Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Eh..ternyanyi pulak! Ada jemputan kahwin ke harini? Bolehlah berehat masak dan menjamu nasi minyak kan. Sebut tentang kenduri kahwin teringat bunga manggar tiba-tiba. Sudahnya teringat terus bunga manggar majlis kahwin sendiri.  Lepas tu terfikir "apalah fungsi bunga manggar ni ye?". Gigih pula  nak fikir dan mencari nak dijadikan cerita hujung minggu.

Fungsi Bunga Manggar

Sebenarnya bunga manggar ni bukan lah benda wajib dalam majlis kahwin tapi sekadar salah satu hiasan penting dalam majlis kahwin. Boleh juga dikatakan satu simbolik majlis. Kalau tak ada bunga manggar tu macam kurang seri majlis kahwin lah kaedahnya gitu. 

Bukan majlis kahwin je ada bunga manggar ni, tapi majlis meraikan tetamu orang besar-besar pun ada bunga manggar. Digunakan ketika mengiringi pengantin atau tetamu. Bunga manggar ni macam penghias atau penyeri majlis menyambut dan meraikan. Mencantikkan lagi suasana majlis pun iya juga.


Selain tu, bunga manggar juga digunakan sebagai penunjuk arah ke majlis kahwin yang diletakkan pada papan tanda atau simpang jalan masuk ke rumah pengantin. Bunga manggar dilekatkan dengan tanda nama atau banner banting pengantin supaya tetamu tak salah rumah. Iyelah kan, kadang tu dalam masa yang sama dan tempat yang sama ada majlis kahwin yang lain juga.

Dulu-dulu bunga manggar dibuat daripada kertas plastik berkilat yang dililit pada batang lidi dan dicucuk pada buah betik muda. Bila dah siap bunga, buah betik dicucukkan pula pada batang buluh atau kayu sebagai pemegang. Biasanya budak-budak je ambil tugas pegang bunga manggar ni mengiringi pengantin. Dah siap iring pengantin lepas tu berebut nak ambil buat main. Bila zaman dah berubah, bunga manggar pun berubah ikut peredaran zaman. 


Jenis-jenis bunga manggar

Ada bunga manggar daripada gula-gula, bunga manggar rose, bunga manggar styrofoam dan bermacam-macam lagi lah. Fiza suka something yang unik dan timbullah idea nak diy bunga manggar daripada plastik beg merah tu selepas google bermacam style. Kelopak bunga tu Fiza ikut tutorial macam orang buat bunga daripada riben dan Fiza pilih plastik tu sebab material dia plastik sesuai untuk cuaca hujan panas. Lagi satu, warna plastik bag tu warna pink yang sangat terang. Memang sesuai dengan majlis kahwin bertemakan pink!
 
baca juga : Tutorial DIY bunga manggar daripada plastik beg
                   Tutorial DIY Bunga Pahar

Boleh je guna material lain macam kertas crepe atau lain-lain kertas tapi sebab majlis outdoor, takut hujan je. Tak pasal bunga manggar jadi bunga manggar ku musnah nanti. Lagipun guna plastik merah tu sangat jimat kot. Kitar semula je plastik yang ada kat dapur tu. Sekarang pun dah bermacam warna plastik ada. Boleh rujuk tutorial link yang Fiza bagi kat atas tu ye.


Nampak tak keunikan bunga manggar yang dah siap ni. Fuhh, berbaloi tau gigih buat sorang-sorang bunga manggar ni. Of courselah kena siapkan awal. Kalau buat last minit memang tak lah nak siapkan. Bakal pengantin, kalau nak jimat DIY je. Tapi kalau bajet banyak dan tak cukup masa nak buat, beli je lagi senang kan. Buat sendiri ni memerlukan masa dan kegigihan. Kalau rajin separuh jalan pun tak guna.

Cuti sekolah tak lama lagikan. Mesti banyak majlis kahwin. Bolehlah buat bunga manggar di dari sekarang. Saja bagi idea pada kau orang walaupun dah entri tutorial tu dah bertahun lamanya. Masih berfungsi lagi entri tu untuk dikongsikan.

Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!


Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran  ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!


Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.

Nampak Klassik

Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.


Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.

Mudah dan Jimat!

Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak. 

Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.  

  • Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.


  • Kain songket dengan hiasan dokoh


  • Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni


  • Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga 

boleh gunakan kain satin tudung bawal

Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.

  •   Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut


  •  Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah


  • Kain Satin selit dengan kemasan bunga


  • Kain satin dengan hiasan bunga


Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam video di bawah

credit : KyotoDesignHouse
Kaki kejang/cramp dan sakit otot sejenis penyakit yang susah nak tahan sakitnya. Bayangkan kalau kaki cramp tiba-tiba memang rasa nak nangis dibuatnya! Kalau tak diurut atau takda apa-apa rawatan terpaksalah menahan derita sakit tu. Selain itu, sakit tulang, lenguh-lenguh, kebas dan sakit urat pun boleh tahan merana juga kalau terkena. Puncanya mungkin disebabkan banyak pergerakan aktiviti berat seharian atau mungkin juga kurang bergerak.

Stress kan bila kena hadap masalah berkaitan sendi otot, urat dan tulang ni. Sekali kalau sakit tu, terbatas pergerakan dan susah nak bergerak. Fiza pernah kena sakit pinggang. Nak solat tu memang sakit sungguh bila nak rukuk dan sujud tu. Fiza tak pasti disebabkan apa, mungkin sebab duduk terlalu lama dan tak bergerak. Jadi bila sekali bergerak laju dia jadi macam terkejut lah kot. 2 hari susah nak bergerak buat kerja rumah. Duduk terbaring je. Nangis!


Sakit sendi ni ada juga berpunca daripada faktor usia, obesiti dan keturunan juga. Sakit lututlah, sakit pinggang lah, sakit bahu lah, sakit betis, terseliuh dan bermacam lagi. Nampak macam tak teruk sangat je sakit sendi otot ni kan. Tapi kalau tak ada penyelesaian tak boleh juga.

Macam biasa minyak urutlah jadi pilihan mak ayah kita sejak zaman berzaman. Minyak urut bukan pilihan Fiza lah yang pastinya sebab minyak urut sekarang pun tak berapa berkesan macam dulu kan. Kesan dia pun dah berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin bahan-bahan yang digunakan tak seasli zaman dulu kot.

YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PAN AWAY

So pilihan Fiza untuk sakit sendi otot dan lenguh-lenguh ni adalah Young Living Essential Oil (YLEO) Pan Away. Sejak jumpa YLEO Pan Away tak pandang dah minyak angin lain sebab YLEO ni jenis cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit.

