Air Kelapa Gula Melaka

Bila musim cuaca panas kalau dapat air kelapa memang rasa lega sangat tekak tu. Tapi air kelapa ni susah betul nak dapat. Sebiji kelapa pun harga dah RM5. So, jangan pelik kenapa harga air kelapa mahal ye. Yang Fiza tahu, biasanya orang jual air kelapa pandan. Entahlah, apa beza dengan air kelapa lain tak tahu lah sebab Fiza rasa sama je rasa air kelapa tu. Noob! Sejenis yang tak pandai nak bezakan.

Kat kampung, mak abah Fiza tanam pokok kelapa pandan depan rumah. Kalau teringin air kelapa tu kait je senang. Tapi air kelapa pandan ni kalau sebiji kelapa tu air dia tak banyak sangat. Nak penuh satu jug tambah air batu pun kena kait 3-4 biji air kelapa pandan. Kalau tersilap kait kelapa pandan muda sikit tu lansung isi kelapa takde.


Fiza suka kalau isi kelapa tak tebal sangat ala-ala hingus tu orang panggil. Haha, kenapalah dipanggil hingus, rasa tak berselera bila dengar. Kan? Ikut style mak abah Fiza kalau air kelapa tu dicampurkan dengan gula melaka. Didihkan air campur gula melaka dan tapis gula melaka. Air tapisan gula melaka tu campurkan dengan air kelapa. Rasanya memang sedap! Rasa yang unik sebab gula melaka kurang manis tapi bila campur dengan air kelapa rasanya dah cukup sedap tak terlalu manis.

Tapi kalau kau orang suka rasa air kelapa yang original kena campur dengan air gula pasir lah. Rasa dia memang umphh la. Rasa puas hati kalau dapat minum air kelapa buat sendiri. Kalau kat kedai tu air batu je lebih. Sekali sedut dah habis air kelapa. Yang tinggal, air batu je. Kecewa betul! Kau orang kalau belum cuba air kelapa gula melaka ni, kena cuba buat macam ni okay dan bandingkan dengan air kelapa biasa.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. kalau kt area umah akak ni sebiji rm3 ke rm4 utk sebiji kelapa, itu mmg betul2 air kelapa tanpa campur apa2...
    ada jgk yg jual air kelapa siap boh ais tp ttp sedap n banyak isi kelapa nya, cumanya air kelapa gula melaka mmg tak pernah jumpa lg

    ReplyDelete
  2. hari panas-panas ni sesuai sangat minum air ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah! idea ni tak pernah pula Mrs. A minum air kelapa campur gula melaka.
    Nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  4. penah makan kat negeri sembilan. nama air ni jando pulang . sedapp kan

    ReplyDelete
  5. menarik.. selalu minum macam tu je air kelapa.. tak pun tambah air gula sikit..
    tak pernah guna gula melaka..

    ReplyDelete
  6. tak pernahh try letak gula melaka ni...sesuatu yang baruuuu!

    ReplyDelete
  7. suka dedua jenis isi kelapa. kalo tebal kunyah best.. kalo mcm jelly like tu senang sedut. hehe tapi minum dengan gula merah x penah cuba..

    ReplyDelete
  8. kalau pergi pasar tani panas-panas memang carik air kelapa. hilang haus tekak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.