun 
½ biji bawang Holland 
2 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
capsicum merah dan hijau 
1 mangkuk udang 
black pepper 
cendawan 
sos carbonara Prego 
susu full cream 
1 keping keju cheddar 
Italian herbs kering 
Daun parsley

Bahan-bahan untuk spaghetti
Air secukupnya 
1 paket spaghetti,500g 
Sedikit garam Minyak zaitun


Credit resepi dan video : Channel Youtube Che Nom
Kalau kau orang dah cuba masak ni, Fiza gerenti kau orang terus suka dengan spaghetti carbonara yang lemak berkrim, super creamy, extra creamy. Haa..memang sedaplah! Cuma Fiza tak letak udang je masa masak ni. Boleh pula lupa nak letak sebab biasa kalau masak carbonara tak letak udang melainkan masak oglio olio je. Takpe, nanti nak cuba letak udang pula.
Baca juga :  Resepi Spaghetti Salted Eggs
                    Resepi Spaghetti Oglio Olio
Terima kasih Che Nom berkongsi resepi sedap ni dan Fiza recommend resepi ni untuk kau orang cuba juga nanti okay! Selamat mencuba dan memasak dengan penuh kasih sayang untuk orang orang yang tersayang.
With Love, Sihatimerahjambu

16 comments

  1. thx for the recipe Fiza. Akak pn kalau diberi pilihan, akak pilih carbonara :)

    ReplyDelete
  2. kalo kita, mesti nak guna mushroom soup campbell ganti sos prego tu untuk buat sos carbonara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tambah mushroom sup tu lagilah sedap rasanya kan. super duper creamy gituh

      Delete
  3. Cabonara kalau lagi creamy lagi padu pegi dia. tp bolognese tetap number 1 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe, lagi laju makan lagi bertambah kaedahnya. yes, sama. Bolognese number 1

      Delete
  4. my all time feveret menu.. memang tak toleh kiri kanan kalau dapat yang ni..hehe

    ReplyDelete
  5. bila sebut carbonara otomatik sy teringat seorg mak cik ni. dia kawen dgn org UK. dia ckp suami dia terer buat carbonara ni then dia share resepi dgn sy. then sy pun buat laa... boleh laa tahan sedap. tp kalau dpt rs yg suami dia msk lg sedap kot hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang UK masak confirm lagi sedap guna resepi dan bahan asal sana kan

      Delete
  6. suka lah makanan yang creamy2 ni. rupanya letak susu sekali ya. tqq for resepi sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul..letak mushroom soup lagilah super duper creamy

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.