Bangun pagi benda paling malas nak siapkan adalah menu breakfast. Disebabkan nak menyediakan breakfast ni agak leceh, kadang skip breakfast je. Takpun makan roti ke atau minum air kosong. Janji perut di isi. Tapi disebabkan tekak orang melayu dah terbiasa dengan menu breakfast berat-berat macam mee goreng, nasi goreng, kuew teow goreng, nasi lemak dan sebagainya. 

Jadi, kalau tak makan menu berat tu rasa  macam tak breakfast pula kan. Bagi Fiza breakfast simple-simple je sudah memadai sebab jenis Fiza kalau makan berat-berat waktu pagi, alamatnya akan ke toilet lah lepas makan. Beza pula kalau makan simple, potensi nak ke toilet tu kurang lah sikit. Well, breakfast paling mudah nak sediakan dengan menggunakan resepi Egg Benedict Super Simple ni.


Fiza tak pasti keaslian resepi sebenar sebab daripada google dah banyak diolah dan Fiza pun olahkan lagi. Kalau ikut resepi asal daripada hasil carian google kebanyakkannya bekas yang digunakan kecil je macam bekas buat muffin tu. Disebabkan Fiza takde bekas kecil nak masuk oven, Fiza gunakan mangkuk kaca oven yang ada je lah. Untuk roti tu, Fiza tak buang tepi-tepi tu sebab sayang. Kalau nak cantik, silalah buang ye.


Hidangan untuk satu orang (satu bekas)

Bahan-bahan
1 biji telur 
1 keping roti putih 
black pepper yang ditumbuk kasar
Butter atau marjerin
White Pepper
Mixed Herbs

Cara-cara
1. Sapukan butter pada bekas.
2. Sapukan butter di pada roti atas dan bawah. Kemudian letakkan roti di dalam bekas.
3. Pecahkan telur di atas roti dan taburkan blackpepper, white pepper dan mixed herbs.
4. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 min pada suhu 180.

Nak lagi sedap tabur lah cheese. Fiza tak letak garam sebab white pepper dah cukup rasa garamnya kan. Dah siap! Nampak menyelerakan breakfast western di pagi hari kan.


Agak agak telur putih dah masak dan telur kuning dan separuh masak tu boleh je stopkan masak dan keluarkan. Kotlah ada yang suka makan telur separuh masak cair-cair gitu. Makan sekeping roti buat macam ni pun dah kenyang sangat. Mudah sangat! Sebelum bersiap tu boleh je buat dulu. Lepas 15minit dah boleh makan dah.


Happy Breakfast everyone!


With so many properties available for sale, such as Pacific Place Ara Damansara, searching for a house is no longer difficult. However, buying a house is still considered unaffordable for young working adults, especially for those who want to move to a bigger house. Fret not, this article will guide you through some tips for creating more space in your home

1. Right furniture
Make sure you choose the right furniture for your house. Choose the right proportion for your furniture that you want to place at home. Avoid getting furniture that is too big or bullky for your house as this will only make your space looks smaller than it already is. It is suggested to always keep some air or spaces between the walls and your furniture. In addition, avoid heavy and weighty furniture that eat up the spaces in your house. If you plan on purchasing from online furniture stores, make sure to check the product dimensions to get the right fit. Make sure you do not add too much furniture in your house. Balance is key.

2. Mirrors
Mirror is said to be the fastest way to make a space looks bigger and brighter than it actually is. Whether or not it is a myth, it is true that they are good in reflecting sunlight in a room. However, it does not work the same when mirrors are placed in dim spaces such as the bathrooms as there are no direct sunlight for reflection purpose. Instead, you could use some framed mirrors to make your space appear brighter and more spacious. Not only they make your room appears larger, they can also reflect light coming into the room if placed across from light sources. 

3. Light
Next, light can also make a home feel and look more spacious than it is. Different types of light will create different shadow in the house. Moreover, light can brighten up the space and add height to it. You can also choose to install windows to allow some sunlight through your home to brighten up the space. Closed windows will create darkness and make a space look more cramped. Therefore, keep your windows open to allow sunshine to shine through your house.

4. Paint the walls
Choosing the right paint, the right color makes a huge difference. Using the right paint can instantaneously revive and brighten your initially dull looking house. It is recommended to go for light and bright color, as light colors give the illusion of a bigger and airier space. Therefore, choose a color that will brighten up your house or a color that adds a touch of liveliness for your house. A right paint will instantly make the place feel bigger and more spacious. 

Nobody wants to come back to a place where it further brings down the already-tired-from-work mood. Make sure to use only good quality paint as well to protect your home and will certainly last you a few years. If you are unsure of which color to choose, you can always ask for advices from the stores, as most stores offer a wide variety of colors for you to choose from and they will be able to advise you on the matching of the color that suits your house theme. 

5. Make use of the laundry room
Just because it is designed as a laundry room does not mean you are confined in only using it as a laundry room. You should definitely maximize the storage in your laundry room. You can use the laundry room as a space to store the detergents, a hanging area for your clothes, or a place for you to iron your clothes. Make use of the space for shelves, folding or cabinetry.

