Selama berpengelaman dalam design dan edit blog blogger-blogger lain, Fiza perasan ramai blogger tak menggunakan sepenuhnya features yang ada dalam compose new post untuk publish entri. So, sajalah nak ingatkan semua blogger supaya menggunakan apa yang ada dalam compose supaya entri tu lebih berkualiti, menarik dan blog lebih mesra pembaca nanti. 


Labels
Melabel adalah kerja paling penting seorang blogger perlu buat sebab dengan label-label ni memudahkan kerja kau orang untuk susun artikel mengikut label/tag/categories. Dan setiap menu categories ni akan berada dibawah satu link. Link tersebut boleh digunakan/dijadikan sebagai salah satu menu dalam menu bar di dalam blog.

Permalink
Jangan pandang remeh tentang permalink ni sebab permalink juga memainkan peranan untuk SEO (Search Engine Optimization). Biasanya permalink ni automatik generate daripada tajuk yang kau orang buat. Contohnya tajuk "resepi kek coklat sedap resepi bonda" dia akan jadi resepi-kek-coklat-sedap-resepi-bonda. 

Tapi kalau tajuk panjang sangat dia akan ringkaskan. Kadang-kadang nampak tergantung kalau tajuk panjang sangat. Jadi, kau orang boleh customize permalink tu menjadi lebih ringkas dan lebih menarik. Klik je custom permalink tu dan taip. Klik done.

Search Desription
Search description ni ramai juga blogger abaikan dan tak tulis lansung. Mana-mana yang tak tulis tu, rajin-rajinlah isi kan dengan description artikel yang boleh membantu artikel tu lebih mesra SEO ye. Letak ringkas pun dah memadai.

Sekian tips dari Fiza, jika berguna. Sila like dan share. Kalau ada tips lain, bolehlah kongsikan dalam ruangan komen dibawah. Jom sama-masa majukan blog kita.

Sejak tahun lepas lagi applikasi instagram dah perkenalkan features baru dalam profile iaitu stories highlight dan stories archive. Well, Fiza baru nak mengenali stories highlights dan stories archive ni sebab Fiza sejenis yang kurang update istagram story sebab instagram stories ni tak kekal lama. Hanya dalam tempoh 24jam je. Itu yang Fiza kurang gemar update instagram story.

Tapi tapi tapi sejak tahu fungsi sebenar stories highlight dan stories archive ni baru lah rajin nak update instagram story. Bila dah ada stories barulah boleh update stories highlight dan stories archive dengan lebih menarik dan lebih bergaya dalam profile instagram kau orang tu. Kurang jelas apa yang Fiza maksudkan? Sila tengok gambar di bawah.

Cara Buat Stories Highlights dan Stories Archive Lebih Menarik Dalam Profile Instagram.
1. Upload stories macam biasa beserta dengan cover untuk setiap categories dalam Stories Highlights. Kemudian klik new Stories Higlight.


2. Kemudian pilih cover page yang kau orang dah upload dalam ig story tadi.

3. Edit Cover page yang telah dipilih. Edit dengan paparan yang lebih jelas dan sesuai.

4. Untuk kumpulkan semua stories dalam satu category stories highlight tu kau orang klik pada archive, tick instagram stories yang kau orang upload sebelum ni. Kemudian klik done.


5. Okay siap! Bila klik satu category story highlight tu dan segala stories archive akan ada dalam tu.

Nampak menarik macam ni kan. Lagi-lagi untuk instagrammer yang suka travel, bisnes dan lain-lain lagi. Lebih cantik bergaya dan lebih proper. Barulah menarik perhatian orang lain dan mudah nak explore. Kalau kurang jelas tu, boleh terus ke instagram Fiza untuk live view. >> @azhafizah.mdnor

Kalau gunakan bisnes profile lagi menarik sebab boleh add link dalam ig stories. Tapi sayang, dalam instagram Fiza takde pun features tu sebab followers kena ada 10k ke atas baru ada features letak link tu. So yang tu, Fiza abaikan dulu. Apa tunggu lagi, cepat-cepat makeup Stories Highlights dan Stories Archive supaya lebih cantik bergaya. Rugi kalau tak gunakan kemudahan yang ada. 

Haa. sekarang tengah trending Drama Mr. Grey ni. Bila dah trending, mulalah Fiza terjebak sama. Baru je nak terjebak lepas tengok episod pertama tu "Eh, macam best je cerita ni!" Terus marathon tengok sampai Episod 8. Tak sabar nak tunggu Drama Mr.Grey episod 9 malam ni! Macam menjadi lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali ni.


Ye lah kan, biasanya kalau pelakon yang macam biasa-biasa tu jarang dapat trending drama yang dia orang lakonan tu. Macam drama sendu. Tapi Mr. Grey ni boleh dikatakan Drama yang tak boring walaupun klise tu tetap ada, contohnya macam kena paksa kahwin, tak suka tapi lama-lama suka. So far drama Mr. grey ni boleh layan lagi sebab watak Nisa tu kelakar.

Dulu Eyra Hazali ni watak dia untuk budak-budak je. Sekarang dah boleh pegang watak utama dan watak heroin dah. Pelakon yang tengah hangat bercinta dengan Keeper 3 JDT tu kan. Ehem, nak juga membawang kat sini. Selain mereka, pelakon lain yang terlibat sama dalam menjayakan Drama Mr.Grey ni adalah Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud dan Farah Nabilah.

