Cara Mengubah Warna Bunga Hydragea

Friday, September 06, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hydragea, cara nak sebut dia macam ni (hy-drayn-juh). Susah betul nak menyebutnya tapi nak senang panggil, sebut bunga zaleha je atau juga dikenali dengan nama bunga kembang 3 bulan. Okay, Fiza baru tahu nama lain bunga zaleha ni adalah bunga 3 bulan. Selain itu, nama kampung yang lain juga dipanggil bunga Siti Zubaidah. Banyak juga ye nama bunga ni. Tapi paling penting, bunga dia cantik dan unik.

Proses perubahan warna

KENAPA DIPANGGIL BUNGA KEMBANG 3 BULAN
Dipanggil bunga kembang 3 bulan disebabkan bunga ni akan berkembang setiap 3 bulan katanya. Tak pasti betul atau tidak. Tapi itu mungkin zaman dulu lah. Zaman sekarang ni dengan teknologi yang ada boleh buatkan bunga ni kembang sepanjang tahun macam tu. Siapa tahu kan?

Panggilan nama siti zaleha atau siti zubaidah tu mungkin pada zaman dahulu bunga ni di anggap cantik seperti gadis bernama siti zaleha atau siti zubaidah. Mungkin lah? Tak ketahui asal usul nama ni. Yang pasti bunga ni berasal daripada negara jepun yang beriklim sejuk. Sebab tu pokok Hydragea ni sesuai ditanam pada suhu yang tak telalu panas sebab kalau cuaca panas pokok ni mudah lecur. Dan lebih sesuai ditanam di dalam tanah bukan di dalam pasu.

KEUNIKAN HYDRAGEA
Nak tahu tentang keunikan hydragea ni? Fiza suka tengok kejadian bunga hydragea ni sebab bunga dia kembang rapat-rapat. kalau buat flower bouquet memang cantik dan no wonderlah harga dia mahal. Apa yang uniknya tentang hydragea ni adalah perubahan warna bunganya. Perubahan warna bunga bergantung pada pH tanah.

CARA MENGUBAH WARNA BUNGA HYDRAGEA
Untuk mengubah dan mengawal warna bunga hydragea adalah dengan memeriksa pH tanah terlebih dahulu. Untuk menghasilkan warna pink daripada warna biru sangat mudah tapi kalau nak ubah warna pink menjadi warna biru agak susah. Perubahan warna bunga hanya boleh dikawal selepas pokok matang 2 tahun.

Untuk dapatkan bunga bewarna biru, pH tanah perlu diturunkan dengan cara menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah. Untuk mendapatkan hasil bunga warna pink, perlu letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah. Menarik dan Unik bukan? Tapi kebiasaannya Fiza nampak hydragea ni warna kebiruan keungguan macam tu. Dekat rumah mak Fiza kat kampung dah banyak kali berbunga dan bunga tu warna biru je yang Fiza nampak.
23 April 2017

1 April 2018
With Love, Sihatimerahjambu

22 comments

  1. Akak suka bunga ni tapi tu la..tunggu pencen la kot baru bleh tanam.,..hahahaha...pernah beli terus mati sebab takde sapa nak tengok2...pokok bunga ni cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni tengah minat cucuk tanam bunga..tp belum jumpa lagi bunga ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Uniknya bunga ni Mrs. A pun pernah tengok bunga ni time tu color bunga dia macam dalam gambar tu biru ke purple tu. Tapi tak pernah amik tahu nama bunga ni apa huhuhuu

    ReplyDelete
  4. Kinah baru seminggu beli bunga ni. Baru keluar putik bunga

    ReplyDelete
  5. serius laaa boleh tukar2 warna dia...bestnyaa! tunggu ada rumah sendiri, nak tanam lah! rumah sekarang ni takde tanah...simen aje..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius kak. cuba akak tanam nanti :) samalah rumah kita xde tanah. ni pun pokok kat kampung je

      Delete
  6. unik kan bunga nih... suka jugak dengan bunga yg cantik kembang mekar nih...
    pernah juga terbaca psl mcmne bunga ni boleh berubah warna, ptt la dulu kt kampung pelik naper rumah mak warna pink tp kt umah nenek warna pepel biru2...depa kata dari benih yg sama... masa tu diaorg tak tau tanah yg berbeza blh jadikan dia punya warna pun tak sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah kan.samalah juga baru tahu. lepas ni boleh pilih nak warna apa.

      Delete
  7. baru tau pokok ni boleh tanam kat suhu kita. last nampak kat cameron highlands dengan gunung jerai .. ingat memerlukan cuaca suhu rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, boleh sebab dah lama juga mak tanam kat kampung. masa musim panas pun okay lagi cuma kurang sihat sikitlah tang daun tu

      Delete
  8. tmpat saya panggil siti zubaidah.. cantik bunga nya, lama dah tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, cantik dan jarang nampak.mungkin susah nak tanam dan jaga kot.

      Delete
  9. comelnya bunga ni.. baru tahu pasal kewujudan bungan 3 bulan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.