6. High ceilings
High ceilings can be a major advantage for enhancing layout and space. If you are staying in a studio apartment that comes with high ceilings, maximize the space by creating a space that can be a storage area or sleeping area. Higher ceilings will also make the house feel larger than it is. 

7. Storage box
It can be tough to fit all your clothing into your wardrobe and shelve and most women can relate to this. Furthermore, building a new build in closet or additional cabinets will cost you a lot. Worry not, you can always buy more storage box to fit in your extra clothes and accessories. Store your season clothing such as winter jackets under your bed by using the storage boxes or large containers. Not only you get to save space in your wardrobe, you can also save the money from buying new cabinets or built in wardrobe. 

In conclusion, small interiors are not a challenge if you maximize your space. It is definitely not a nightmare to be staying in studio apartments or small homes. In fact, staying in a house with smaller space ensures you only keep what you need. 

Pernah dengar tak tentang Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? Atau dalam Bahasa disebut Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia. Pernah dengar atau tidak, Fiza akan kongsikan pada awak semua tentang Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini untuk perkongsian Bersama dan mungkin ada yang memerlukan bantuan atau ingin daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia.

MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak 30 Disember 2014 dan diiktiraf antara 5 senarai pertubuhan sukarelawan di malaysia yang terbaik oleh IM4U pada Volunteer Awards (A prime Minister’s Award 2016). Tahniah!

Diana Amir sebagai IKON MVM

PENCAPAIAN TERBAIK MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Misi luar negara yang tidak dilupakan
MVM lebih mengutamakan bantuan di dalam Malaysia berbanding diluar negara dan sangat wajar dijadikan sebagai contoh badan sukarelawan di Malaysia yang patut dicontohi berdasarkan kepada data-data berikut : 

2016 : 33 program (32 Malaysia, 1 Luar negara) 
2017 : 56 program (52 Malaysia, 4 Luar negara) 
2018 : 68 program (62 Malaysia, 6 Luar Negara, 
2019 : 89 program setahun (81 Malaysia, 8 Luar Negara)

Antara aktiviti sukarelawan yang diadakan
Sukarelawan yang menyertai Muslim Volunteer Malaysia ini antara mereka yang muda-muda dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun. Buat masa sekarang angka sukarelawan Malaysia telah mencecah seramai 50 000 orang ramainya. Ini bermakna semakin ramai yang berminat daftar volunteer Malaysia serta mengikuti Program Volunteer Malaysia

Fungsi MVM tak lain tak bukan adalah memberikan bantuan dan penerangan kepada mereka yang memerlukan bagi mengurangkan beban mereka tanpa mengira agama, bangsa mahupun berbeza latar belakang politik. Niat murni sebeginilah boleh dijadikan contoh pertubuhan sukarela yang kita perlukan dalam membantu sesiapa sahaja. Betul tak?

Sumbangan dihulurkan secara terus kepada penerima bantuan


Motif utama MVM adalah satu, untuk melahirkan komuniti masyarakat prihatin dimana tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan dan masyarakat bersatu membantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan. Sekiranya ada agensi kerajaan mahupun swasta, individu ataupun persatuan-persatuan NGO lain yang ingin bekerjasama dengan MVM amatlah dialu-alukan. Pendaftaran sukarelawan NGO juga sangat digalakkan menyertai MVM.

KELEBIHAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA 

  1. Mengamalkan program bantuan secara berperingkat dan sentiasa memantau pekembangan keluarga penerima bantuan. Bukan bantuan one time only atau touch n go, tidak sama sekali. 
  2. Membantu mereka dalam membangunkan ekonomi penerima bantuan seperti menyediakan kelengkapan perniagaan bagi keluarga asnaf yang berpontensi menjalankan perniagaan. 
  3. Sebagai sukarelawan pula berpeluang belajar skill, kemahiran, menimba ilmu menjana dana untuk bantuan awam (fundraising) dan juga korporat. Aktiviti sukarelawan sebegini dapat membangunkan sukarelawan yang terbaik.

JENIS-JENIS PROGRAM MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA 

  • MVM HOPE : Program jenis berperingkat yang merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran berniaga dan pantauan perkembangan semasa kepada penerima bantaun. 
  • MVM UNITY : Program yang banyak memberi kesedaran melalui pendedahan scenario yang tersirat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat. 
  • MVM REACH : Program korporat yang memberi peluang kepada syarikat, pertubuhan, persatuan atau agensi swasta dan kerajaan untuk berkolaborasi dalam program khidmat masyarakat. 
  • MVM RELIEF : Program ini sejenis bantuan kecemasan bencana yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di Malaysia dan antarabangsa merangkumi negara Asia dan juga negara Timur Tengah. 
  • MVM TOUCH : Satu program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ dan tidak berperingkat berdasarkan daripada aduan yang diterima daripada orang awam.


Jadi, faham dan jelas tak tentang Muslim Volunteer Malaysia ni? Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia. Sebenarnya ada banyak cara untuk menyumbang bantuan samada individu ataupun pertubuhan agensi lain. MVM telah mengadakan beberapa kempen iaitu :

KEMPEN 10 

Terbuka kepada individu dan masyarakat untuk membantu MVM terus giat aktif meneruskan program amal dan aktiviti setiap bulan dengan cara memberikan sumbangan dana bagi menanggung kos perbelanjaan program tersebut.