Sinopsis Mr. Grey
Mengisahkan Mr. Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa? Jangan lupa saksikan drama Mr. Grey ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Pada yang takde astro tu, boleh tengok online je melalui kbergetar04.blogspot.my atau www.layanon9.pro. Siapa orang utagha mesti suka tengok citer ni. Gerenti!

Macam dah lama je tak buat kek coklat. Asyik kek pisang kek pisang dan kek pisang je kan. Bila stok pisang ada memang buat kek pisang. Kalau ada stok pisang muda buat kerepek pisang. Tiba-tiba buat kek coklat sebab teringin. Kalau buat kek coklat Fiza lebih suka yang jenis moist, tak perlu nak buat topping. Cukup sekadar tekak ni rasa kek coklat moist yang sedap. Nak buat pun mudah je.

Fiza ikut resepi yang guna sukatan cawan. Senang kerja menyukat dan resepi ni untuk kek moist ala  Kek Coklat Anis Choc Moist tu. Memang super moist, tak perlu add topping pun takpe sebab dah sedap walaupun tanpa topping. Tak percaya? Kau orang kena cuba resepi yang Fiza kongsikan ni. Memang simpan siap-siap dalam buku resepi.


Bahan A
1 Cawan Air Panas
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Gula
1 Cawan Serbuk Coklat * Guna cocoa powder Hershey's super sedap!
1 biji Telur
Secubit Garam

Bahan B
1 Cawan Tepung Penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 Sudu teh baking powder
*Satukan semua bahan B dan ayak.
Boleh gunakan tepung gandum kalau takde tepun penaik. Fiza guna tepung penaik sebab stok masih ada kat rumah.

Cara Buat Kek Coklat Moist
1. Dalam satu bekas, pukul 1 biji telur sampai kembang dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan semua bahan A dan kacau rata. Kemudian masukkan telur yang dipukul kembang tadi.
3. Bila dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit bahan B ke dalam bahan A yang di kacau rata tadi. Kacau rata kemudian masukkan ke dalam bekas untuk membakar.

Nak memudahkan kerja, Fiza guna bekas aluminium foil tu. Tak perlu alas paper atau sapukan butter. Dia memang tidak akan melekat dan boleh dapat 2 biji kek. Fiza bakar selama 45-50 minit pada suhu 160°C.

Sedia untuk di bakar
Dalam proses pembakaran, dah nak siap dah.
Bila oven dah berbunyi ting tu tandanya kek dah siap masak. Eh, tapi belum tahu lagi dah masak ke belum. Nak tahu dah masak ke belum, senang je. Cucukan lidi di tengah kek, kalau takde kek melekat pada lidi tu tandanya kek tu dah masak. Bila dah masak, biarkan kek tu sejuk dulu. Jangan terus potong dan makan. 

Kalau terus potong kek tu akan berderai sebab kek ni kek moist. Sebaiknya makan guna sudu dalam bekas. Tapi boleh je kalau nak potong, kena tunggu sejuk lah. Baru cantik potong tu dan lebih sedap rasanya. 

Nampak tak kelembapan kek coklat ni. Sedap!


Kat rumah tu kalau ada kudap-kudapan sambil tengok drama memang tak ingat nak buat kerja lain dah. Lagi-lagi kalau ada kerepek pisang. Makan sampai habis pun tak perasan. Kita selalu jumpa kerepek pisang kalau musim raya. Cuma bila musim tak raya tu agak jarang jumpa dan harga kerepek pisang pun dah mahal sekarang. Lagi-lagi pisang tanduk. Mahal ya amat! Satu plastik tu boleh cecah harga RM18. Itupun tak banyak mana. Tapi kalau dah teringin mesti beli juga kan.


Fiza suka kalau balik kampung, mak atau kakak Fiza bekalkan pisang muda. Balik rumah memang Fiza buat kerepek pisang je lah. Hari tu kebetulan rezeki Fiza pisang tanduk nangka yang mak abah tanam tepi rumah dah berbuah. Dapatlah Fiza rasa pisang kahwin (tanduk dan nangka) tu. Memang sedap gabungan dua jenis pisang ye. Tahu tahu je lah kerepek paling sedap kalau guna pisang tanduk ataupun nangka. Tapi bila kedua-dua pisang sedap bergabung. Lagilah sedap rasanya!

Pisang tanduk nangka ni rupanya macam pisang tanduk tapi tapi tak besar sangat. Sedang-sedang je saiz dia. Kalau sekali tengok memang akan cakap pisang tanduk. Tapi tak! Pisang kahwin rupanya. Mak mertua pula ada bagi tips nak bagi pisang tu lebih sedap. Haa, nak tahu tak? Silalah cuba resepi kerepek pisang rangup dari Fiza ni.


Langkah Pertama : Kupas pisang muda dan rendam dalam air yang telah dicampurkan garam.(* Ini tipsnya!)


Langkah kedua : Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak. Kemudian sagat lah pisang tu dengan menggunakan penyagat pisang. Dalam gambar ni dah last-last nak siap baru Fiza snap. Malas nak tambah minyak masa ni. Kalau minyak banyak, lagi cepat masak dan boleh siap cepat sebab boleh goreng banyak sekaligus. Nak tahu dah masak garing rangup, kalau takde buih buih belon tepi pisang tu. Ataupun tengok warna pisnag tu. Agak agak dah macam warna kuning keemasan tu angkat terus. Jangan sampai garing warna perang pula. Tu dah hangus tu.