Paling penting menggunakan bahan semulajadi dan tiada bahan kimia @sintetik. EO Pan Away  adalah gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Wintergreen, Clove, Helichrysum, Peppermint, Lemon, Idaho Balsam FirCopaibaVetiver dan Palo Santo yang bersifat panas dan berfungsi untuk mengendurkan otot serta urat yang tegang bagi membantu menghilangkan rasa tidak selesa.


Fungsi Bahan-bahan dalam EO Pan Away :

  • Wintergreen : Membantu meredakan sakit pada otot dan sendi.
  • Clove :  Berfungsi sebagai antioksidan yang membantu meredakan sakit sengal sendi, otot dan boleh juga digunakan untuk meredakan sakit gigi atau gusi.
  • Helichrysum : Membantu melancarkan sistem aliran darah dalam badan dan lapisan kulit serta saraf   untuk meredakan sengal dan bisa.
  • Peppermint : Membantu meredakan urat yang tegang di kepala dan leher jika pening kepala
  • Lemon - Memberikan tenaga pada otak dan membantu membuatkan emosi lebih stabil.
  • Idaho Balsam Fir- Membantu stimulasikan otak dan meringankan sengal pada otot dan sendi.
  • Copaiba - Membantu meredakan sengal pada otot dan dijadikan sebagai painkiller
  • Vetiver- Membantu untuk menguatkan tulang dan otot.
  • Palo Santo - Membantu melancarkan sistem pernafasan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. 

                  YLEO Lemon untuk demam, batuk dan selsema

CEPAT MERESAP, TIDAK BERMINYAK DAN SEJUK

Selain cepat meresap, tidak berminyak pada kulit dan cepat berkesan. Fiza suka kesan sejuk menthol tu sebab ada bahan peppermint tu. Dinasihatkan sebelum sapu EO Pan Away, perlu dilute terlebih dahulu dengan carrier oil/natural oil (Coconut oil/seed oil/olive oil) sebelum sapu.

 

Takut panas sangat kalau sapu direct pada kulit. Dan kalau dilute dengan carrier oil kuantiti minyak lebih banyak dan lebih banyak kawasan dapat disapu. Jimat pun jimat kan. Minyak urut paling best dan rasa lebih selesa selepas sapu.

BERKESAN UNTUK SAKIT OTOT SENDI, LENGUH, KEBAS, TERSELIUH DAN KEJANG

Kalau jenis suka bersukan dan kerap lenguh atau sakit-sakit otot ke kejang ke boleh cuba EO Pan Away ni. EO must have lah untuk jenis yang suka bersukan, kerap lenguh-lenguh atau boleh bekalkan pada mak ayah kita yang kerja berat selalu sakit lutut atau pinggang tu. Bau dia pun sangat best dan fresh tak macam minyak angin.

Bagi kau orang yang kaki hiking, cycling, running dan lain-lain aktiviti sukan tu gunakan je EO Pan Away untuk hilangkan sakit sakit otot yang baru nak mula mengembang tu. Biasanya awal-awal baru nak mula aktif ni otot macam sakit sikit. Tapi lama-lama dah konsisten bersukan otot dah biasa dah dengan aktiviti tu. Tapi sesekali hiking macam Fiza memang sakit teruk lah. Lagi-lagi kalau hiking gunung tu. 

ESSENTIAL OIL PANAWAY MUST HAVE!

Kesimpulannya EO Pan Away ni boleh digunakan untuk menyokong dan melegakan otot selepas melakukan aktiviti sukan/senaman. EO yang berguna juga untuk pening kepala ataupun sakit senggugut tu. Memang berkesanlah! EO Pan Away ni tidak sesuai untuk diffuse ye. Hanya digunakan secara topically (sapuan) sahaja. 

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

Disclaimer : Essential Oil bukanlah ubat, ia adalah alternatif untuk gaya hidup yang lebih sihat dengan bahan semulajadi. 
Pisang tanduk, pisang yang mudah nak kenal sebab saiz dia lebih besar daripada pisang yang lain dan bentuknya panjang seperti tanduk. Itu sebabnya dinamakan pisang tanduk. Kalau tak tahu pisang tanduk tu memang tak tahu nak cakaplah kan. Pisang tanduk rasa dia manis dan tak kelat. Biasanya sedap dibuat kerepek pisang atau pisang goreng. Kebetulan balik kampung, pisang tanduk kebun abah dah boleh ditebang. Dapatlah bawa balik sesisir, adalah dalam 5 biji macam tu.

Kira cukuplah sebab berdua je nak makan pun. Bawa dari kampung haritu masih muda. Nak buat kerepek macam malas ya amat. Jadinya tunggu pisang tanduk masak baru buat pisang goreng. Sebenarnya pisang tanduk ni Fiza suka buat kerepek je. Kalau goreng dia macam kurang sedap melainkan potong nipis dan goreng rangup. 



Gambar atas tu baru separuh daripada 1 biji pisang tu. Memang dapat banyak. Berbaloi sangat kalau ada pisang tanduk ni. Sebab tu lah kalau kerepek atau pisang goreng dia harga macam mahal sikit kan. Zaman sekarang, apa je yang tak mahal. Selagi ada tanah dapat bercucuk tanam sangatlah berbaloi. 


Cara Fiza bancuh adunan tepung tu ikut adunan cempedak goreng rangup tu. Sama je bahan-bahan dia. Goreng memang rangup dan kurang berminyak walaupun tak bertapis dengan tisu. Tapi biasanya Fiza tapis minyak guna tisu lah untuk menyerap minyak tu. 

Bahan-bahan
Tepung gandum
suku camca Serbuk kunyit
Secubit garam 
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu

Bancuh semua bahan kecuali minyak panas dalam satu bekas. Dah siap bancuh, last sekali baru letak minyak panas dan kacau rata. Sukatan air dan tepung tu bergantung banyak mana pisang yang nak digoreng. Tapi bancuh jangan cair sangat ye. Tak pekat dan tak cair sangat macam tu. Goreng dalam minyak panas yang banyak. Warna dah kekuningan baru angkat dan toskan minyak. Siap untuk hidangan minum petang.

Spaghetti carbonara, menu favourite husband. Kalau bagi pilihan carbonara atau bolognese, dia pilih carbonara of course! Kalau Fiza, lebih suka bolognese. Tapi sejak Fiza tahu resepi Spaghetti Carbonara Super Creamy by Che Nom tu, terus rasa suka dengan sos carbonara walaupun dulu rasa macam so so je. So now dah boleh jadi salah satu one of my favourite western food lah.