TABUNG BANTUAN SALAM 

Tabung ini sejenis bantuan kilat iaitu bantuan kadar segera kepada penerima bantuan daripada aduan laporan orang awam dengan syarat menepati kriteria yang telah ditetapkan. Penerima yang layak mestilah warganegara Malaysia dan berpendapatan bawah RM1500.


TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN 

Tabung bantuan ini akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM1500 dimana penerima mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga dengan bantuan perniagaan yang diberikan. Tabung ini dibuka selama setahun dan dana yang terkumpul akan diberikan kepada penerima yang layak.

CARA MEMBUAT ADUAN ATAU MEMOHON BANTUAN MELALUI ADUAN SALAM 

Selain kempen di atas, sebagai individu yang prihatin untuk melaporkan tentang mereka yang memerlukan bantuan atau mereka yang layak ingin memohon bantuan boleh membuat aduan melalui Aduan Salam. Aduan Salam adalah platform untuk permohonan bantuan kepada Unit Salam di MVM melalui telefon, email atau isi borang secara dalam talian.

No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com
Borang Aduan : http://bit.ly/aduansalammvm


KERJASAMA DAN TAJAAN KORPORAT 


Sebagai salah satu senarai badan sukarelawan di Malaysia, MVM juga membuka peluang kepada badan korporat untuk turut serta menyumbang dalam kempen yang diadakan oleh MVM. Jika berminat, boleh hubungi segera di talian berikut :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia : +603-8074 0434
Unit Fundraising MVM, En. Hasbullah : +6012-235 6854 
atau menggunakan aplikasi whatsApp terus klik link ini >> http://sumbanganmvm.wassap.my/


BOLEH JUGA SEDEKAH SECARA ONLINE 

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan bantuan dana, boleh terus ke website Donation MVM. Dengan cara ini lebih memudahkan orang awam untuk terlibat sama dalam setiap kempen tajaan yang sedang berlansung oleh MVM. Secara tidak lansung, orang awam juga dapat mengetahui maklumat terkini tentang aktiviti yang dilakukan. 
website donation : www.donation.mvm.org.my 

KATA-KATA POSITIF DARIPADA SUKARELAWAN & PENERIMA BANTUAN MENGENAI MVM 



SUKARELAWAN : Nur Amalina Rusli, Shah Alam
“Pertama kali saya sertai program anjuran MVM banyak yang saya belajar mengenai dunia kesukarelawan dan harapan saya agar berpeluang untuk turut serta lebih banyak lagi program sebegini pada masa akan datang”



PENERIMA BANTUAN : Puan Norlida Abdul Rahman, Padang Jawa
“Saya merupakan penerima bantuan Pure Heart pada tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Terima kasih MVM kerana meringgankan beban keluarga asnaf seperti kami. Dengan bantuan bulanan setiap bulan saya mampu menyimpan wang untuk kegunaan yang lain pula. Semoga lebih banyak NGO lain dapat membuat program seperti yang dilakukan oleh MVM,”

Pada pendapat Fiza, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia seperti ini sangat memberi manfaat kepada penerima bantuan mahupun penerima. Bak kata pepatah “ Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Jadi, kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ini dengan apa cara sekalipun dapat membantu mereka yang memerlukan. 

Facebook Muslim Volunteer Malaysia : https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia 
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia 
Twitter : @VolunteerMVM Youtube Channel : Muslim Volunteer Malaysia /http://bit.ly/youtubemvm

Perempuan memang pantang nampak cermin kalau kat luar. Tak kisahlah jenis cermin apa sekalipun. Mesti nak berhenti sekejap. Betulkan tudung lah, betulkan makeup lah, belek-belek muka sikit lah. Sampai ada yang viral tu ha tengah syok makeup hadap cermin kereta tak sedar dalam kereta tu rupanya ada manusia yang memandang. Bila turunkan tingkap, termalu sudah yang tengah bermakeup tu. Haa..siapa pernah kena?

Haha, itu sebabnya nak pandang cermin kena berpada-pada. Lagi-lagi cermin tingkap kereta. Jaga-jaga ada yang memerhati dari dalam kereta. Well, pernah tak terfikir macamana lah hidup kita tanpa cermin kan? mesti kita tak akan tahu macamana rupa kita. Tak dapat bayangkan macamana hidup tanpa cermin.Cakap pasal cermin, kat satu rumah mesti ada satu cermin. Betul tak?

Kalau boleh setiap sudut ada cermin. Selain untuk kegunaan menatap wajah yang cantik, cermin digunakan juga sebagai hiasan rumah. Kalau boleh segenap sudut nak letak cermin. Fungsi cermin ni bukan sekadar cermin dan perhiasan, cermin adakalanya memberi ilusi ruang yang lebih luas untuk sudut ruang rumah yang kecil. Kalau rasa-rasa ruang dalam rumah tak cukup besar, gantung cermin dinding yang besar gerenti nampak luas ruang tu.