Langkah 3 : Masa angkat kerepek dari kuali tu, letakkan kerepek pisang tu dalam penapis dan alas kertas untuk tapis minyak. Biarkan sejuk, kemudian baru lah masuk dalam bekas. Kalau kau orang angkat dan terus masukkan dalam bekas, lepas tu tutup pula jadi tak rangup lah kerepek tu sebab masih panas. Nanti dalam bekas tu ber wap dan kerepek pun tak rangup. Ada faham? So sejukkan dulu kerepek baru masuk bekas. Tapi jangan lama sangat terdedah nanti hilang kerangupan juga sebab masuk angin. 


Siaplah sudah kerepek pisang. Then ada satu benda lagi yang Fiza belajar. Kalau buat kerepek pisang, lebih baik sagat tu vertical, maksudnya pendek-pendek. Daripada sagat secara memanjang horizontal sebab yang panjang-panjang tu tak berapa nak sedap. Lain rasanya. Tak percaya? Silalah cuba buat sagat menegak dan melintang. Mesti kau orang akan rasa yang berbeza. 

Punyalah susah Fiza nak cari topeng muka a.k.a face mask yang jenis kain tu, akhirnya jumpa juga face mask black macam Lee Min Ho pakai dalam drama City Hunter tu. Ada cari kat farmasi, tapi takde juga. Sudahnya Fiza tanya kat facebook je lah. Syukur ada yang komen bagitau kat beberapa tempat nak beli face mask black jenis kain ni. Kalau tak, entahlah nak cari mana. 


Pembelian online memang banyak tapi lambat pula dapat memandangkan Fiza nak cepat sebab belikan untuk abah Fiza yang tak sihat. Pakai untuk elakkan dari dijangkiti penyakit lain daripada orang lain. Beli face mask jenis kain ni mudah nak basuh dan boleh guna lama. Kalau beli yang pakai buang asyik nak membeli je nanti. Susah pula kan.


Beberapa jawapan yang Fiza dapat, cari kat Pasar Malam, kedai motor dan kiosk kecik Shopping Mall. Fiza pergi kedai motor tapi sedihnya takde. Tempat terakhir Fiza pergi Shopping Mall AEON Seremban2. Terus cari kiosk-kiosk kecil yang biasa kat tengah-tengah mall tu. Nampak je kedai macam jual-jual lanyard, snow cap semua tu. Fiza terus cari face mask. Alhamdulillah jumpa macam face mask yang Fiza cari tu. Warna hitam dan jenis kain. 

Ada juga face mask bercorak dan jenis kain yang berbeza. Memang banyak pilihan kat sini sampai rambang mata nak memilih. Tapi Fiza tetap pilih yang warna hitam tu. Sesuailah dengan abah pun kan. Kalau bercorak nanti terlebih comel pula abah pakai. Kebanyakkan face mask yang dijual kat sini bermula dengan harga RM8.00. Tapi yang Fiza beli warna hitam tu RM10. Fiza beli extra untuk Fiza sekali. Mana lah tahu boleh guna dimasa akan datang. Tak payah nak membeli lagi.


Jenis kain dia tak nipis sangat. Pendek kata sedang elok je. Memang boleh tahan lama gayanya ni. Jahitan pun kemas. Nak cuci pun gosok gosok manja guna tangan je. Kain macam jenis berbulu. Kena cuci bersih dulu lah sebelum pakai. Kebersihan face mask kena jaga juga ye.


Penyangkut di telinga tu adalah sejenis kain getah yang tak menyakitkan telinga. Pakai pun tak ketat sangat dan fit sangat dengan muka. Terima kasih lah pada mereka yang suggest beberapa tempat untuk beli face mask kain ni ye. Jasa anda amatlah dihargai.




Kalau dah pening tak tahu nak masak apa, Fiza masak sambal ikan bilis goreng berapi je senang. Menu sambal goreng ikan bilis lah paling senang nak buat dan paling buat orang tambah selera makan. Boleh makan bertambah berpinggan-pinggan tau! Fiza lebih suka masak pedas baru lah ada kenikmatan makan tu. Almaklumlah jenis suami isteri suka makan pedas. Sorang nismilan dan sorang johorian, haruslah kena pedas.



Salah satu favourite family Fiza sebab mak dulu selalu masak sambal ikan bilis goreng ni. Mak masak of courselah lagi sedap, kakak-kakak Fiza masak pun sedap. Fiza masak pun sedap juga. Eh, nak juga puji diri sendiri kan. Haruslah mewarisi masak sedap. Gitu!

Kadang-kadang tak perlu menu mahal untuk makan makanan sedap. Sambal goreng ikan bilis pun dah memadai dihidangkan. Cuma ambil masa sikit nak masak tu sebab kalau jenis Fiza suka lebih kering sikit sebab boleh simpan dan tahan lama kalau tak habis. Nak tahu caranya? Meh Fiza ajar macamana nak masak sambal ikan bilis goreng berapi ni.

Bahan-bahan
Segenggam Ikan bilis dicuci bersih
4 biji Bawang Merah 
Cili Api (ikut kepedasan masing-masing)
Minyak Masak

Cara Masak
1. Blend atau tumbuk (lagi sedap) bawang dan cili api.
2. Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Dengan gunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan cili api yang telah di blend tadi. Biar sampai garing. Dah nak masak tu masukkan ikan bilis yang dah dioreng tadi dan kacau rata. 
Siap untuk dihidangkan.

Minyak masak tu lebihkan sikit takpe, nanti bila sambal dah masak boleh angkat dan toskan sambal tu dalam penapis untuk tapis minyak. So, takde lah minyak tu bergenang sekali dengan sambal ikan bilis tu. Ikan bilis tu kalau separuh nak goreng dan separuh lagi nak blend sekali dengan bawang dan cili api pun boleh. Setiap orang yang suka masak sambal ikan bilis ni mesti ada cara mereka sendiri untuk memasak.