Selama ni masak simple je tak creamy sangat. Rupanya lagi sedap kalau lemak berkrim disukai ramai kalau guna resepi spaghetti carbonara lemak berkrim daripada Che Nom. Mulanya Fiza tertengok cara buat di youtube. Tengok-tengok macam mudah sangat. So sajalah cuba masak macam tu. Finally, rasa dia memang umphh lah!


Ini bahan-bahan yang perlu kau orang sediakan. Fiza copy paste daripada resepi Che Nom. Dan cara buat tu kau orang boleh play video kat bawah ni atau terus ke channel Youtube Che Nom.

Bahan-bahan untuk sos
Sedikit minyak zaitun 
½ biji bawang Holland 
2 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
capsicum merah dan hijau 
1 mangkuk udang 
black pepper 
cendawan 
sos carbonara Prego 
susu full cream 
1 keping keju cheddar 
Italian herbs kering 
Daun parsley

Bahan-bahan untuk spaghetti
Air secukupnya 
1 paket spaghetti,500g 
Sedikit garam Minyak zaitun


Credit resepi dan video : Channel Youtube Che Nom
Kalau kau orang dah cuba masak ni, Fiza gerenti kau orang terus suka dengan spaghetti carbonara yang lemak berkrim, super creamy, extra creamy. Haa..memang sedaplah! Cuma Fiza tak letak udang je masa masak ni. Boleh pula lupa nak letak sebab biasa kalau masak carbonara tak letak udang melainkan masak oglio olio je. Takpe, nanti nak cuba letak udang pula.
Baca juga :  Resepi Spaghetti Salted Eggs
                    Resepi Spaghetti Oglio Olio
Terima kasih Che Nom berkongsi resepi sedap ni dan Fiza recommend resepi ni untuk kau orang cuba juga nanti okay! Selamat mencuba dan memasak dengan penuh kasih sayang untuk orang orang yang tersayang.
Selamat pagi! Selamat kembali bekerja selepas long weekend yang terakhir bulan September ni. No more long weekend dah untuk bulan ni. Minggu depan dah boleh start dengan monday, no more Tuesday Blues. Liatnya alahainya nak mulakan kerja hari ni. Kalau boleh hari-hari nak menikmati cuti. Cuti long weekend sempat balik kampung kejap sehari. Dalam masa sehari tu sempat jugalah ambil benih 3 jenis pokok lidah mertua kat rumah mak. Ingatkan ada satu jenis je mak tanam, rupanya ada 3 jenis ni. Bolehlah buat koleksi baru dekorasi dalam rumah.

Pokok lidah mertua ni memang banyak sangat namanya. Antaranya lidah mak mertua, lidah mentua, lidah jin, lidah hantu, lidah ular dan bermacam lagi. Nama english pun ada pelbagai dipanggil sansevieria atau snake plant. Dah boleh hadam dah segala nama-nama tu. Semua nama yang disebutkan tu kira betul lah ye. Tak payah susah-susah nak confused. Anggap je semua nama tu wujud dan betul.

3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah


1. Sansevieria Golden Hahnii

Untuk sanseviera trisfasciata lorentii ada banyak jenis juga. Yang Fiza ambil ni jenis sederhana panjang pertumbuhan dia. Kalau jenis panjang tinggi tu nama dia Sanseviera Trifasciata Lorentii. Untuk jenis Golden Hahnii ni warna kuning emas pada bahagian tepi daun agak tebal berbanding lorentii dan daun golden hahnii lebih lebar.


2. Sansevieria trifasciata Prain

Jenis Trifasciata bukan hanya ada yang jalur kuning sahaja pada tepi daun. Ada juga jenis yang bewarna hijau berbelang-belang kelabu macam trisfaciata prain ni. Sejenis spesis yang mempunyai daun panjang dan tajam. Kalau jenis pendek sikit namanya trisfaciata futura yang saiznya dan corak macam lorentii cuma tak ada lining kuning je. 



3. Sansevieria Trifasciata Bantel’s Sensation/ White Sansevieria

Jenis Bantel's Sensation/ White Sansevieria ni antara jenis paling senang nak kenal sebab lain sikit daripada yang lain. Jenis daun bercorak garisan warna hijau dan dasarnya warna putih. Pokok jenis lurus tinggi, keras dan tumbuh secara rapat. Memang nampak beza ketinggian white sansevieria ni dengan jenis lain.


Jenis rumah tanah ditutupi simen, makanya buat tanaman dekorasi dalam rumah je lah jawabnya. Fiza cuba tanam dalam air buat masa ni. Harap-harap menjadi lah. Kalau menjadi propagate boleh lah pindahkan sikit dalam pasu besar. Pokok lidah mertua ni kalau tanam untuk landskap jadikan pagar memang cantik sangat. Atau letak dalam pasu besar memang cantik kan. Sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah dan luar rumah. Untuk dalam rumah tu boleh berfungsi sebagai pembersih udara dan mengurangkan bau yang tak best dalam rumah

                  3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah

Selama ni tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Tapi sejak terjebak dengan pokok hiasan ni barulah tersuka tanpa sengaja. Dan tahu pokok ni ada fungsinya memang mencarilah pokok lidah mertua ni. Biasanya harga kat nursery sepokok dalam RM15 dan ke atas. Kira jimat juga lah ambil kat rumah mak ni. Kena sabar sikitlah tunggu dia membesar depan mata. Hari-hari buat terapi mata dan tengok pembesaran pokok lidah mertua ni.

Credit : rezahape
Nasi goreng, menu paling mudah dan cepat disediakan. Kalau pening nak masak apa, masak nasi goreng je senang tak perlu nak fikir nak masak apa. Tapi kalau nasi goreng biasa setiap hari macam jemu juga tekak ni kan. Sesekali tu kena ubah citarasa sikit. Macam Fiza suka dengan nasi goreng sardin. Seminggu menu nasi goreng sardin untuk breakfast dan lunch pun takpe. Tapi malam kena menu lain pula. Kalau seminggu pagi petang malam hadap nasi goreng sardin jadi jemu nanti. Cukup menu untuk breakfast dan lunch je.


Biasa Fiza beli sardin tin sederhana besar. Dalam dia kadang ada 4 ekor sardin dan kadang ada 5 ekor sardin. Kalau ada 5 ekor tu cukuplah untuk 5 hari menu nasi goreng sardin. Sebab apa masak nasi goreng sebab mudah kerja nak sediakan menu breakfast merangkap bekalan kerja untuk suami. Sebab suami pun lebih suka bekal yang simple je, senang nak makan katanya dan juga tak nak menyusahkan isteri nak menyediakan lauk pauk bagai. 

