Akhirnya Dapat Juga VASELINE Lip Therapy Rosy

Satu masa dulu pernah viral vaseline rose dan ramai yang jual online masa tu. Kemudian keluar pula cerita ada vaseline rose yang fake dijual secara online. Masa awal-awal keluar edisi rose ni memang target nak beli. Tercari-cari juga di physical drugstore memang tak terjumpa pula. Check drugstore online pun tak jumpa melainkan ada seller yang jual online. Disebabkan ada yang kata fake, so putuskan cita-cita nak membeli.

Satu hari tu pergi pharmacy nak beli something. Bila nak bayar kat kaunter ada pula offer VASELINE Lip Therapy Rosy dengan harga RM12.90. Fiza tak tengok harga masa tu. Nampak je Vaseline Rose tu memang terus beli. Jar dia kecik ya amat! Balik rumah barulah rasa macam Mahalnya! Tapi itulah kan, bila something yang kita nak tu memang nak sangat memang tak kisah harga dia berapa pun. Janji dapat!


Vaseline yang biasa kita nampak tanpa warna. So bila keluar yang edisi rose ni memang membuatkan ramai yang nak memilikinya. Salah seorangnya adalah Fiza, pencinta pink dan rose. Kita sedia maklum yang produk vaseline memang jenama produk yang terbaik untuk kulit. Boleh dikatakan vaseline produk serbaguna yang boleh digunakan untuk kulit, bibir, rambut dan lain-lain lagi.






Selain itu, ada 50 Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly dan mungkin ada banyak lagi. Sebab itu Fiza kata sangat serbaguna.