Kalau ikut cara Fiza masak, macam di atas lah! Lagi suka lebihkan cili api biar pedas. Baru lah berapi! Apapun selamat memasak.

Aduhh..patah pulak gelang ni. Fuhhh..nasib baik kejadian berlaku kat rumah dan perasan gelang putus jatuh. Kalau jadi kat luar memang nangis tak berlagu dan lagi patah hati lah jawabnya. Lama juga Fiza peram gelang putus tu. Sebelum ni nak beli earings kat Habib Jewel pernah tanya juga harga tukang emas dan cuci emas. Harga tukang emas plus minus RM180 macam tu dan harga cuci emas lebih kurang sama je dengan harga tukang emas tu dalam RM1++ juga. So macam, hold dululah nak cuci ke apa ke.

Pernah juga pergi kedai emas biasa kat Kuala Pilah tu. Kononnya emas murah kat Kuala Pilah tu murah dan bajet mesti lebih murah harga tukang emas tu. Tanya punya tanya, harga dalam RM2+ dan siap esok. Murah dan murah dah tapi disebabkan siap esoknya memang taklah Fiza tinggalkan kat kedai. Lagipun macam kurang yakin pula nak hantar kedai emas tu. Macam kurang yakin dengan ketulenan emas. Then, tambah masa peram lagi gelang emas tu.

Memang tak selesa tanpa gelang sebab dah biasa pakai dan gelang tu husband bagi masa batalkan air sembahyang selepas nikah. Janggal sungguh la bila tak pakai. Kebetulan nak pergi ke Kajang, so decide nak pergi terus kedai Emas Sri Pinang tempat beli gelang. Dulu masa beli tak sempat nak potong katanya kena ambil esoknya. Itu yang tak jadi potong memandangkan macam okay je bila pakai.


Alang-alang dah terputus tu, eloklah potong sekali. Jadi ngam ngam gelang tu dengan pergelangan tangan. Lebih better dari yang sebelumnya. Syukurlah kedai tu masih wujud selepas 5 tahun Fiza beli. Sudahlah macam susah nak cari kedai Emas Sri Pinang ni sebab tak banyak cawangan. Nak tak nak terpaksa juga Fiza pergi situ.

Bila tanya, dia kata percuma potong dan pateri emas. Fiza tanya lagi, cuci emas berapa ye? Percuma je cuci emas sebab beli kat sini katanya. Wahh..ini yang suka tak perlu keluar duit. Siap pun sekejap je dalam 30 minit. Ada hikmahnya Fiza peram gelang tu lama-lama. Lebihan yang potong tu simpan dulu. Senang nak upgrade belian seterusnya. Cehh..ada hati nak upgrade. Teringin gelang emas lipan padu tu. Idaman semua wanita kot kan?



Fiza suka juga Emas Sri Pinang ni banyak pilihan design yang ada. Harga pun boleh tahan murah. Setakat ni Fiza beli gelang dan cincin. Earings Fiza beli kat Habib Jewel sebab itu je yang terdekat. Pilihan design yang Fiza nak masa tu tak berapa nak banyak pula. Harga boleh tahan mahal ikut harga pasaran emas sekarang. Sekarang emas dah mahal, nak beli pun telan air liur dulu tengok harga. Harga mampu tengok je dulu.

Rasanya bukan kedai Emas Sri Pinang je tawarkan tukang emas dan cuci percuma. Kedai lain pun ada cuma mereka lebih mengutamakan barangan yang pelanggan beli di kedai mereka. Kalau barangan luar memang mereka akan charge mungkin? Apapun survey itu penting.

Seorang Fiza ni asyik cerita pasal makan, makan dan makan je dalam blog kan. Ini je lah modal yang Fiza ada buat masa sekarang. Untung-untung lepas ni boleh dapat jemputan food review pula ye. Eh, pernah dapat sebenarnya cuma Fiza tak memilih untuk bekerja luar rumah. Cukuplah kerja yang ada kat rumah ni. Nanti tak terkejar nak buat semua benda. 

Kimchi, Samyang, bulgogi, bibimbap dan bermacam nama menu makanan korea sekarang semakin digemari oleh rakyat Malaysia. Kalau dulu susah nak dapat rasa makanan Korea melainkan kena pergi ke Korea. Sekarang tak perlu dah nak terbang ke Korea sebab di Malaysia pun dah banyak restaurant Korea di sana sini. Gara-gara pengaruh K-Pop kuat sangat lah ni sampai makanan pun jadi suka dan ramai yang nak mencuba.

Apa makanan Korea pertama yang kau orang pernah cuba? Kalau Fiza, pertama kali Fiza cuba makan Kimchi by KakLo. Kalau kau orang pertama kali makan kimchi mesti kau orang rasa macam "Euwww, rasa apa ni?". Rasa dia Fiza sendiri susah nak gambarkan. Tapi kalau kimchi tu dicampurkan dengan menu lain macam buat sup kimchi ke, campur mee maggi ke atau nasi goreng kimchi ke memang best sangat!.


Pertama kali makanan makanan korea di restaurant Korea di Namoo Grey. Kali ni adik ipar bawa makan di BBQ Chicken No.1 Dpulze Shopping Centre, Putrajaya. Apa yang kamiorang order hari tu, Hot Hot Chicken, Spaghetti Aglio Olio, Fried Rice dan ice lemon tea. Korean signature dish rasanya cuma hot hot chicken tu je la. 