Okay, intro Fiza sangatlah panjang pasal cermin ni. Motif asal nak update pasal mini oval table top two-sided swivel vanity  makeup mirror ni je sebenarnya. Nak banyakkan isi entry kena bebel lebih sikit kan macam biasa. Panjang betul nama cermin ni sampai susah nak ingatkan. Jadi pendekkan namanya sebagai vanity mirror je sudah lah.

Apa yang Fiza berkenan sangat dengan vanity mirror ni sebab ianya bersaiz mini dan sangat sesuai untuk diletakkan atas meja makeup atau workspace sebagai kegunaan merangkap perhiasan. Selain itu, keistimewaan vanity mirror mini adalah :
  • Warna yang menarik. Fiza tak pasti warna apa sebenarnya nak describe. Macam warna gold, tembaga, ataupun bronze. Yang penting warna tu nampak vintage.
  • Saiz mini : Dengan saiz mini dapat menjimatkan ruang meja
  • Two-sided swivel with 2 x magnification : Didatangkan dengan dua belah cermin depan belakang dengan hanya perlu pusingkan je. 1 belah cermin biasa dan 1 belah lagi dengan 2 x pembesaran.

Tinggi 15.5cm, diameter melintang 8cm
                            
RATINGS
Saiz : ⭐⭐⭐⭐
Color : ⭐⭐⭐⭐⭐
Quality Glass Mirror : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Yes

Vanity mirror mini ni kau orang boleh dapatkan di instagram : @thepinkdiamond.co . Limited quantity, jadi kalau berminat kena terjah cepat. 

안녕 – annyeong! ALTHEA keluarkan lagi produk ekslusif terbaru iaitu MILK PEEL CREAM MASK. Apa benda lah milk peel cream mask ni? Ada perkataan mask tu sudah tentulah menunjukkan ianya sejenis topeng muka. Tapi topeng muka yang macamana tu ye? Baik, segala persoalan akan terjawab dalam entry ini okay. Fiza yakin pasti ianya adalah topeng muka paling rare yang wajib kau orang cuba. 


MILK PEEL CREAM MASK
Milk Peel Cream Mask adalah satu produk skincare jenis topeng berbentuk krim pekat seperti clay yang mengandungi ektrak AHA dan BHA untuk pengelupasan kulit yang lembut dan sangat berkesan. Krim akan bertukar menjadi seperti whipped cream buih buih halus dan mengeluarkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkan berlakunya kupingan kulit kering.


AHA ( Aplha Hydroxy Acid ) : Untuk kulit yang rosak kesand daripada sinar matahari dan kulit kering kerana AHA mengandung pelembap yangberfungsi memerangkap kadar air dalam kulit sehingga menjadikan kulit lebih lembap.
BHA (Beta Hydroxy Acid @ asam salisilat) : Untuk mengatasi masalah kulit berminyak kerana sifatnya yang boleh mengeringkan kerana tidak mengandungi pelembap. Tetapi, BHA mengandungi agen antiradang dan antibakteria yang sesuai digunakan untuk kulit yang berjerawat, sensitif dan bermasalah.

BAHAN UTAMA MILK PEEL CREAM MASK
  • Ekstrak protein susu – Melembapkan dan menguatkan sel kulit
  • AHA & BHA – Menanggalkan sel kulit mati secara perlahan-lahan untuk menghasilkan kulit yang lebih licin
  • Kaolin – Membuang dan menarik keluar kotoran dari pori-pori kulit.

PACKAGING BOTOL YANG MESRA PENGGUNA
Masa unboxing Althea Box haritu Fiza sangat teruja betul tengok botol Milk Peel Cream Mask ni. Didatangkan dalam bentuk botol plastik bewarna putih seperti macam botol susu dan botolnya sejenis botol berbentuk pump. Fiza sangat suka kalau jenis botol pump ni sebab memudahkan kita control amount krim yang kita nak gunakan dan mudah pump pump je.

Kalau jenis jar sedikit leceh nak buka dan calit pada muka. Kalau pakai pun dah leceh, memang agak malas nak guna tapi bila didatangkan dengan jenis botol pump ni yang sangat mesra pengguna ni mesti rajin nak pump dan pakai selalu. Paling penting jenis pump ni lebih hygiene sebab krim tersimpan dalam botol tak terdedah kepada kotoran luar melainkan untuk kegunaan sahaja. Sangat pratikal dan menarik minat pengguna untuk rajin menjaga kulit muka.


ISTIMEWANYA MILK PEEL CREAM MASK
Fiza rasa x-factor yang menyebabkan ramai pengguna suka dan setia menggunakan Milk Peel Cream Mask ni disebabkan buih-buih susu yang automatik keluar dan sejenis mask yang rare. Ini kali kedua Fiza pakai pembersih muka mask jenis berbuih-buih halus selain Carbonated Scoria Bubble Mask. Cuma bahan-bahannya berbeza. Kaedahnya masih sama.