1. Untuk Melebatkan bulu mata : Sapukan sedikit pada bulu mata anda sebelum masuk tidur. Ia akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih panjang dan lebih tebal dari masa ke semasa
2. Melembutkan kulit kaki : Sapukan pada kaki setiap hari, pakai stokin and bila bangun akan terasa lembut jer kaki tu. Ingat, lakukan setiap hari ye.
3. Melembutkan bahagian siku : Sapukan pada siku setiap hari dan ia akan menjadi lebih lembut
4. Mencantikan cuticles : Sapukan dan urut pada 'cuticles' beberapa kali dalam sehari untuk kelembutan dan kecantikan cuticles.
5. Merawat bibir pecah/terluka : Sapukan pada bibir yang terluka seperti bibir pecah atau terluka disebabkan bibir kering.
6. Sebagai Lip Gloss : Gunakan sebagai LIP GLOSS dengan hanya sapukan pada bibir.
7. Lip Tint : Campurkan sedikit pada serbuk KOOL-AID dan jadikan ia sebagai LIP GLOSS berwarna serta berperisa
8. Lip Gloss Berperisa : Cairkan vaseline dan sebiji coklat cip dalam microwave, gaul sebati dan jadikan Lip Gloss berperisa coklat.
9. Membuatkan perfume tahan lama : Sapukan pada tempat yang ingin di semburkan minyak wangi. Ia akan menjadikan minyak wangi lebih tahan lama dari kebiasaanya.
10. Pelembap jerawat : Boleh dijadikan sebagai pelembap jerawat yang degil dan rasa sakit. (tidak akan menyumbat liang2)
11. Pelembap kulit kering : Pelembap utk kulit kering yg amat teruk dengan hanya sapuan setiap hari.
12. Pelembap lutut : Sapukan pada lutut untuk mengelakkan daripada kering.
13. Boleh dijadikan sebagai pembantu scrub : Gaulkan bersama garam laut utk dijadikan SCRUB
14. Elakkan bibir melekat : Sapukan sedikit pada gigi anda untuk mengelakkan mulut melekat pada gigi.. pada yg selalu senyum spt beauty pagent ker... artis ker...
15. Elakkan lipstick melekat : Sapukan juga pada gigi untuk elakkan lipstik melekat pada gigi.
16. Dijadikan sebagai minyak urut : Sebagai bahan untuk mengurut
17. Boleh dijadikan krim malam : Panaskan untuk dijadikan krim malam
18. Sebagai makeup remover : Dengan adanya vaseline petroleum jelly dah boleh jimat beli MAKE UP remover untuk menanggalkan kesan-kesan make up.
19. Pelindung kulit : Melindungi kulit daripada terdedah kepada cuaca yang teruk.
20. Digunakan pada pipi utk kelihatan lebih dewy.
21. Digunakan di bawah eye shadow utk mendapatkan efek bersinar / bercahaya.
22. Boleh digunakan untuk kulit lebih licin dan soother selepas bercukur
23. Digunakan pada waktu rawatan kuku
24. Bagi menghilangkan garis-garis kulit kering yang bole timbul selepas membasuh
25. Melincirkan cuping telinga dan membantu memasukkan anting-anting dengan mudah tanpa menyakitkan.
26. Menjadikan kuku lebih tahan dan kuat.
27. Gunakan dengan lipstik untuk dijadikan sebagai blusher pipi.
28. Memudahkan untuk menanggalkan cincin yang tersekat di jari.
29. Mencantikkan kening yang susah sangat di urus.
30. Menjadikan bulu mata lebih berkilat dan kalis air.
31. Melegakan kulit kepala.
32. CAN HELP PREVENT CHAFFING
33. Membantu menyembuhkan selepas prosedur pembedahan kosmetik.
34. Mengurangkan kegatalan dan kerak-kerak kelemumur
35. Theraputic apabila digunakan ketika akibat terkena Poison Ivy
36. Dapat membantu memperbaiki keadaan mereka yg menghidap ezkema atopik
37. Membantu menyembuhkan dan melindungi tatoo baru dibuat.
38. Boleh melindungi terhadap pewarnaaan rambut yg membahayakan, pengerintingan dan meluruskan dengan bahan kimia yg digunakan sebagai topeng di sekitar garis rambut.
39. Gunakan sedikit utk kilatkan kasut dan beg anda.
40. Sebagai Pelembap rambut : Colekkan sedikit di jari anda dan gosok di tapak tangan kemudian ramas-ramas perlahan di rambut.
41. Gunakan utk disapukan pada hujung rambut yg berbelah dan kering.
42. Menghilangkan kesan makeup pada pakaian
43. Gosokkan pada leher botol pewarna kuku agar tidak melekat lagi pada botol.
44. Menjadikan pewarna kuku yang lama nampak baru semula
45. Letakkan sedikit serta campurkan pada serbuk eyeshadow untuk dapatkan warna lain dan lebih menarik lagi bila memakainya.
46. Campurkan pada losyen kegemaran.
47. Sapukan pada bibir dan biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok perlahan dengan berus gigi untuk mengupaskan kulit mati agar lebih lembut.
48. Menanggalkan bulu mata palsu yang tersalah pakai dgn cepat.
49. Sapukan sedikit pada badan anda yang kering sebelum anda menyapukan losyen utk TON kulit agar samarata.
50. Sapukan pada keseluruhan sebelum penerbangan bagi mengelakkan kulit kering.
Sumber : http://justmenashaixora.blogspot.com

Apapun Vaseline Rose ni memang khusus untuk bibir. Bau dan warna pun sangat menarik dan sesuai untuk serlahkan bibir kemerahjambuan gitu.



with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. uih.teringin pulak nak guna vaseline lip ni...banyak betul kegunaan nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah susah nak jumpanya. Tak tahu lah kenapa. Habis diborong kot. Memang banyak kegunaan jelly petroleum ni

      Delete
  2. Macam best aje ni. Nanti boleh lah try vaseline ni pulak.

    ReplyDelete
  3. Saya pun pakai yang ni, tapi packaging dia lain sikit dari yang dekat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Lain Negara lain packaging kot. Tapi memang best pakai kan :)

      Delete
  4. kita pun guna benda ni hihihi best pakai

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.