Alhamdulillah. Jadi lebih mudah suami jenis tak cerewet. Dah boleh jimat masa, jimat belanja dan jimat tenaga kat situ. Okay berbalik kepada sardin tu. Fiza keluarkan dan asingkan seekor-seekor dalam bekas tupperware kecil dan simpan dalam peti ais. Sos sardin tu bahagikan sama rata dalam setiap bekas sardin yang diasingkan. Bila nak masak ambil satu bekas je. Kiranya sekali masak, seekor sardin lah macam tu. Janji ada rasa sardin sebab kalau letak seekor pun rasa sardin tu taklah kuat sangat. 

Resepi Nasi Goreng Sardin Masak Cara Fiza


Bahan-bahan
Nasi ( Biasa masak 1 1/2 cup untuk 4 hidangan)
Cili Api
4 biji bawang merah rose (kalau bawang besar guna separuh cukup dah)
2 ulas bawang putih
Ikan bilis sikit je cukup
4 sudu minyak masak
garam suku camca je
1 ekor sardin bersama sos sardin sikit
1 biji telur

Cara  Masak
1. Blend  cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Nak lagi sedap, tumbuk guna lesung batu tumbuk kasar je.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik bau dan sedikit garing. 
3. Kemudian masukkan sardin bersama sos sardin. Hancur-hancurkan isi sardin tu ye. Kalau nak hancur-hancur kan sebelum masuk dalam kuali pun boleh. Biar masak kejap.
4. Pecahkan telur dan kacau.
5. Masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan nasi dan kacau lah sampai semua bahan tumis mesra dengan nasi tu. Siap!

Sama je masak macam nasi goreng biasa cuma tambah sardin tu je lah. Sesekali ubah rasa sikit. Kalau tak nak sardin, nak rasa ikan yang mild je guna tuna flakes tu. Tambah dengan salted egg lagilah sedap. Tak perlu tambah garam dah sebab dah masin. Sumpah sedap! Cubalah kalau nak rasa. Ini resepi untuk orang yang makan sardin je. Yang tak makan sardin mesti cakap tak sedap punya. Kan!

Yang pening nak masak apa untuk breakfast atau sediakan bekal hari hari tu bolehlah cuba menu nasi goreng sardin ni ha. Mudah, cepat dan sedap! 

Bangun pagi dapat sedut minty aroma memang terasa segar dan hilang rasa mengantok tu. Sejak dah terjebak dengan essential oil ni terasa berubah sikit lifestyle. Mood tu lebih baik dengan adanya aromaterapi. Dah terjebak barulah tahu ianya sangat membantu. Ingatkan minyak semata-mata. Tak kenal maka tak cinta. Sekarang memang dah jatuh cinta. Untuk minty aroma, Fiza suka dengan Young Living Essential Oil (YLEOPeppermint & Spearmint.


Young Living Essential Oil (YLEO) Peppermint

Fiza percaya, semua orang memang suka dengan minty aroma. Rasa berangin sejuk dan segar ya amat. EO Peppermint antara essential oil yang paling laris dan must have essential oil untuk kegunaan setiap hari. Sebab apa terlajak laris? Sebab manfaat YLEO Peppermint ni dapat membantu masalah pencernaan, rasa mual, kembung perut, sakit kepala, melegakan pernafasan, batuk dan menghilangkan bau yang kurang sedap. Sebenarnya banyak lagi kegunaan YLEO Peppermint ni. 


Kalau nak lebih fokus dan lebih segar buat kerja. Awal-awal pagi sebelum mula nak buat kerja design atau writing tu, Fiza diffuse je EO Peppermint ni. Kalau tak diffuse EO Peppermint, Fiza akan gunakan kaedah inhale terus dengan cara titiskan pada tapak tangan, gosok arah/lawan arah jam kemudian tekup pada hidung dan sedut bau EO perlahan dalam-dalam. Dia punya segar balik tu memang membantu sangat. Lega penafasan juga. 

Itu sebabnya lebih fokus dan relaks nak buat kerja. Pendek kata boleh mandatangkan mood positif. Kalau rasa kurang bertenaga atau stress sapu je EO Peppermint pada belakang leher. Tapi kalau nak sapu pada anak-anak kecil tu kena dilute EO Peppermint ni dengan carrier oil dulu. Carrier oil ni boleh guna organic oil macam coconut oil, olive oil atau seed oil.  Nisbah campuran tu boleh rujuk dalam gambar bawah ni.


EO Peppermint juga  boleh tambahkan dalam shampoo untuk rasa dingin kulit kepala. Lagi satu penggunaan EO Peppermint ni boleh titiskan dalam botol kaca spray untuk menghalau serangga. Masa musim banyak lalat tu, Fiza lapkan dengan kain basah campur setitis EO Peppermint terus lalat tak hinggap dah. Terus rasa macam 'wow' sangat. Dahlah EO ni tak mengandungi chemical. Rasa lebih puas hati guna EO 100% pure pati semulajadi ni. Rasa selamat kalau nak spray spray untuk pembersihan ni.

baca juga : Young Living Essential Oil Lavender
                  Young Living Essential Oil Lemon


Young Living Essential Oil (YLEO) Spearmint

EO Spearmint sama je dengan peppermint tapi dia punya kandungan menthol kurang daripada peppermint. Minty aroma dia lebih ringan sebab kandungan menthol dia lebih renda. Jadi, spearmint lebih sesuai untuk kegunaan anak-anak atau mereka yang lebih sesuai dengan minty aroma yang lebih ringan. Itulah perbezaan EO Peppermint dan Spearmint ni. Yang lain fungsi dan sifatnya lebih kurang je.


Fiza lebih suka dengan EO Peppermint sebab bau dia lebih kuat. Yang selalu rasa pening, mual, lesu tu boleh cuba guna EO Peppermint atau Spearmint ni. Letak siap-siap dalam handbag untuk memudahkan penggunaan di mana-mana. Kalau nak rasa fresh air dengan minty aroma, diffuse je EO dua-dua ni. Serius cakap, memang best gila kot dengan YLEO ni. Nak cuba, boleh je beli dengan Fiza.

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

Broken link atau pautan rosak dalam blog ni kalau dibiarkan lama memang bersarang jawabnya.  Selalu lah check dan rajin membuang broken link sekerap mungkin. Walaupun sekali check dah buang habis senarai broken link tu tapi tetap masih ada broken link yang tinggal. Jadi memang kena kerap check dan buang. Kenapa?

Punca Broken Link

Broken link/Pautan rosak terjadi bila ada link didalam blog yang dah tak berfungsi, di delete, bertukar kepada link lain atau tidak wujud lagi dalam database enjin cariaan google. Biasanya broken link dalam blog ni seperti "Page Not Found" atau "Error 404 Not Found". Paling banyak broken link dalam entri giveaway sebab ada antara backlink blogger yang tidak aktif lagi ataupun entry tersebut telah didraftkan/delete.