Hot Hot Chicken ni bukan biasa biasa pedas dia. Pertama kali makan ada rasa manis manis tapi bila dah makan dua tiga suap masuk mulut dia mula hot kan mulut kau orang. Tak hot tang bibir, tang lelangit atau tak pun hot bahagian seluruh mulut. Walaupun hot pedas dia tetap berjaya habiskan sebab sedap punya pasal. Entah sos ape entah yang di guna. Tapi memang sos pedas korea pedas dia betul betul pedas dan lain macam pedas dia kan.


Fried rice ni biasa-biasa je pada Fiza cuma ada efek melekit pada nasi tu memang betul betul nasi goreng korea style lah. Ada rasa masam-masam kimchi sikit lah. Dan akhir sekali spaghetti aglio olio tu macam biasa je rasanya sama macam yang biasa makan tu. Takde elemen korea dalam menu tu mungkin.


Apa yang Fiza perasan, makanan Korea ni mahal-mahal walau di mana jua berada. Tengok je lah harga sepeket samyang yang viral tu. RM7 sepeket! Memang kalau dah penggemar tegar samyang sanggup je beli daripada lebih kenyang makan nasi sepinggan dengan lauk pauk yang berharga RM7. kalau tekak dah nak makan samyang daripada nasi tak boleh nak kata apa dah lah kan. Sama juga kalau tekak nak makan juga makanan Korea memang kena makan juga selagi tak dapat. 

Sementara tunggu makanan sampai snap dulu


Original cake Taiwan pernah viral satu ketika dulu masa mula-mula masuk pasaran di Malaysia. Sejak wujudnya kedai original cake memang ramai berlumba-lumba nak mencuba rasa. Bila dah viral, tak sah kalau tak beratur untuk dapatkannya. Viral pun sebab ada satu video cake gebus gebas tular di media sosial. Siapalah yang tak tergoda tengok cake gebus gebas macam dalam gambar ni kan.

Fiza antara orang yang terlambat baru nak mencuba. Baru-baru viral memang susah nak dapat nak kena beratur bagai. Bila dah kurang viral ni tak payah beratur pun takpe, senang nak membeli. Fiza beli kat Original Cake, IOI City Mall. Jenuh juga mencari kedai ni. Akhirnya jumpa juga. Sampai je kedai ni, kebetulan cake baru siap di letakkan atas table top untuk di potong. Nampak tak betapa besarnya kek ni.


Bila dikeluarkan dari oven tu, perghhh bau telur dia memang semerbak baunya. Kau orang tahu je la bau telur macamana kan. Bau hanyir telur tapi bila kau nak sangat rasa, tolak tepi dulu bau telur tu dengan harapan dah jadi kek gebu tu kurang lah kot rasa telur tu. Disebabkan nak rasa, Fiza beli original cake yang berharga RM15 untuk satu potong besar. Tak silap Fiza ada dua lagi kek iaitu kek coklat RM20 dan golden cheese (cake original letak cheese tengah² layer tu) RM25.


Tiba tiba ada pula menu lain "Dirty Bom" kat depan casher tu. Apa lagi, terus order juga sebab nak rasa. Harga dia RM6.90. Agak mahal juga harga dia dan saiz lebih kurang roti bun yang berintikan sambal ikan bilis tu. Mungkin dirty bom besar sikit dari saiz tu. Topping tu dia letak cocoa powder dan filling dia cheese leleh yang super sedap. Pejam mata je lah bayar sebab nak rasa punya pasal.



Bagi Fiza Original Cake ni, ikut tekak Fiza okaylah rasa dia tak rasa telur kuat sangat tapi bau telur tu memang melekat lah bau dia. Ye lah kan, bahan utama dia mesti menggunakan telur yang banyak untuk hasilkan kek gebu macam tu. Fiza paling suka rasa bahagian tengah tu sebab sangat lembut dan sedap. Bahagian atas berkerak tu agak tak best pada Fiza. 

Paling tak best kek ni tak boleh simpan lama. Sebaiknya beli terus makan habis sebab masa Fiza simpan esoknya dah mula berkulat disebabkan kek ni terlampau lembap. Tentang harga, Kira berbaloilah beli masih mampu nak beli dan rasa. Dirty bom tu pula kena beli terus makan juga sebab kalau lambat makan roti dia tak sedap. Tapi filling cheese dia memang tip top. Dirty bom ni dah jadi trend juga sekarang ni dan bermacam-macam nama ada. Trademark dia kalau makan wajib comot-comot satu muka.

So, kau orang yang pernah rasa original cake ni apa pendapat kau orang pula. Sedap ke tidak? Atau bau telur je terus tak jadi beli :p

Lelaki dan kedai gunting rambut favourite berpisah tiada. Dua bulan sekali atau tiga bulan sekali wajib cari kedai gunting rambut nak gunting rambut. Tak kan nak biarkan rambut panjang melainkan sejenis lelaki yang suka simpan rambut panjang. Kalau jenis lelaki yang suka tampil dengan rambut pendek dan sentiasa kemas, haruslah sentiasa jaga panjang rambut supaya tak terlalu panjang.

Salah satu trend terkini fesyen rambut lelaki macam undercut, pompadour dan beberapa style lagi untuk kelihatan seperti lelaki hipster. Disebabkan style hispter lah banyak kedai gunting rambut hispter dibuka di sana sini dan jangan tak percaya dengan harga yang dikenakan. Mahal! Ye, sangat mahal. Gunting rambut sahaja boleh cecah harga RM60. Pernah ternampak harga tu di salah satu kedai gunting rambut hipster di Mall.

