Sambal Daun Kayu Nismilan

Friday, March 23, 2018

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sambal daun kayu atau sambal tempoyak daun kayu antara menu tradisi orang nismilan (Negeri Sembilan) yang popular dan wajib ada masa kenduri di kampung kampung. Sebut je sambal daun kayu dah buat orang terliur kalau kau orang sejenis yang suka masakan kampung yang berasaskan ulam ulaman dan tempoyak.


Kalau di Johor biasanya panggil sambal tempoyak je dan bahan bahannya tak sebanyak macam sambal daun kayu sebab letak udang, hirisan daun kunyit, tempoyak, dan beberapa lagi bahan lain. Mulanya macam pelik sikit sebab panggil sambal daun kayu. Rupanya bahannya banyak menggunakan beberapa jenis daun dan ulam ulaman. No wonderlah di panggil sambal daun kayu.

Disebabkan Fiza sejenis yang tak makan durian memang tak rasa nak makan pun tapi sejak dan termakan durian semula ni, Fiza pun cubalah rasa. Kotlah tekak ni boleh terima semula menu yang ada tempoyak ni. Setakat ulaman ni Fiza tak de hal nak makan pun. Bila dah cuba, ermm... macam sedap pula.

Terus tersuka makan dan kalau ada kat kenduri mana mana wajib ambil sikit untuk penambah selera. Well, masakan orang nismilan mana pernah tak sedap kan. Semua sedap sedap oiii. For sure lah tak akan tolak melainkan makanan yang betul betul tak makan.


Lepas ni nak try buat jugaklah guna resepi sambal daun kayu yang senang ya amat ni. Tak payah nak tunggu kenduri baru dapat rasa. Tapi masalah ya nak mencari tempoyak pula yang payahnya. Dahlah bukan musim durian. Durian pula mahal.

Sudahnya macam kena tunggu musim durian la baru dapat simpan stok tempoyak. Kalau kau orang peminat sambal tempoyak, Fiza gerenti yang kau orang juga akan suka dengan sambal daun kayu ni kalau pertama kali makan. Gerenti!

Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu @ Sambal Daun Kayu

Kredit resepi : julsjulie80

Bahan-bahan Sambal Tempoyak Daun Kayu 

1 ikat pucuk ubi
3-4 helai daun kunyit
Tempoyak (3-4 sudu besar)
Santan (anggaran lebih kurang 2 1/2 cawan)
Segenggam Ikan bilis yang telah dicuci bersih
Segenggam Cili Api bergantung pada tahap kepedasan masing-masing**
1 inci kunyit hidup **
3-4 batang serai (dihiris mayang halus)
3-5 papan petai (dibersihkan dan dibelah dua)
Asam Gelugor (2-3 keping)
p/s: Bahan yang bertanda ** kisar/blend terlebih dahulu 

Cara Membuat Sambal Tempoyak Daun Kayu

1. Pucuk ubi dicuci bersih, perah airnya dan dihiris halus. Untuk memastikan pucuk ubi tidak pahit atau kelat disebabkan getah, cuci dan rendam seketika dengan air garam terlebih dahulu.  
2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan tempoyak dengan api yang sederhana. Kacau sebati.
3. Kemudian barulah masukkan pucuk ubi kayu, ikan bilis, serai dan petai. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Masak sehingga pekat dan hampir kering. Siap!

Boleh dihidangkan dengan nasi panas. Memang bertambah makan. Lagi-lagi kalau rasa pedas tu ada. Kalau kurang pedas macam kurang umphh sambal daun kayu tu. Nama pun sambal kan, haruslah pedas. 
With Love, Sihatimerahjambu

8 comments

  1. fuiiiiiiiiiiiiiiiyoooo

    fav nihhh.. tak payah lauk lain pun xpe dah..asal ade ni...tambah ikan kering sikit...heavennnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. Sambal tempoyak daun kayu memang sedap kan fiza. Akak pun suka makan. Ada nih pun cukup.bertambah nasi

    ReplyDelete
  3. sedapnya..favourite amma ni tapi tak pandai masak.. boleh lah refer resepi ni nanti

    ReplyDelete
  4. sambal daun ni memang sedap kan fiza..pernah la makan beberapa kali..

    ReplyDelete
  5. Ya Allahhhhh sedapnya nampak! Terliur la pulak

    ReplyDelete
  6. Alahai Fizah ni saje je tau. Buat Qekra teringin nak makan hahaha..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.