Walaupun kali kedua guna jenis macam ini tapi Fiza masih lagi excited nak cuba Milk Peel Cream Mask ni sebabnnya kandungan susu tu. Selain suka minum susu, Fiza suka bau susu segar yang best tu. Susu pun sangat bagus untuk kecantikan kulit. 

MEMBERSIHKAN MUKA DENGAN MILK PEEL CREAM MASK SANGAT MENYERONOKKAN. HEBAT BUKAN?
Mungkin ada yang menganggap pakai topeng kerja yang agak leceh. Tapi pada Fiza tak leceh pun sebab botol jeni pump tu dah memudahkan kerja dan tambah excited nak pakai bila tengok buih-buih susu tu muncul. Terus lupakan leceh tu, betul tak? Jadi excited kemain nak pakai milk peel cream mask ni. Fiza paling suka part dia berbuih tu. Terasa macam ada ulat bergerak-gerak pada kulit muka. Ya, memang geli ya ampun! Tapi tahan je la sebab suka tengok buih halus mengembang dan semakin banyak. Bila tengok kulit lebih bersih, lembut dan bersih lagilah rajin nak pakai selalu.


CARA PAKAI MILK PEEL CREAM MASK SEMUDAH 1 2 3
LANGKAH 1 
Pastikan muka dalam keadaan damp. 

LANGKAH 2
Pump milk peel cream mask dan sapukan pada muka. Bila buih-buih mula terbentuk, massage dan scrub je.


LANGKAH 3
Biarkan selama 30-60 saat. Kemudian bersihkan dengan menggunakan air suam.

Rata-rata yang telah mencuba Althea Milk Peel Cream Mask ni memberikan feedback yang bagus. Fiza pun sama lah! Memang tak boleh move on lah bila dah jumpa produk yang best dan bagi kesan terbaik untuk kulit muka. Nak mengharapkan pencuci muka yang biasa memang susah nak menghilangkan kotoran dengan sebersih-bersihnya. 


PENGALAMAN MENGGUNAKAN MILK PEEL CREAM MASK
Macam orang lain juga, Fiza sukakan efek buih-buih halus tu walaupun rasa geli. Bau susu yang wangi dan best sangat macam bau losyen susu. Krim pekat memudahkan sapuan seluruh muka dan sangat jimat pakai nipis pun memadai. Selepas dicuci muka akan lebih rasa segar, lembut, lembap dan bersih sangat. Bila sel kulit mati dapat ditanggalkan, kulit pun jadi lebih cerah. Iyalah kan, dengan adanya bahan asas susu tu mampu mencerahkan kulit. Secara tak lansung kulit pun jadi sihat dan cantik. Yeay!


RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Yes

Disebabkan ianya adalah produk terbaru dan exclusive dari Althea, ada sale 10% diskaun. Kalau lambat beli, dapatlah harga biasa je. Harga sale RM32 sahaja, dapatkan segera di Althea Korea sekarang. Free Shipping lagi tu. Berbaloi ke tidak? Of courselah berbaloi kan!
Bab masak ni kalau boleh Fiza suka menu yang mudah dan sedap. Kalau menu leceh-leceh ni buat lagi kurang rajin nak memasak. Lagi-lagi kalau hari-hari nak fikir "nak masak lauk apa?". Selain menu simple, suka juga menu yang tidak menggunakan minyak. Paling sedap kalau masak ayam panggang. Masak ayam panggang masak cara Fiza tersangatlah mudah. Kalau nak mencuba, silakan.


Bahan-bahan
  • Potongan peha ayam
  • Garam
  • Black pepper
  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap manis
  • Mixed Herbs

Cara-Cara Masak Ayam Panggang
1. Cuci bersih ayam dan toskan. Kulit jangan dibuang sebab boleh buat alas daripada isi ayam terbakar hangus dan kulit menghasilkan minyak dan ayam tidak kering.
2. Selepas toskan tu, balut ayam tadi dengan kain bersih atau tisu untuk pastikan tiada air pada ayam supaya bahan perapan lebih mudah serap dalam isi ayam.


3. Buka balutkan tisu, kemudian masukkan garam, black pepper, sos tiram, madu, kicap manis dan mixed herbs.


4. Gaul rata semua bahan pada ayam.


5. Masukkan ayam yang telah digaulkan tadi ke dalam bekas aluminum atau balut dengan aluminium foil. Panggang dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana selama 30 minit. Selepas 30 minit terbalikkan ayam dan masak 30 minit lagi supaya ayam masak secukupnya kedua-dua belah.


6. Okay siap! Ayam Fiza hangus sikit sebab lapisan kulit dia terlari sikit masa terbalik. Jadi, hangus sikit. Sebab tu jangan buang kulitnya. Tapi takpa, yang dalam masih lagi lembut dan cukup masak. Bahan-bahan perapan ringkas pun dah cukup buatkan ayam panggang sedap.


Dengan cara macam ni sambil tunggu tu boleh buat kerja lain. Jadi tak buang masa dan tak berpanas kena menunggu kat dapur je. Lagi satu Fiza suka guna pemanggang ajaib daripada oven sebab kalau guna oven isi ayam terlampau kering. Kalau tak nak kering boleh letak minyak zaitun pada ayam sebelum bakar. Kau orang boleh hidangkan ayam panggang dengan sos blackpepper, coleslaw dan salad.

