Review | Maybelline Eraser Dark Circles

Stress sungguh kalau pagi-pagi tengok cermin nampak eye bag/dark circle yang macam mata panda tu. Aduhai! Nanti ada je yang menegur kenapa mata teruk sangat dengan eye bag tu. Sebelum ada orang tegur dan nak tahu cara mudah nak hilangkan mata panda dengan sekelip mata dan cepat, gunakan Maybelline Eraser Dark Circles. Memang padam terus dark circles yang ada tu.


TREATMENT CONCEALER
Dah lama juga sebenarnya nak membeli Maybelline Eraser Dark Circles sebab Fiza baca review ramai yang bagi feedback bagus lepas guna. Jadi, Fiza pun beli masa drugstore tengah buat sale half price hari tu. Memang sedang elok masanya untuk mencuba Maybelline Eraser Dark Circles merangkap treatment concealer yang didatangkan sekali dengan berus.


MUDAH UNTUK DIGUNAKAN
Bila produk dilengkapi dengan berus ni memang mudah untuk digunakan. Tak perlu nak cari berus dah. Ikut je arahan macam mana nak gunakan tu dengan putarkan mengikut anak panah untuk keluarkan liquid concealer tu. Kemudian ratakan concealer gunakan brush tu. Senang kan?


CODE CARAMEL
Dalam banyak-banyak code Fiza pilih warna caramel yang Fiza nampak lebih sesuai dengan tona kulit bawah mata bila blend tak nampak kelabu sangat kalau pilih warna cerah. Code caramel sedang elok bila blend dengan dark circle bawah mata tu.


Tadaa, tak nampak pun dark circles a.k.a mata panda tu. Nampak berseri dan segar bahagian mata tanpa mata panda. Mudah je nak sorokkan dark circles/eye bag tu. Guna je treatment concealer Maybelline NY ni lebih mudah nak blend dengan berus yang disediakan.



with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.