Resepi | Rahsia Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Beras

Tuesday, September 03, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Musim durian dah berlalu, sekarang musim buah cempedak pula. Tak pasti lah semua tempat bermusim cempedak atau tidak. Kat Segamat pun musim cempedak dah hujung-hujung katanya. Tapi merasa jugalah rezeki dapat buah cempedak walaupun dah hujung-hujung musim. Dah dapat cempedak tu memang fikir nak goreng je sebab tak berapa suka nak makan macam tu je. Cempedak goreng rangup memang sedap!


Kalau beli cempedak goreng sekarang ni bukan main mahal lagi harga dia. Kadang tu kalau teringin memang beli je walaupun harganya seulas cempedak goreng 50sen. Almaklumlah kadang beli cempedak sebiji tu bukan ada banyak isi. Pernah beli sebiji RM10 tapi ada 5 ulas je. Syukur jugalah isi dia tebal dan besar. Fiza suka kalau cempedak goreng digoreng rangup. Baru sedap makan. Sebelum ni Fiza guna resepi cempedak goreng tambah tepung beras. Kali ni ada resepi lain untuk buatkan cempedak goreng rangup.


Bahan-bahan
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam 
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu

Caranya cuma bancuhkan semua bahan dalam satu bekas. Sukatan tu bergantung pada berapa banyak cempedak yang nak digoreng tapi garam tu secubit pun dah cukup dah. Serbuk kunyit tu sikit pun dah okay untuk tambah warna kuning tu je. Air tu bergantung banyak mana tepung yang digunakan dan adunan tepung tu jangan terlampau cair sangat okay. 

Masukkan buah cempedak dalam bancuhan tepung kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Bila buah cempedak dah masak, angkat dan toskan atas tisu supaya dapat menyerap lebihan minyak. Tak adalah cempedak goreng tu berminyak banyak nanti kan. Okay, itu je bahan-bahan yang boleh kau orang guna untuk goreng cempedak rangup kalau tak ada tepung beras tu. 

Sebenarnya inilah resepi mak-mak kita sejak zaman berzaman. Tapi ada juga yang guna tepung beras untuk merangupkan gorengan cempedak tu. Ikut masing-masing punya citarasa dan cara lah. Dua-dua cara Fiza dah cuba guna pakai dan dua-dua cara pun menghasilkan cempedak goreng rangup yang sedap!

With Love, Sihatimerahjambu

19 comments

  1. nyum2 skrg tengah musim cempedak banyak sangat jual

    ReplyDelete
  2. Kak ana pun suka makan cempedak goreng yang rangup. Kadang sampai tak sedar diri dah termakan banyak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cempedak..kalau akak 2 ketul je bleh makan..tak leh la makan banyak...semput akak dibuatnya nanti

    ReplyDelete
  4. akak mmg guna resepi ini dr dulu sampai skrg, guna air sejuk coway tu dan tambahkan minyak panas 2 sudu, insyallah jd ranggupla apa yg kita grg tuh

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya..thanks sharing resepi fiza..:)

    ReplyDelete
  6. waaa febret niii...makan dengan biji dia sekali!

    ReplyDelete
  7. dekat Kedah pun banyak org jual cempedak. Dah murah bila hujung² musim ni. Pagi tadi baru breakfast cucur cempedak :)

    ReplyDelete
  8. Allahu..
    sedapnye cempedak goreng..
    tgh on diet ni terpaksa tahan nafsu nak makan cempedak goreng dulu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.