ALTHEA PETAL VELVET POWDERS, produk pertama keluaran Althea dibawah jenama Althea sendiri. Syabas Althea sebab sekarang dah makin bertambah produk keluaran Althea di bawah jenama Althea sendiri. Well, sebagai Althea Angels memang sangat bertuah dapat peluang mencuba terlebih dahulu produk exclusive keluaran Althea Korea.

Althea Petal Velvet (PV) Powder sebenarnya sudah lama ada dipasaran, cuma baru sekarang dapat mencuba. Sebelum ni tak kenal maka tak cinta. Sekarang dah kenal dan jatuh cinta terus. Selain PV powder, Althea juga keluarkan Petal Velvet Series yang lain iaitu Petal Velvet Sunaway (Sunscreen) yang sangat best di pakai without white cast!


Okay, haritu dah cerita pasal PV Sunaway dan dalam entri ni Fiza kongsikan tentang Petal Velvet Powders yang comel loteh tu. Bukan setakat comel sahaja tapi sangat berbaloi untuk tambah koleksi barang makeup kau orang. Fiza gerenti yang lebih ramai sukakan translucent powder daripada compact powder. Iya kan?  


TEKSTUR SUPER RINGAN
Ya, kalau kau orang pegang tesktur translucent powder ni tersangatlah ringan dan licin. Kalau pakai tu macam seolah-olah tak pakai bedak lansung. Kulit jadi lebih licin dan sangat selesa dipakai disebabkan tekstur yang ringan tu. Takda lah rimas bila pakai makeup. Ya lah, orang kata kalau pakai makeup rasa berat je muka tu kan.


3 CODE PILIHAN
CODE #0 TRANSLUCENT

PV Powder code #0 Translucent sesuai digunakan oleh semua jenis warna kulit. Cerah ataupun gelap, sesuai je pakai. Jangan takut pakai sebab translucent powder ni tak akan mengubah pemakaian warna foundation atau ubah warna kulit sekaligus.

CODE #23 WARM BEIGE

Bagi yang tak berani nak pakai code #0 Translucent tu sebab warna kulit agak gelap, sangat sesuai pakai code #23 warm beige. Kalau pakai Warm Beige tanpa foundation pun Fiza rasa okay je sebab nampak natural.

CODE PINK LAVENDER ( LIMITED EDITION)


Code Pink Lavender ni special sikit sebab keluaran edisi terhad sempena Althea Turns 3. Fiza dah review penuh tentang PV Powder Pink Lavender sebelum ni. Jadi, Fiza recap je lah ye. PV Powder pink lavender ni bau dia sangat wangi, bau lavender dan diformulasikan dengan pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Kalau jenis kulit muka kau orang cerah, mesti nampak pinky sikit.

KULIT LEBIH HALUS DAN LICIN
Tak dinafikan selepas memakai PV powder ni kulit akan terasa lebih licin. Dalam pada yang sama dapat mencerahkan kulit muka yang kusam. Kulit muka nampak lebih fresh dan stay shine-free! takde lah muka hambar tanpa sebarang makeup. Pakai PV powder pun dah cukup confident untuk keluar rumah.

HASIL MAKEUP  TAHAN LAMA DAN TIDAK CAKEY
Kalau kau orang muka berminyak dan kering mesti tak suka pakai powder sebab risau akan nampak kulit mengelupas dan sebagainya kan. Tapi PV powder tidak mencacatkan makeup kau orang tu. PV powder akan berikan kesan matte pada makeup bagi sesuaikan dengan mereka yang kulit berminyak.
Makeup pun tidak akan nampak cakey (bercapuk).

Jadi, makeup pun jadi lebih tahan lama. Selain tu, dengan memakai PV powder akan memberikan efek shiny dan glowy finish. Bagi kau orang yang jenis kulit berminyak, dengan pakai PV powder ni serba sedikit dapat membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.

HARGA MURAH RM16 SAHAJA
Kalau Fiza cakap harga dia RM16 sahaja kau orang percaya tak? Sangat menguntungkan untuk harga tu dengan 3g translucent powder dalam jar yang comel tu. Cuma untuk pink lavender limited edition tu RM17. But still dalam range harga yang murah. Didatangkan sekali dengan sifter dan juga powder puff untuk memudahkan penggunaan.



BAU WANGI
Ketiga-tiga PV powder mempunyai bau masing-masing dan Fiza paling suka dengan pink lavender tu lah sebab mempunyai mild floral scent yang sangat menyenangkan.

POKET SAIZ
Biasanya translucent powder yang kita nampak di pasaran mempunyai jar yang besar. Jadi, sangat berbaloi rasanya beli PV powder yang bersaiz poket ni. Senang bawa travel dan senang juga kalau nak selit dalam poket. Boleh makeup on the go je kalau nak cepat. Tak makan ruang dalam hand bag juga. Pada Fiza, sangat berbaloi dengan saiz dan harga. 