Cara Semak Dan Buang Broken Link

Caranya mudah je dengan menggunakan Broken Link Checker Tool. Masukkan url blog dan click find broken links. Lepas tu masukkan security code dan tunggu sehingga checker tool habis semak. cara nak tahu link mana yang broken tu, click url atau src. 


Kalau link macam dalam gambar ni adalah link profile blogger yang tak aktif. Senang nak delete. Halakan cursor pada link profile komentator dan perhatikan link yang keluar pada bawah kiri monitor. Kalau link sama dengan senarai broken link tu boleh klik delete terus. Yang ni leceh sikit sebab kena check satu-satu link komentator daripada url broken link tu.

contoh check broken link profile blogger.com

Kalau broken link dalam entri blog, perlu tekan src. Dalam new tab tu akan tunjukkan lokasi broken link samada link dalam text atau pada gambar. Setakat ni broken link dalam blog Fiza makin susut lah. Tak macam dulu sampai beratus broken link nak kena buang. 

Kenapa perlu buang broken link ni? Jawapannya adalah broken link/pautan rosak ni akan menjejaskan prestasi SEO blog kau orang sendiri. Faham-faham lah bila dah terjejas tu. Nak tak nak kena buang jugalah broken ni. Siapa yang tak frust kalau google lepas tu masuk page not found pula kan. Broken link juga menyebabkan PV (Pageview) blog jatuh.

Benda ni dah lama dikongsikan oleh otai-otai blogger, cuma sajalah buat entri untuk ingatkan kau orang juga sebab kita ni mudah lupa. Note to myself juga lah. Sesekali nak juga blog hebat sikit. Bosanlah cakap blog biasa-biasa je. Siapa lagi nak membangunkan blog sendiri kalau bukan diri sendiri. Haa tepuk!

Rasanya Fiza dah beberapa kali give up nak tanam pokok dalam pasu. Yang hidup pun hanya pokok kaktus je lah untuk hiasan. Sudahnya Fiza buat tanaman dalam air je untuk buat hiasan dalam rumah. Fiza guna 3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah yang berfungsi untuk bersihkan udara dalam rumah. Bukan saja-saja buat perhiasan ye. Tapi ada fungsinya.


Kebetulan 3 tanaman yang ada boleh hidup dalam air. So Fiza pindahkan dari pasu ke dalam balang kaca. Risau pula dibiarkan dalam pasu lepas ambil dari kampung tu. Takut mati lagi sia-sia bawa dari kampung tu. 

3 TANAMAN DALAM AIR UNTUK HIASAN DALAM RUMAH


1. Devil's Ivy

Kalau bahasa melayunya dipanggil sirih gading. Pokok ni memang mudah hidup dalam tanah ataupun dalam air dan susah nak mati. Sejenis pokok yang membesar cepat bila cahaya dan air cukup kalau tanam dalam tanah. Letak dalam air lagi mudah jaga sebab hanya perlu letak di tempat yang cukup cahaya dah okay dah. 


2. Snake plant


Snake plant ni ada banyak jenis. Orang kita panggil pokok lidah mertua atau pokok lidah jin. Dengar nama tu jadi takut dan rasa berbisa je kalau terkena pokok tu. Tapi pokok ni memang sangat bagus tau jadikan hiasan dalam rumah sebab boleh menyerap racun karbondioksida, benzene dan lain-lain lagi. Lagi satu, dia boleh menghilangkan bau yang tak sedap dalam ruang bilik. Sejauh mana keberkesanan tu, kena lah cuba letak dalam ruang rumah. 


3. Spider Plant

Spider plant ni salah satu pokok favourite Fiza sebab suka tengok rimbunan daun macam labah-labah tu. Sedap mata memandang. Fungsi dia sama macam pokok sirih gading dan snake plant tu. Akar dia jenis macam ubi, unik sikit. Boleh hidup dalam air dan nampak menarik pula tengok akar-akar ubi tu kan.


Fiza rasa penjagaan pokok tanaman dalam air ni lebih mudah dijaga. Hanya perlukan cahaya yang cukup dan tambah air bila perlu ditambah je. Tak perlu beria nak siram sehari dua kali atau 2 hari sekali ni. Senang. Tapi, kena pastikan tukar air dan tiada jentik-jentik okay! Itu memang kena rajin. Jangan malas-malas. Tunggu apa lagi? Carilah pokok-pokok ni boleh jadikan hiasan di meja kerja kau orang tu. Tengok tumbuhan hijau satu terapi juga. 

Tips : Untuk makanan pokok tanaman dalam air ni, boleh rendam kulit telur yang dihancurkan dalam botol selama 4-5 hari. Kemudian masukkan air rendaman kulit telur tu beberapa sudu dalam bekas air pokok ni. Ada orang letak separuh air biasa dan separuh lagi air rendaman kulit telur tu. Tapi Fiza letak sikit je air kulit telur tu sebab tak nak air keruh. Cukup letak sikit dah memadailah kot untuk makanan pokok tu. Nak tahu lebih lanjut boleh cuba tengok kat youtube
Sumpah lawa bila tengok gambar orang kampung ambil gambar kat kebun lalang ni. Memang cantiklah dan sesuai untuk photography. Siapalah founder yang jumpa kebun lalang yang cantik ni. Walaupun hanya sekadar lalang tapi kalau tengok hasilnya. Masya-Allah. Indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Salah satu hidden gem lah kalau tengah tumbuh lalang.

Gambar asal sebelum edit

Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.


Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.

Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas. 



Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.

Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga. 

Jarang sekali tukar template blog sebab kerja menghadap coding tu boleh buat pening kepala dan berlamaan depan dekstop tu. Selagi tak menjadi selagi tu lah akan cuba sampai berjaya buat template blog tu puas hati. lagi-lagi template beli online, lagi susah nak faham struktur coding dia sebab berbeza dengan yang basic. Silap buat, boleh nangis okay!

Bukan saja-saja tukar template blog sebab Fiza suka gila dengan template sebelum ni. Unique template dan harga template pun costly jugalah pada Fiza. Lama juga bertahan dengan template sebelum ni. Kalau kau orang masih ingat lah template blog lama. Tapi terpaksalah melepaskan pergi sebab template tu entah kenapa not mobile friendly pula dah. Padahal tak usik apa pun. Template pun responsive je sebenarnya kalau test. 

