Resepi | Pisang Tanduk Goreng

Wednesday, September 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pisang tanduk, pisang yang mudah nak kenal sebab saiz dia lebih besar daripada pisang yang lain dan bentuknya panjang seperti tanduk. Itu sebabnya dinamakan pisang tanduk. Kalau tak tahu pisang tanduk tu memang tak tahu nak cakaplah kan. Pisang tanduk rasa dia manis dan tak kelat. Biasanya sedap dibuat kerepek pisang atau pisang goreng. Kebetulan balik kampung, pisang tanduk kebun abah dah boleh ditebang. Dapatlah bawa balik sesisir, adalah dalam 5 biji macam tu.

Kira cukuplah sebab berdua je nak makan pun. Bawa dari kampung haritu masih muda. Nak buat kerepek macam malas ya amat. Jadinya tunggu pisang tanduk masak baru buat pisang goreng. Sebenarnya pisang tanduk ni Fiza suka buat kerepek je. Kalau goreng dia macam kurang sedap melainkan potong nipis dan goreng rangup. 



Gambar atas tu baru separuh daripada 1 biji pisang tu. Memang dapat banyak. Berbaloi sangat kalau ada pisang tanduk ni. Sebab tu lah kalau kerepek atau pisang goreng dia harga macam mahal sikit kan. Zaman sekarang, apa je yang tak mahal. Selagi ada tanah dapat bercucuk tanam sangatlah berbaloi. 


Cara Fiza bancuh adunan tepung tu ikut adunan cempedak goreng rangup tu. Sama je bahan-bahan dia. Goreng memang rangup dan kurang berminyak walaupun tak bertapis dengan tisu. Tapi biasanya Fiza tapis minyak guna tisu lah untuk menyerap minyak tu. 

Bahan-bahan
Tepung gandum
suku camca Serbuk kunyit
Secubit garam 
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu

Bancuh semua bahan kecuali minyak panas dalam satu bekas. Dah siap bancuh, last sekali baru letak minyak panas dan kacau rata. Sukatan air dan tepung tu bergantung banyak mana pisang yang nak digoreng. Tapi bancuh jangan cair sangat ye. Tak pekat dan tak cair sangat macam tu. Goreng dalam minyak panas yang banyak. Warna dah kekuningan baru angkat dan toskan minyak. Siap untuk hidangan minum petang.

With Love, Sihatimerahjambu

22 comments

  1. memang besar pisang tanduk. sy pun kenal pisang tanduk ni sebab dia lain dari pisang lain. hihi

    ReplyDelete
  2. kerepek pisang tanduk sedap!!
    sedar2 abs sebalang mkn.. haha

    pisang goreng tanduk xprnh try lg..

    ReplyDelete
  3. akak pun suka goreng pisang tanduk nih, tp akak suka tunggu kuning sikit lg biar lebih manis hehhe... goren 1 je dh boleh makan 1 family kan.. mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang ni lambat masak sikit. seminggu peram baru kuning betul. memang sedap rasa manis dia tu

      Delete
  4. Haah kak betul2. pisang tanduk ni buat kerepek lagi sedap banding goreng buat cucur.

    ReplyDelete
  5. sedapnya pisang goreng! teringat pulak masa balik bintulu ri tu...ternampak orang jual pisang ni, sebut la depan mak, waaa tu pisang tanduk yang biasa orang guna untuk goreng kannn...terus mak beli suruh goreng buat minum petang..hahaahaha

    ReplyDelete
  6. suka pisang tanduk..lagi2 yang siap bergoreng macam ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bergoreng lagilah sedap. sebab jarang orang makan macam tu je :)

      Delete
  7. antara fav sy. pantang jumpa mesti nk beli. tp suh buat mls laa pulak hahahaha

    ReplyDelete
  8. Mrs. A suka jugak pisang tanduk goreng tapi jarang jumpa mungkin sebab harga dia mahal sikit kot dari pisang nipah atau pisang nangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, harga dia agak mahal sikit. tapi kalau goreng sedap pisang nangka lagi kot

      Delete
  9. Buat minum petang sambil cicah dengan sambal kicap, perghh terangkat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang laju je makan kalau dengan sambal kicap kak ana :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.