BAHAN UTAMA PV POWDER
  • Althea seed extract- Kaya dengan antioksidan, melindungi kulit daripada luaran dan memastikan kulit kekal bagus dan hydrate. 
  • Polyphenols - Memelihara kulit daripada sinaran UV. 
  • Saponarin - Membaiki sel kulit rosak dan mengembalikan keanjalan kulit. 
RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Cheap!
Value For Money : Absolutely!
BUY NOW

Diam-diam je Althea hantar satu lagi kotak keriangan berwarna pink. Maka, dengan itu jadilah sebagai Althea Beauty Haul 6.0 dalam koleksi Althea Angels Fiza. Produk dah sampai, email pun baru dapat. Baru je bersedia menantikan kotak pink jauh dari Korea ni, tahu-tahu dah sampai dah. Bila kotak pink ni sampai menandakan Althea ada produk terbaru lagi lah tu. Wow! Memang tak sabar nak unboxing Althea Beauty Haul 6.0 kali ni sebab box yang tak disangka-sangka sampai.


Kali ni dapat kotak bersaiz comel juga. Maksudnya dapat items yang comel lah tu. Nak tahu apa dia? Boleh juga tengok video unboxing Althea Beauty Haul 6.0 di IGTV Fiza. Kalau malas, Fiza siap-siap letak gambar terus lah.

Inilah dia Milk Peel Cream Mask , Produk terbaru Althea Korea. Nak tahu Althea Milk Peel Cream Mask ni okay ke tidak, best ke tidak. Bagi Fiza rasmikan dulu dan nanti Fiza ceritakan lebih lagi okay. Janji kau orang tunggu okay. Fiza gerenti Althea Milk Peel Cream Mask ni memang best dan salah satu produk yang bagus untuk dicuba. Why not?


See ya in next entry.

Morning! Dah breakfast ke belum tu? Waktu pagi macam ni kadang tu macam pening nak fikir nak buat menu breakfast apa kan. Nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain. Itulah menu yang asyik dok ulang-ulang setiap hari. Kadang jemu juga makan benda yang sama berulang kali.

Sesekali tu kita ubah menu breakfast pula dengan menikmati KFC Breakfast Mac & Cheese. Acah-acah breakfast western kononnya. Fiza pun first time mencuba menu terbaharu daripada KFC ni. Baru tak baru lah juga rasanya kot. Kebetulan keluar rumah belum breakfast, terfikir nak beli breakfast yang cepat siap terus terfikir KFC Breakfast Mac & Cheese ni. 


Untuk breakfast biasanya lebih jimat kalau beli set. Kalau beli ala carte Mac & Cheese ni harganya RM5.60 untuk satu hidangan ni. Bagi peminat cheese macam Fiza memang suka dengan mac & cheese tapi bila ditambah ayam KFC tu buat lagi bertambah super sedap! Rasa sekali mesti nak rasa lagi dan rasanya tak cukup hidangan semangkuk tu untuk Fiza. Makan kongsi pula tu lagilah tak cukup. Next time kena beli 2 mangkuk untuk Fiza sorang kot. Heh!


Bila cheese dan ayam bergaul memang padu teruk rasa dia. Kau orang dah cuba belum? Macam biasalah hidangan breakfast ni sampai pukul 11 pagi je. Kalau lah boleh beli anytime je takda had waktu kalau pergi KFC memang Fiza order ini je lah. Sejenis pantang nampak cheese. Itu yang paling best kot! Thanks KFC sebab ada makanan best selain ayam goreng yang memang sedap tak nak kalah tu.

Masalah ketiak berbau memang merimaskan. Lagi-lagi kalau terbau ketiak orang lain masa naik bas ke naik train ke kalau terberdiri bawah posisi ketiak orang. Huh, boleh pitam terus dibuatnya! Jadi, janganlah menganiaya hidung orang lain. Jagalah bau ketiak sendiri supaya tak berbau yang tidak menyenangkan.

Jangan sesekali kedekut untuk berbelanja beli barang keperluan terutamanya produk untuk ketiak yang dipanggil deodorant. Di pasaran ada bermacam-macam jenis deodorant. Ada jenis spray, stick, roll on dan bermacam lagi lah. Terbaru, Vaseline telah mengeluarkan produk deodorant dry serum yang berbentuk cream. Mesti kau orang pernah nampak iklan Vaseline ni di TV ataupun media sosial kan. Disebabkan nak mencuba, Fiza pun terjebak beli. 


Fiza dah cuba bermacam-macam jenis deodorant. Zaman sekolah memang guna jenis spray sebab masa tu jenis spray sangat popular digunakan. Jenis spray tu memang mudah digunakan tapi memang cepat habis lah sekali spray macam nak spray sebotol gayanya. Taknak ketiak busuk lah katakan.

Kemudian zaman universiti upgrade guna jenis roll on dan jenis stick. Sangat menjimatkan sebab lambat habis dan sangat berkesan guna. Tapi yang tak bestnya bila sesetengah deodorant tu akan meninggalkan kesan pada bahagian ketiak baju. Jadi bahagian tu bertukar warna atau ada kalanya material baju akan jadi keras disebabkan kesan pengunaan deodorant.