Template baru September 9, 2019

Almaklumlah sekarang ni google strict betul ye macam cikgu besar sekolah. Tukar rules baru lah apa lah. Yang zero knowledge ni terkontang kanting menggoogle nak solve problem. Sudahnya kita kasi tukar itu template blog je senang! Nak tak tak terpaksalah Fiza tukar kepada template baru yang lebih cepat loading dan responsive.

Ye, ada hikmahnya sesuatu tu terjadi kan. Akhir-akhir ni Fiza perasan traffik blog kurang dan earnings adsense turun tak pasal-pasal. Lepas check itu ini katanya tak mobile friendly, slow dan sitelinks pun tak ada kat google dah. Aduhaii, nak pitam sekejap! Sebelum ni elok tiba-tiba dia buat hal. Redha je lah tukar baru walaupun tahu traffik akan turun selepas tukar template baru.


Okay takpe, fikir positif je lah Fiza oii. Apa nak fikir lagi kan? Jadi, Fiza beli lah template yang rasa okay untuk new look blog Fiza ni. Fiza pilih minimalist design dan cepat loading. Tak letak banyak widget sebab tak nak beratkan blog lagi. Cukuplah tampung berat badan sendiri je. So macamana template baru? Loading, jenis tulisan, warna dan semuanya okay tak? Boleh berikan pendapat kau orang tentang template baru ni untuk perbaiki mana-mana kekurangan. Terima kasih.

Hikmahnya tukar template baru ni, traffik tak turun pun tapi makin meningkat dan earnings pun meningkat juga. Alhamdulillah syukur dan lega tak perlu susah fikir lagi macamana nak solve. Itulah kadang menjadi kadang tak. Syukur Allah permudahkan urusan. Boleh blogging macam biasa dah. Harap boleh kekal lama momentum berblog ni.


Selamat pagi selasa! Minggu ni masih lagi berdepan dengan tuesday blues. Minggu depan pun sama! Lepas tu barulah kembali ke monday blues semula. Long weekend pun terasa cuti dua hari je. Padahal long weekend tak ke mana pun. Duduk rumah je tapi bukan berehat, buat kerja yang tak pernah habis. Sudah-sudah lah membebel Puan oiii. Meh kena se tin wonda cofee sarawak edition ni ha. 


EDISI ISTIMEWA DAN TERHAD

Teruja tengok tin Sarawak Edition Coffee keluaran Wonda Coffee ni. Biasanya kalau wonda coffee, husband akan belikan kopi tarik. Tapi bila ada new edition mesti dia akan beli  nak cuba rasa. Sarawak Edition Coffee ni dikeluarkan sempena Hari Malaysia dan keluarannya adalah terhad sehingga october kalau tak silap. Nak rasa tu cepat-cepatlah pergi beli. Untuk peminat kopi should try!

ETNIK BUDAYA SARAWAK

Tin Sarawak Edition Coffee dihiasi dengan design yang menggambarkan tentang etnik dan budaya Sarawak. Yang jelas kelihatan gambar burung enggang kenyalang, orkid sarawak dan ukiran perisai kayu. Yang lain-lain tak pasti lah corak apa. Orang sarawak pasti lebih tahu kan? Sarawakian anyone?

KOPI PAHIT KAW GILER!

Sumpah pahit! Ye, memang pahit ya amat dan kaw giler!. Walaupun Fiza memang suka minum kopi pahit tapi Sarawak Edition Coffee hanya mampu minum seteguk je. Selebihnya Fiza campur sikit-sikit dengan kopi lain barulah habis satu tin tu. Punyalah susah nak habislah satu tin tu. Kalau kopi tarik tu satu tin sampai tak cukup.

Kau orang dah rasa belum? Tak silap Fiza, ada Melaka Edition juga. Yang tu belum cuba lagi. Rasa dia sama  ke? Kalau sama pahit, tak nak lah rasa. Kalau mengantuk tu memang celik mata lepas minum Sarawak Edition Coffee ni ha.

Morning! Waktu pagi adalah masa paling sesuai untuk minum air detox. Betul tak? Pagi-pagi minum air dengan titisan Essential Oil (EO) Lemon memang segar betul. Tak payah kisah nak potong lemon tu. Titiskan aje EO Lemon dalam air sejuk atau air panas untuk buat air detox. Selain buat air detox, EO Lemon ni kalau diffuse selepas bangun tidur tu aroma dia boleh buat segar. Hilanglah rasa mengantuk nak tidur balik tu. 


MUST HAVE ESSENTIAL OIL!


EO Lemon ni must have EO sebab sangat serbaguna ye kawan-kawan. EO Lemon juga antara EO yang murah dan mampu milik. Boleh digunakan untuk keperluan seisi keluarga kaedahnya. Fungsi dia bukan sekadar aroma yang wangi tapi banyak kegunaannya. Dulu Fiza ingat buat untuk diffuse je. Rupanya EO Lemon ni pelbagai guna.

KEGUNAAN ESSENTIAL LEMON

1. BERSIH DAN SEGARKAN UDARA

Fungsi diffuse EO ni memang untuk bersihkan udara dan menyegarkan susasana. EO Lemon ni sangat bagus kalau diffuse di dalam bilik untuk buat kerja atau belajar. Terasa lebih segar dan lebih fokus bila bau aroma yang menyegarkan. Selain tu, kalau ruang bilik lembap dan berbau tu elok sangat diffuse EO Lemon ni untuk kurangkan bau.

2. KESIHATAN

Terasa nak demam, batuk atau selsema tu cepat-cepatlah diffuse atau inhale EO Lemon ni sebagai salah satu cara untuk kurangkan rasa demam, batuk dan selsema tu. EO Lemon juga boleh dititiskan dalam air suam untuk buat mandian untuk hilangkan dan kurangkan tanda-tanda 3 penyakit tu. EO Lemon ni kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan macam tu. Yang alah mual-mual tengah pregnant tu boleh guna EO Lemon ni juga tau. At least kurangkan rasa mual tu.


3. KECANTIKAN

Lemon banyak digunakan dalam produk kecantikan dan dengan adanya EO Lemon ni, boleh ditambahkan dalam produk untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit. Kalau ada jerawat tu boleh je tepek sikit sampailah jerawat tu kecut. Boleh juga letak dalam contioner atau masker rambut homemade untuk kecantikan rambut.
Caution: Citrus oils should not be applied to skin that will be exposed to direct sunlight or ultraviolet light within 72 hours

4. PEMBERSIH

Selain diffuse untuk bersihkan udara, boleh tambahkan setitis dua dalam penyembur air untuk bersihkan/lap perabot. Tapi pastikan letak dalam botol kaca ye untuk jaga kualiti EO tu sendiri. Kadang tu tambah sikit dalam air untuk mop lantai. Harum semerbak lemon bau rumah dan sekaligus membunuh kuman yang ada.

