Nama-Nama Melayu Klasik Perempuan Inspirasi Nama Bunga-Bungaan

Monday, September 30, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Dalam era serba moden serba canggih ni nama anak-anak pun serba canggih dan moden juga selari dengan perkembangan zaman. Nama tak nak kalah panjang dan berbelit sebutan nak ikut moden punya pasal. Sekarang dah kurang rasanya nama panjang-panjang tu, ramai dah yang suka berikan nama anak dengan nama-nama melayu klasik terutamanya untuk anak perempuan inspirasi daripada nama bunga-bungaan.

Bunga kan cantik! Jadi, nama yang diberikan ibarat cantiknya bunga-bungaan tu. Bila dengar nama melayu klasik generasi zaman sekarang ni rasa kembali ke zaman nenek moyang kita dulu. Walaupun nama klasik tapi masih releven dan nampak unik digunakan dalam era generasi zaman sekarang.

Credit image : google

Ini antara nama-nama melayu klasik pilihan Fiza. Bolehlah gunapakai jika ada rezeki anak perempuan akan datang. Moga-moga Allah berikan rezeki anak. Kalau tak anak perempuan, anak lelaki boleh namakan jebat, tuah ke kan? Itu kalau ada yang suka dengan nama klasik. Ada juga menggabungkan nama klasik dengan nama moden.

  • Melur/Melati/Jasmine
  • Kenanga
  • Seroja
  • Kuntum
  • Dahlia
  • Mawar/ Rose
  • Lily
  • Orked
  • Cempaka 
  • Teratai
  • Kemboja

Apapun memilih nama anak sebaiknya berikan nama yang baik, sebutan dan ejaan juga perlu betul supaya makna nama tu lebih tepat. Setiap ibu bapa ada hak untuk menamakan anak masing-masing dengan pelbagai nama tapi sebelum berikan nama ikutlah panduan dan fikirkan mana yang paling bagus. Nama ni mencerminkan keperibadian seseorang dan biarlah selari serasi dengan tuan punya nama.

Ada sesetengah kes, ada bayi yang kena tukar nama sebab nama tu tak sesuai dengannya. Nama-nama melayu klasik ni kalau bukan dijadikan nama sebenar, sesuai juga jadikan nama pena atau ganti nama untuk karya-karya kan. Menarik juga tu.

With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. suka betul dengan nama-nama bunga ini, klasik sangat bunyi nya

    ReplyDelete
  2. sy blogger baru.. sy follow ya
    https://alniyati.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Suka la nama bunga2 ni. Orked, seroja, melur halahhhh comelll!

    ReplyDelete
  4. klasik sangat nama2 tu.. macam filem p Ramlee dah. hehehe

    ReplyDelete
  5. my mum namakan my cats with nama2 bunga. hahahaha

    ReplyDelete
  6. True. If I ever have a kid of my own, I would name her from flowers too. And dari dulu ada satu nama bunga yang memang Tqa suka sangat and letak dekat anak sendiri which is Azalea. It blossoms in the springtime so kalau anak lahir bulan May lagi cun hehe

    Another one is Iris. Kalau boy mungkin Ren. hahaha angan-angan je lah mampu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nama tu Tqa. Mudah mudahan ada rezeki..angan-angan jadi realiti.

      Delete
  7. Sama macam Ray, nama klasik ni semua ada kat kucing Zumal, cuma adalah tersesat nama Kajol, Jenny dan Cheeto

    ReplyDelete
  8. Satu lagi nama yg klasik, anak kawan kita... Teja Soraya... cantik sangat, suka nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh klasiknya nama. panggil teja comel panggil soraya pun best

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.