5 Korean Movie Kisah Benar Wajib Tengok

Sekarang tengah terjebak layan Korean Movie sampai tak tahu movie apa yang best untuk ditengok. So, Fiza nak kongsikan 10 Korean Movie berdasarkan kisah benar yang wajib kau orang tengok. Mostly kisah yang berdasarkan kisah benar ni Agak thriller dan sedih. Kalau jiwa tak kuat, sila jangan tengok ye. Lari kejap dari produk review, beralih sebentar review movie kejap.

1. WAY BACK HOME 

Jang Mi Jeong seorang suri rumah yang kesempitan duit ingin bekerja di luar negara untuk menambah pendapatan dan telah disarankan oleh seorang rakan yang telah lama dikenali untuk ke Paris. Jang Mi Jeong di arahkan untuk membawa sebuah beg yang mengandungi dadah tanpa pengetahuan Jang Mi Jeong. Sampai sahaja di lapangan terbang Paris Orly dia telah di tahan dan dipenjarakan di Martinique, sebuah pulau di Laut Karibia. Sepanjang dipenjara, banyak perkara telah berlaku ke atas dirinya dan dalam tempoh yang sama dia berusaha untuk mencari jalan balik ke Korea. Cerita dia memang best dan emo bila tengok. Sedih! 

2. SILENCED

Kisah benar silenced "The Crucible" ni pernah dinovelkan dan movie ini juga adaptasi daripada penceritaan novel yang ditulis oleh Gong Ji Young. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah cacat pendengaran "Gwangju Inhwa School" dimana pelajar-pelajarnya berhadapan dengan gangguan seksual oleh guru-guru mereka termasuk guru besar selama 5 tahun lamanya. Kejam sungguh! Hukuman yang dikenakan keatas pesalah tidak setimpal dan ada yang terlepas. Selepas filem diterbitkan, kes ni telah dibuka semula dan hukuman yang berat telah dijatuhkan ke atas pesalah. But still, hukuman tersebut tidak dapat mengembalikan maruah dan nasib mereka. 


3. MEMORIES OF MURDER

Berkisahkan tentang pembunuh bersiri di daerah Gyeonggi dan telah menjadi sejarah di Korea Selatan. Mangsa utama adalah perempuan dan dibunuh dengan kejam sekali dengan memotong semua anggota badan, dibakar dan ditanam. Jumlah sebenar pembunuhan yang sama tidak dapat dikenal pasti. Dari awal tengok sampailah habis memang tak senang duduk dibuatnya. Seram!

4. THE CHASER

Satu lagi kisah pembuhan kejam oleh pembunuh bersiri yang telah membunuh lebih daripada 21 orang. Antara mangsa pembunuhannya adalah pelayan, tukang urut dan orang tua. Motif pembunuhan adalah disebabkan kebencian kepada orang kaya kerana hidupnya dulu miskin. Dan juga bekas kekasihnya adalah seorang tukang urut yang mungkin pernah curang dengan dia. Lelaki ni sangat psycho. Sumpah seram dan geram dengan lelaki psycho ni.

5. HAN GONG JU

Seorang pelajar perempuan telah di rogol beramai-ramai oleh pelajar lelaki (Miryang Gang) lebih kurang 41 orang berlaku di Korea Selatan. Pelajar perempuan tersebut dipindahkan sekolah dan ibu bapa suspek ramai yang protes menyalahkan pelajar perempuan tersebut kerana mereka menganggap anak lelaki mereka tidak bersalah. Agak tragis dan nasib Han Gong Ju ni sangat malang.

Hope, Children dan Voice of a Murderer juga antara kisah benar yang wajib ditengok. Tapi belum berkesempatan lagi nak tengok. Baru tengok 5 movie di atas ni. Tapi sebenarnya banyak lagi cuma Fiza dah lupa dan ada yang tak berapa best. Letak dalam senarai siap-siap dulu. Bila tengok kisah berdasarkan kisah benar ni banyak yang boleh disimpulkan. Apapun kena tengok dan simpulkan sendiri. Selamat menonton. Sediakan tisu dan jangan into sangat. Jiwa kena kuat!


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. pernah tgk silenced..agak ganggu emosi jugak sbb based on true story kan..

    ReplyDelete
  2. kita pernah tengok Hope..sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    yang lain2 tu tak pernah tengok lagi...nak tengok laaa malam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, hope tak tengok lagi. ramai yang kata best. memang kena tengok gak ni

      Delete
  3. SILENCED tu dh tgk.. mmg best giler citer tu!!rekomen juga... mmg seronok..

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok yang silenced tu. Bagi kak ana best sangat.

    ReplyDelete
  5. Based on true story kebiasaanya cerita memang sedih sobss...sobs... dah pernah tengok Silence and The Chaser . Lagi 3 tu belum pernah tengok baca reviews ni teringin pulak nak tengok A Way Back Home

    ReplyDelete
  6. banyak jugak ya korean movie yg best2.. nanti mau tengokla

    ReplyDelete
  7. My favourite has to be Silenced. Tengok sorang2 perasaan jadi campur baur antara sedih dengan geram.

    You should watch I Can Speak. It's about an old lady yang cuba belajar bahasa inggeris sebab nak dia nak bgtahu melalui mulut dia sendiri yang dia diseksa dengan askar jepun bersama kawan2 dia yang lain sbb the last time dia cuba explain dalam bahasa korea, the people and the media twisted her words and make her look bad. Dia nak pulihkan maruah dia. And yes it's a true story.

    I will watch the other movies you recommend above especially Han Gong Ju and Way Back Home :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling geram bila orang tak nak perjuangkan kebenaran tu kan. oh ya, I can speak dah tengok juga. nanti baru update lah. memang best citer tu. mula tu cam kelakar sikit tapi lepas tu sedih pulak.

      Delete
  8. tengok poster macam seram2 semuanya. tapi real life situation kan diorang buat..
    tak penah tengok lagi satu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, real life tapi adalah ubah ubah sikit kot untuk disesuaikan dengan tontonan umum. Try lah tgk :)

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.