5. MENGHALAU SERANGGA

Bukan setakat boleh spray untuk bersihkan perabot, karpet, sofa dan lain-lain lagi. Boleh juga spray ditempat yang ada serangga seperti nyamuk dan lalat. Serangga dua tu memang selalu je rajin datang ke dapur kan. Pantang ada makanan manis dan bau hanyir makanan tu. 

6. AROMA MASAKAN

Bukan setakat boleh buat air detox, EO Lemon boleh dijadikan sebagai penambah aroma masakan seperti cookies ataupun kek. Yang ni fiza belum cuba lagi tapi nampak menarik untuk dicuba lah. Satu lagi yang Fiza tahu, EO Lemon ni boleh buat pembersih sayur dan buah juga. Okay, memang terbaik EO Lemon ni kan?

So, tak rugi lah kalau ada 15ml EO Lemon ni letak kat rumah tu. Macam-macam boleh guna setiap hari tau. Nak beli, tekan je link whatsapp bawah ni direct whatsapp Fiza okay! Atau nak tanya apa-apa, Fiza bantu.


Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280
Sebut je bunga lavender terus terbayang aroma lavender yang menenangkan tu. Lavender memang sinonim dengan ketenangan. Selain tu lavender sangat popular digunakan dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Disebabkan itu lah Essential Oil Lavender Young Living antara Essential oil yang wajib ada untuk kegunaan seharian. Bila dah terjebak dengan minyak ni, barulah Fiza faham kenapa perlu sangat ada essential oil lavender ni.


Aroma lavender tu sangat membantu dalam merawat masalah insomnia serta mengurangkan perasaan gelisah dan menenangkan diri. Mulanya macam beli untuk mewangikan rumah ala-ala macam di spa boleh rehat dan bertenang je. Rupanya banyak betul kegunaan Essential Oil Lavender ni. Selain dapat release stress, haruman aroma lavender tu dapat memberikan mood yang segar dan udara lebih bersih. Selepas terjebak dengan segala minyak Young Living terasa hidup berubah lebih kepada positive vibes macam tu.

Tak rugilah melabur beli Premium Starter Kit (PSK) beberapa bulan lepas. Ye, tahu harganya agak mahal dan memang kena menabung lah kalau nak beli. Tapi sebenarnya kalau beli satu set PSK tu lagi jimat sebenarnya sebab kalau beli satu-satu essential oil boleh cecah ribuan ringgit tau! Berkira-kira juga sebenarnya masa nak beli tu. Fikir punya fikir, why not kita melabur sikit untuk kegunaan harian kita memandangkan semua essential oil ni serbaguna rupanya. Tapi kalau beli set memang lebih berbaloi boleh dapat semua ni

PREMIUM STARTER KIT
  • Free Membership. Automatik akan jadi ahli dengan pembelian PSK ni
  • 1 x Air Diffuser. Boleh pilih samada nak dewdrop atau Desert Mist. Fiza pilih Desert Mist sebab lebih menarik dan ada 11 warna lampu.
  • 12 x 5ml Essential Oils
  • 10 x Essential Oils Sample bottles
  • 1 x Aroma Glide
  • 2 x 60ml NingXia Red Sachets
  • 1 x Product Guide

Ye lah, dulu fikir minyak je pun. Apa yang semua minyak ni boleh pun. Okay, nak tahu segala fungsi minyak ni nanti Fiza kongsikan satu persatu okay. Kita cerita essential oil lavender dulu lah ye. Kalau rasa set premium tu agak costly, kau orang boleh cuba Basic Set Kit yang ada air diffuser dan percuma 2 essential oil 5m (lavender dan lemon).



Secara ringkasnya kegunaan essential oil lavender ni untuk :
  • ketenangan
  • mudah untuk tidur 
  • gigitan serangga
  • kulit sunburn
  • luka
  • jerawat
  • kulit kering
  • parut
  • ruam
  • turunkan suhu badan demam


Cara nak apply essential oil lavender ni ada pelbagai cara mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing. Kalau nak tahu, pati Essential oil Young Living ni 100% pati minyak sebab tu dia pekat dan memang tidak mengandungi bahan campuran lain. Memang pure pati. No wonder lah harga dia pun agak mahal.

1. Topical (Sapu)
Untuk topical use pula ada dua cara samada dilute dengan carrier oil ataupun sapu terus(neat) pada kulit. 

  • DILUTE
Untuk kegunaan baby, pastikan dilute terlebih dahulu dengan carrier oil sebelum sapu pada kulit takut kulit baby tak tahan panas. Carrier oil ni boleh gunakan organic oil seperti vege oil, coconut oil, olive oil, grapeseed oil. Selain melindungi kulit, carrier oil ni bantu penyerapan Essential ol lebih banyak ke dalam kulit, memudahkan sapuan rata dan juga menjimatkan penggunaan essential oil.

Iyelah kan, dengan 1-2 titis essential oil dilute dengan carrier oil dapat sapu lebih banyak lagi kawasan lain berbanding hanya guna essential oil semata-mata. Boleh buat blend essential oil lavender + carrier oil letak dalam botol roll-on untuk memudahkan penggunaan di mana sahaja. Essential oil ni jenis mudah meresap kedalam kulit terutamanya bahagian nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.
CAUTION : Jangan campurkan essential oil dengan minyak lain seperti minyak urut atau minyak angin yang lain. Dilarang sama sekali!
  • NEAT/UNDILUTED
Boleh je sapu direct pada kulit kalau tak ada carrier ataupun selesa sapu terus. Biasanya kaedah neat ni boleh sapu pada bawah tapak kaki dekat Vita-flex points. Letak 1-2 titis pada tapak tangan, activate minyak dengan cara gosok ikut atau lawan arah jam kemudian sapu dan urut.

Untuk kaedah sapuan dua-dua ni sesuai lah kalau untuk merawat luka kecil, kena gigit serangga ke, boleh membantu mengurangkan kesan tu. Macam kawan Fiza, dia beli Essential oil ni untuk rawat kulit baby dia. Memang berkesan katanya.

2. Inhale
Untuk inhale ni kaedah dia sama je, titiskan pada tapak tangan dan activate kemudian tekup kedua tapak tangan pada hidung dan sedut dalam-dalam bau essential oils tu. 

3. Diffuse
Biasanya diffuser akan dapat bila kau orang beli one set basic starter kit ataupun premium starter kit. Essential oil akan dicampurkan dalam bekas air diffuser kemudian akan menghasilkan wap air sebagai aromatheraphy. Wap air tu juga boleh melembapkan udara juga selain mendapatkan manfaat daripada essential oil tu sendiri.