Bila Vaseline keluarkan produk terbaru Deodorant Dry Serum ni memang Fiza nak cuba sangat. Manalah tahu lebih berkesan daripada menggunakan jenis roll on yang sekarang ni. Harapan Fiza bila guna bahagian ketiak lebih kering dan selesa sebab katanya dry serum kan. Dan baju pun harapnya terpelihara lah daripada kesan penggunaan deodorant sepanjang hari.

SENANG PAKAI
Packaging deodorant Vaseline ni seperti macam losyen dan jenis cream. Bila packaging macam ni terasa macam bukan deodorant pula. Rasa macam pakai losyen pula. Tapi cream dia memang macam losyen dan tersangatlah wangi. Cara pakai dia macam deodorant jenis roll on. Hanya perlu picit dan apply terus bahagian ketiak tu.

CEPAT KERING
Sekejap pakai je dah kering dan seriously terasa kering sepanjang hari. Macam tak pakai deodorant pula. Lansung tak bau ketiak dah. Berpeluh teruk pun bau ketiak masih dapat dibanteras. 48 jam protection lah katakan. Paling penting pakai deodorant ni boleh menjamin kekeringan bahagian ketiak dan selesa. Kalau ketiak basah buatkan kita tak selesa dan kurang yakin dengan diri sendiri. Kan?


COLLAGEN + VITAMIN E
Selain mengeringkan bahan yang terdapat dalam deodorant Vaseline Dry Serum ni dapat memelihara kulit bahagian ketiak dan membuatkan bahagian tersebut lebih putih dan kering. No more lah ketiak basah. Baju pun terjaga kering dan takda masalah kesan warna pada baju. Ketiak pun bau wangi macam pakai losyen.

Sangat recommend untuk kau orang cuba juga dan rasailah sendiri. Seriously Fiza suka jenis macam ni dengan harapan ketiak sentiasa kekal kering untuk keselesaan sepanjang hari sebab Fiza jenis cepat berpeluh. Memang tak rugi Fiza beli dan cuba. Review ikhlas dari Fiza, bukan iklan berbayar tau. Tak semestinya nak review perlu dibayar. Saja berkongsi something yang menarik untuk perkongsian bersama. Tak gitu.


Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collaboration | Masihkah kau orang ingat new baby Althea Korea si Real Fresh Skin Detoxers ni beberapa bulan lepas? Fiza pernah kongsikan sebelum ni dalam blog. Kalau belum tahu lagi, boleh berkenalan dulu dengan Real Fresh Skin Detoxers Althea Korea antara best sellers products.


ALTHEA x GET IT BEAUTY

Apa yang menariknya untuk dikongsikan dalam entri kali ni adalah tentang collaboration Althea dengan Korea's Top TV Program iaitu Get it Beauty! Collaboration ni telah berjaya menarik minat ramai pencinta kecantikan untuk mencuba sendiri Real Fresh Skin Detoxer 2 in 1 ( 10 seconds mask & cleanser). And you know what, K-Pop Star Jeonghwa (EXID) pun peminat setia Real Fresh Skin Detoxer Althea Korea ni. Tak percaya? Boleh tengok video di bawah ni


REAL FRESH SKIN DETOXERS : 2 in 1 ( MASK + CLEANSER)

Fiza recap sikit tentang Real Fresh Skin Detoxers ni ye. Real Fresh Skin Detoxers dikeluarkan dalam dalam dua versi iaitu Rose (skin refining) dan Green Tea (skin purifying) untuk rutin penjagaan muka setiap hari dan penggunaannya cuma 10 saat sahaja. Ya, 10 saat sahaja mampu bersihkan kulit dengan sebersihnya.

ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (ROSE)


Althea Real Skin Fresh Detoxer Rose digunakan pada waktu pagi selepas bangun tidur. Kandungan kelopak rose sebenar dapat melindungi dan mengimbangi paras pH kulit dan kulit lebih bersih untuk dapatkan hasil makeup yang lebih sempurna.


ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER (GREEN TEA)


Real Fresh Skin Detoxer Green Tea untuk kegunaan pada waktu malam. Kepingan teh hijau sebenar dengan teh hijau halus dapat membersihkan kotoran halus pada kulit muka dengan lebih berkesan. Jadi, liang pori pada muka tidaklah tersumbat dan vitamin c serta antioksidan yang terdapat dalam Real Fresh SKin Detoxer dapt melindungi kulit dan mencerahkan kulit muka.


KENAPA ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER PATUT DICUBA

1. Sesuai untuk semua jenis kulit
2. Penggunaan yang sangat mudah untuk mereka yang sangat sibuk tapi nak kulit cantik.
3. Pembersih muka 2 in 1 yang sangat berkesan bersihkan kotoran dalam masa 10 saat!
4. Memberikan kesan kulit yang lebih segar, lembut, licin dan sihat.
5. Selamat digunakan kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bahan yang sebenar ( kelopak bunga rose dan dauh teh hijau yang terbaik)

DAPATKAN SEGERA DENGAN DISKAUN 10%

Beli sekarang dan dapatkan dengan harga diskaun RM77 untuk 1set Real Fresh Skin Detoxers.