Perghh..harga mahal tak ingat! Tapi ye lah kan, harga mahal of courselah bersebab. Mungkin sebab barber tu sangat professional atau lebih expert dalam bab-bab gunting rambut ala hispter ni kan. Atau mungkin kelangsungan atas sewa kedai mahal. Well, ada banyak sebab. Tapi sebagai rakyat marhaen sudah tentulah cari kedai gunting rambut yang lebih murah atau yang berpatutan.

Kali pertama datang sini. Nampak tak betapa hispternya Kedai Gunting Rambut  H&H Barbershop
Bagi orang Segamat, Johor terutamanya orang yang berdekatan dengan Buloh Kasap tak susah nak cari kedai gunting rambut murah sebab wujudnya Kedai Gunting Rambut H&H Barbershop. Sejak wujudnya H&H Barbershop, tak perlu lagi nak pergi ke bandar Segamat untuk gunting rambut. Lagipun pekan Buloh Kasap tak sesak mana. Nak parking pun senang. Siap boleh parking depan kedai lagi.

Fiza tahu tentang kewujudan kedai gunting rambut hispter ni pun sebab ex-schoolmate Fiza yang promote di facebook. Oh, rupanya dia dan adik dia baru buka kedai gunting rambut tapi berbeza kedai. Yang Fiza selalu pergi kedai adik dia yang lebih hispter interior designnya. Selang dua bulan sekali mesti husband pergi kedai gunting rambut kat sini. Ini entah kali keberapa Fiza pun lupa dah.

Ini paling latest, dengan barber yang sama dan baju yang sama. Eh? Kebetulan pula


Eh, Fiza pun nak menyelit di situ. Hampir siap gunting rambut. Sebut je nak gunting rambut macamana, gerenti mana-mana barber boleh buat macam yang kau orang nak tu. Barber yang tip top menepati citarasa husband seperti dalam gambar, iaitu Hanis a.k.a Bob adik kepada ex-schoolmate Fiza tu.

Rasanya H&H Barbershop dah cukup terkenal sekitar Segamat. Sajalah Fiza nak promote lagi. Kalau ada orang luar dari Segamat yang datang ke Segamat nak cuba gunting rambut kat sini. Why not? Antara sebab-sebab yang kau orang kaum lelaki perlu gunting rambut di H&H Barbershop adalah seperti dibawah.
  • Murah, gunting rambut RM8. Kadang-kadang mereka buat kerja amal sambil gunting rambut sambil menderma dengan serendah RM2!
  • Ruang Kedai yang besar dan selesa. Ada tempat menunggu yg selesa. 
  • Barber yang ramai. Tak lama tunggu giliran.
  • Boleh buat macam-macam style rambut, jambang dan lain-lain.
  • Pekerja dan barber yang mesra pelanggan.
  • Senang Parking Kereta

Selain perkhidmatan gunting rambut, H&H Barbershop ada juga menjual pelbagai jenis pomade, shampoo, serum rambut, perfume dan lain-lain lagi yang berkaitan. Untuk orang yang berada di kawasan Segamat boleh ke cawangan H&H Barbershop di Seri Genuang dan Pekan Buloh Kasap.

Waktu Operasi Cawangan buloh kasap
12.30 pm-8.30 am
Jumaat 3.00pm-8.30am
22, Jalan Abdullah, Buloh Kasap


Facebook : hhbarbershopsegamat
Instagram : @hh_barbershopsegamat

Nampaknya pisang goreng cheese bukanlah makanan viral bermusim sebab sampai sekarang masih lagi dijual. Biasanya kalau makanan viral ni sekejap je ikut musim. Bila dah jemu, hilanglah musim viral tu. Fiza dah rasa bermacam-macam jenis pisang goreng cheese tapi buat pertama kali rasa pisang goreng cheese padu Eden Cowboy memang lain daripada yang lain. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis okay!

Dah banyak kali rasanya Fiza update entri pasal Eden Cowboy ni. Walaupun bukan entri berbayar tapi nak juga kongsikan pada semua sebab Eden Cowboy ni selalu bagi kelainan pada menu menu yang dijual dan ada je menu baru. Itulah salah satu tarikan Eden Cowboy ni yang buat orang tertarik nak cuba rasa.

Gara-gara banner pisang cheese padu tu lah buat tergoda nak mencubanya!

Apa yang menariknya tentang Pisang Cheese Padu ni sebab cheese yang digunakan bukan cheese biasa-biasa tau. Eden Cowboy menggunakan cream cheese yang biasa orang guna untuk buat kek tu. First time kot makan pisang goreng cheese guna cream cheese. Biasanya beli dorang gunakan cheese cheddar parut tu. Rasa dia memang padu dan sedap pada Fiza lah. Mungkin ada antara kau orang pernah makan pisang goreng topping cream cheese parut ni. 

Bagi Fiza memang sedap dan tak muak rasanya kalau makan. Cuma yang tak bestnya bila kau orang lambat makan sebab bila lambat makan pisang jadi tak rangup dan lembik. Kalau nak rasa kesedapan tu wajib terus makan lepas beli sebab dah sejuk tak sedap sangat dah. Pisang goreng pun jadi tak best nanti. So nak makan tu kena right timing lah ye. Jangan simpan simpan. 


Cheese pun tak kedekut. Memang selambak banyaknya.