Diffuser ni berbeza dengan air humidifier tu ye. Diffuser ni ada plate pemanas dalam dia tapi air humidifier tak ada sebab humidifier fungsi dia untuk melembapkan udara sahaja. Diffuser juga selamat digunakan sebab dia akan automatik off bila air kering. Paling penting jangan pandai-pandai letak perfume atau minyak essential oil yang lain dalam diffuser tu selain essential oil young living. Sebab kalau rosak disebabkan hal macam tu young living memang tak tanggung okay.


Happy okay bila kawan-kawan share feedback positif lepas guna essential oil lavender ni. Siapa yang tak happy bila dapat selesaikan masalah. Confirm happy! So kalau kau orang nak cuba essential oil lavender ni, nak beli diffuser ke boleh contact Fiza. Boleh email, boleh whatsapp, ikut mana yang senang lah. Atau yang betul-betul serius nak tambah pendapatan dengan Young Living, boleh contact Fiza juga.

http://www.wasap.my/+60129072776
Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280
Bunga mawar atau lebih dikenali dengan rose antara bunga paling popular yang disukai ramai. Bunga mawar ni adalah pelbagai jenis dan warna. Kalau nak diceritakan setiap jenis dan warna tu memang banyak lah. Dari segi bau Fiza sukakan bunga mawar kampung sebab bau dia sangat kuat berbanding bunga mawar lain yang dijadikan flower bouquet tu. Betul tak? Ke Fiza sorang je rasa macam tu.


Gambar atas ni bunga mawar di kampung Kuala Pilah. Agak selalu berbunga dan kalau hidu bau dia sangatlah wangi. Pokok dia jenis rimbun, berbunga lebat dan berduri. Nak petik pun struggle takut terkena duri tajam tu. Warna dan kelopak dia sangat lembut.

Bunga mawar merah bawah ni pula tanaman mak Fiza di kampung Segamat. Warna dia sangat menyerlah dan tak berbunga lebat. Ada dalam 2-3 kuntum je macam tu. Nak petik memang tak dapatlah. Tak pasal kena bebel dengan mak.


Bunga mawar kampung memang wangi tapi kekurangan bunga mawar ni dia cepat layu dan kelopak bunga mudah gugur. Sebab tu tak sesuai dijadikan perhiasan (dipetik) atau hand bouquet. Perhiasan dalam pasu je lah tempatnya. Tapi paling sesuai lah untuk dijadikan air mawar atau salah satu bunga untuk dijadikan campuran air bunga. 

Cakap pasal air bunga tu, kalau mandi air bunga tu orang kata sebagai rawatan naikkan seri seseorang. Ye lah kadang kala aura bunga tu dapat juga naikkan semangat kita. Tapi mandi bunga untuk tolak bala tu tak pasti kak oi. Yang mandi nak dapat jodoh ke apa ke tu hanya budaya orang zaman dahulu. 
Tips Kurangkan Stress Dengan Bau Bunga Mawar
Taburkan bunga mawar di dalam air panas dan akan mengeluarkan bau aroma bunga mawar yang harum. Dengan cara itu dapat lah mengurangkan stress, menenangkan fikiran dan juga depresi. Atau boleh juga letakkan beberapa kelopak bunga mawar dalam secawan air panas tambah madu untuk dijadikan teh mawar. Kelopak mawar juga dikatakan meningkatkan metabolisme membantu menurunkan berat badan selain membuang racun dari dalam tubuh badan.
Bunga mawar ni banyak digunakan dalam produk kecantikan dan kesihatan. Kalau Fiza nampak produk berasaskan bunga mawar @rose ni memang Fiza beli. Bukan setakat suka dengan bau dia, menfaat bunga mawar pun bagus untuk kulit. 

Baca juga 
Hydragea, cara nak sebut dia macam ni (hy-drayn-juh). Susah betul nak menyebutnya tapi nak senang panggil, sebut bunga zaleha je atau juga dikenali dengan nama bunga kembang 3 bulan. Okay, Fiza baru tahu nama lain bunga zaleha ni adalah bunga 3 bulan. Selain itu, nama kampung yang lain juga dipanggil bunga Siti Zubaidah. Banyak juga ye nama bunga ni. Tapi paling penting, bunga dia cantik dan unik.

Proses perubahan warna

KENAPA DIPANGGIL BUNGA KEMBANG 3 BULAN
Dipanggil bunga kembang 3 bulan disebabkan bunga ni akan berkembang setiap 3 bulan katanya. Tak pasti betul atau tidak. Tapi itu mungkin zaman dulu lah. Zaman sekarang ni dengan teknologi yang ada boleh buatkan bunga ni kembang sepanjang tahun macam tu. Siapa tahu kan?

Panggilan nama siti zaleha atau siti zubaidah tu mungkin pada zaman dahulu bunga ni di anggap cantik seperti gadis bernama siti zaleha atau siti zubaidah. Mungkin lah? Tak ketahui asal usul nama ni. Yang pasti bunga ni berasal daripada negara jepun yang beriklim sejuk. Sebab tu pokok Hydragea ni sesuai ditanam pada suhu yang tak telalu panas sebab kalau cuaca panas pokok ni mudah lecur. Dan lebih sesuai ditanam di dalam tanah bukan di dalam pasu.

KEUNIKAN HYDRAGEA
Nak tahu tentang keunikan hydragea ni? Fiza suka tengok kejadian bunga hydragea ni sebab bunga dia kembang rapat-rapat. kalau buat flower bouquet memang cantik dan no wonderlah harga dia mahal. Apa yang uniknya tentang hydragea ni adalah perubahan warna bunganya. Perubahan warna bunga bergantung pada pH tanah.

CARA MENGUBAH WARNA BUNGA HYDRAGEA
Untuk mengubah dan mengawal warna bunga hydragea adalah dengan memeriksa pH tanah terlebih dahulu. Untuk menghasilkan warna pink daripada warna biru sangat mudah tapi kalau nak ubah warna pink menjadi warna biru agak susah. Perubahan warna bunga hanya boleh dikawal selepas pokok matang 2 tahun.

Untuk dapatkan bunga bewarna biru, pH tanah perlu diturunkan dengan cara menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah. Untuk mendapatkan hasil bunga warna pink, perlu letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah. Menarik dan Unik bukan? Tapi kebiasaannya Fiza nampak hydragea ni warna kebiruan keungguan macam tu. Dekat rumah mak Fiza kat kampung dah banyak kali berbunga dan bunga tu warna biru je yang Fiza nampak.
23 April 2017

1 April 2018