Selain Pisang Goreng Cheese Padu tu, segala minuman kat sini memang sedap. Macam biasa Fiza beli Coconut Shake dan Noneh Kocak. Sekarang tak silap ada menu baru lagi macam milo ais kepal tu tapi nama dia ape entah. Lupa pula. Nanti kena try menu yang baru pula nampaknya. Aduhh kalau lalu situ memang tak pernah tak tergoda. Berhantu betul jalan tu. Tapi dah itu je jalan yang kena lalu kalau nak balik kampung. Bijak dorang punya strategi berniaga. Syabas! Syabas!


Ini lah jalan berhantu tu, yang buat orang lalu situ nak tersinggah. Jalan ni juga yang selalu jammed sabtu dan ahad sebab Eden Cowboy ni buka sabtu dan ahad je pun. Nak cuba rasa? Silalah ke Kampung Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.


Hati hati lalu sini ye jangan sampai tergoda. Hihi

안녕annyeong. Psstt..Kau orang ada dengar tak gossip terbaru yang tengah viral melanda facebook dan instagram baru-baru ni tak tentang new babies Althea iaitu ALTHEA BARE ESSENTIALS. Ada dengar tak? Kalau belum dengar atau belum tahu lagi, meh sini pasang telinga Fiza nak membawang kejap dengan kau orang tentang produk skincare Althea Bare Essentials yang di pos nun jauh dari Korea tu.

Acah acah model Althea Bare Essentials

Sejak mula bergossip di instagram hari tu ramai yang private message tanya," bagus ke produk Althea Bare Essentials ni?". Okay, meh sini rapat-rapat Fiza cerita satu persatu tentang produk ni. Sedia maklum produk K-Beauty dikatakan antara skincare dan makeup yang menjadi trend terkini yang selalu digossipkan oleh mereka yang sangat mementingkan kecantikan. Produk dari Korea tak syak lagi kebagusannya sebab ramai yang telah mencuba produk dari Korea. Nak murah dan nak yang terbaik, belilah di Althea.

ALTHEA? KENAPA PERLU BELI PRODUK SKINCARE DAN KOSMETIK DI ALTHEA?
Bagi kau orang yang baru mengenali Althea atau baru dengar Althea, Althea adalah website yang menawarkan pelbagai produk skincare dan kosmetik korea yang terkini dan trends dengan harga yang berpatutan dan sama harga dengan harga yang dijual di Korea. Althea telah dilancarkan di Malaysia pada July 2015 dan paling menarik althea menawarkan free shipping. Daebak! 대박!


Set Lengkap Althea Bare Essentials


Buat pertama kalinya Althea telah melancarkan new babies Althea sendiri iaitu ALTHEA BARE ESSENTIALS dimana ianya merupakan 3 langkah penjagaan wajah lengkap yang ringkas untuk kulit orang asia terutamanya. Jadi, sangat sesuai lah untuk orang Malaysia. Secara jujurnya Fiza sangat teruja nak mencuba Althea Bare Essentials ni dan tak sabar-sabar nak gossip dengan semua orang tentang kehebatan produk ni selepas mencubanya.

BUNGKUSAN BOX ALTHEA KEMAS, CANTIK, SELAMAT DAN TIDAK ROSAK.

Perasaan Fiza sangat sangat Happy bila box ni sampai rumah. Siapa je yang tak happy bila dapat box macam ni. Biasanya dapat parcel dalam Malaysia je. Itupun jarang sekali dapat box lawa-lawa macam ni. Sudahlah bungkusan dia kemas elok je. Tanpa kemek sana sini walaupun diterbangkan jauh dari Korea tu. Barang dalam kotak, of courselah okay je bila box dia tak rosak. Lagipun setiap produk Althea ada safety seal untuk elakkan leaking masa penghantaran. Rujuk beberapa gambar dibawah.

Kotak pink yang comel dambaan setiap wanita

Kotak tahan lasak dan tak rosak. Kekal cantik luar dan dalam

3 LANGKAH MUDAH PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN SET LENGKAP ALTHE BARE ESSENTIALS

Kali ni Fiza dapat Gossip Box Althea yang mengandungi satu set lengkap penjagaan wajah Althea Bare Essentials iaitu Pembersih (The Contour Cleanser), Toner (The Primer Water) dan Pelembap (The Fixer Cream). Selain set lengkap Althea Bare Essentials, dapat juga Hand mirror yang sangat comel, Marble Althea dan juga beberapa sample produk Althea Bare Essentials.

Your Skin Completes Makeup

kamsahamnida 감사합니다 Althea for free gifts : Hand Mirror, Marble Althea Sign dan some free samples

LANGKAH 1 (PEMBERSIH) : The Contour Cleanser (150g/5.29 oz -RM23.00)

Membersih muka adalah perkara asas dan perkara pertama yang paling penting dalam penjagaan kulit wajah. Kalau kulit muka dibiarkan kotor tanpa di cuci, mulalah cik jerawat datang tanpa diundang dan macam-macam masalah kulit lagi yang bakal kau orang hadap. Jadi, jangan malas untuk cuci muka.


Apa yang menariknya tentang pembersih muka The Contour Cleanser.

  • Ianya mengandungi kapsul mikro halus untuk proses pengelupasan lembut dalam menghapuskan sel kulit mati pada kulit untuk memberikan kesan kulit baru yang lebih halus lembut dan licin.
  • Sejenis pembersih yang kaya dengan buih untuk menghilangkan kotoran dengan lebih berkesan dan meningkatkan peredaran darah.
  • Paling best  the contour cleanser boleh mengecilkan bentuk wajah kepada V-shape. Ini yang buat ramai teruja nak pakai pembersih ni kan?
  • The contour cleanser ni mengandungi bahan ice plant yang berfungsi menghidrat dan membantu mengurangkan kemerahan merahan pada kulit. Selain itu, lemon myrtle berfungsi menguatkan kulit kerana mengandungi vitamin c dan antioksidan.

Plastic seal for safety seal from leaking. 

Double protection. Ada Bottle Safety seal juga untuk elakkan tertumpah keluar.

Pembersih muka warna putih yang berbuih.

APAKATA FIZA : Pertama kali cuba the contour cleanser memang best sebab Fiza suka bau lemon dan rasa berangin segar selepas cuci muka. Kulit muka terasa lebih licin, halus dan lembut selepas beberapa kali penggunaan. Kulit pun lebih cerah sekata.

LANGKAH 2 (TONER) : The Primer Water (200ml / 6.76fl.oz -RM43)

Untuk dapatkan kulit muka yang lebih bersih, lebih baik sekiranya kau orang menggunakan toner sebagai langkah kedua selepas mencuci muka sebab pembersih muka akan membuka liang-liang pori dan penggunaan toner akan mengecutkan kembali liang-liang pori tersebut. Itu sebabnya penggunaan toner sangat penting.


Apa yang menariknya tentang toner The Primer Water.

  • Althea Bare Essentials Primer Water telah di patenkan dengan formulasi “dewdrops” yang berfungsi melembutkan kulit dan dalam masa yang sama mampu menutupi jurang antara liang roma dan kulit.
  • Mengandungi snow lotus yang mampu melicinkan dan juga mencerahkan kulit serta sekatakan tona kulit wajah.

Liquid Lutsinar Primer Water memang best pakai.

Juga disertakan bottle safety seal untuk elakkan liquid tertumpah semasa penghantaran.


APAKATA FIZA : Untuk penggunaan toner, macam biasalah gunakan kapas dan tuangkan toner. Kemudian sapukan pada wajah secara perlahan-lahan. Selepas penggunaan toner ni terasa kulit muka lebih segar dan lebih bersih. Memang bersih ya amat!

LANGKAH 3 (PELEMBAP) : The Fixer Cream (50g / 1.76 oz -RM50.00)

Langkah terakhir untuk penjagaan wajah harian adalah dengan memakai pelembap. Jangan sesekali abaikan pelembap ni okay kerana selepas cuci muka dan pakai toner, of courselah kulit muka akan jadi kering. Tanpa pelembap, kulit muka akan rosak.


Apa yang menariknya tentang pelembap The Fixer Cream.

  • The Fixer Cream memberikan kelembapan kulit jauh ke dalam lapisan kulit sehingga 24 jam  untuk kulit yang lebih lembap dan segar kerana mengandungi trehalose (humectant yang mengekalkan kelembapan pada kulit).
  • Satu-satunya krim pelembap yang tidak melekit, tidak berminyak dan mudah diserap ke dalam kulit. Mengandungi Teh Hijau Liar menghidrat serta menenangkan kulit dengan antioksidan dan Baobab Tree Extract sebagai Ejen pelembap yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen serta tidak berminyak.

Jar Safety Seal juga ada untuk elakkan cream tertkeluar dari bekas.

Cream pelembap yang bertekstur halus dan wangi

APAKATA FIZA : Bila kulit dah dibersihkan dengan toner, pakai pula pelembap ni memang buat kulit rasa lebih lembut. Krim pelembap Fixer Cream dahlah wangi, memang best sapu kat kulit muka dan memberikan kesan lembap tu lebih lama. Memang tak dapatlah kulit nak jadi kering. Walaupun kulit Fiza jenis berminyak tapi pakai fixer cream ni tak buatkan kulit lebih berminyak sebab sesuai untuk semua jenis kulit.

PACKAGING YANG SIMPLE BUAT RAMAI ORANG JATUH CINTA.

Ya, tak dinafikan. Pertama kali tengok packaging dan design packaging Bare Essentials ni terus jatuh cinta dengan produk ni. Design yang simple dan sangat minimal tapi memberikan kesan yang terbaik pada kulit. Apa pendapat kau orang tentang packaging produk ni? Tentu kau orang akan jatuh cinta juga kan?


So far, Fiza sangat berpuas hati dengan Althea Bare Essentials ni. Tidak memberikan kesan yang negatif pada kulit tapi lebih menyihatkan dan lebih mencantikkan kulit dengan cara yang sangat mudah. Sangat sesuailah untuk kegunaan harian walaupun kau orang seorang yang sibuk. Pendek kata, experience the simplicity of beauty. Cubalah sendiri dan rasakan sendiri keberkesanannya.

Althea 사랑해
Dengan hanya RM116 dan free shipping, kau orang boleh dapat satu set lengkap Althea Bare Essentials yang mengandungi bahan-bahan terbaik untuk kulit yang glowing, flawless dan seperti crystal clear skin. Bila kulit dan cantik, tak perlulah nak bermakeup tebal seinci lagi. Orang kata biar elokkan kulit daripada berhabisan untuk makeup yang cantik hanya seketika. Betul tak? Oh ya, Althea juga berikan diskaun 10% dan kau orang akan dapat free special edition mirror Althea kalau kau orang beli sekarang di www.althea.kr hari ini!

Untuk maklumat terkini dari Althea Korea, boleh follow media sosial Althea dibawah

#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials