Suka Bau Wangi White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop

Dari tahun lepas lagi dah terjatuh cinta dengan nama dan rupa botol White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop walaupun tak tahu bau yang sebenar dia macamana. Kalau dah namanya rose mestilah bau haruman bunga mawar yang wangi tu. Tahun lepas ada sale online tapi masa tu taka rezeki beli sebab out of stock. Out of stock bukan sebab apa, stock untuk sale dah habis. Mungkin untuk sale online limited bottles je kot.

Sale pula untuk online je. Tak valid untuk store. Macamanalah tak out of stock sebab harga dia murah kot. Daripada harga biasa RM132 terus jadi RM32 masa sale tu kalau tak silap Fiza. Memang murah! Tapi itulah, dah terlambat stock pun habis. Jadi, sempena bulan februari yang istimewa dan sempena tahun baru ni ubahlah sikit mood wangi. Kalau tak asyik dengan mood vanilla je. Memandangkan perfume oil vanilla pun The Body Shop tak produced lagi mungkin. So terpaksalah Fiza bertukar kepada wangian baru.

Tertarik dengan warna dan rupanya. Apatah lagi baunya!

Sebotol boleh tahan 24 bulan bersamaan dengan 2 tahun selepas buka botol. Berbaloi beli.


Sejak zaman berzaman dah terbiasa beli perfume jenis oil sebab lebih tahan lama dan tetap setia dengan The Body Shop. Kenapa Fiza suka perfume oil sebab selain tahan lama, botol kecil senang nak selit dalam handbag. 

Jenis-Jenis Perfume.

1. Perfume (Parfum)
Perfume atau dalam bahasa perancisnya adalah parfum memiliki kepekatan minyak wangi 20%-50% yang membuatkannya lebih tahan lama dipakai. No wonderlah harga dia lebih mahal sikit. Tapi ikutkan berbaloi beli sebab boleh tahan lama. Pakai pun calit-calit je.

2. Eau De Parfum (EDP)
Eau de Parfum mempunyai kandungan minyak wangi antara 10%-15% sahaja. Wangian juga boleh tahan lama dan harganya lebih murah. Jenis EDP antara wangian yang popular digunakan sebab murah dan agak tahan lama. 



White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop

This sensually seductive perfume oil opens with an elegant fusion of bergamot, pink pepper and blackcurrant, before rising to a floral-musky heart. Layer with other White Musk Smoky Rose products to build the fragrance.
  • Perfume oil
  • Sensual, seductive, floral musk
  • Cruelty-free musk
  • Long-lasting fragrance

3. Eau De Toilette (EDT)
Eau de Toilette pula mengandungi campuran perfume di antara 3-8%. Sejenis minyak wangi yang tidak tahan lama dan perlu memakainya berkali-kali untuk mengekalkan bau dalam tempoh masa yang lama. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka kepada bauan yang terlalu kuat.

4. Cologne
Cologne adalah minyak wangi yang mengandungi pati perfume yang paling sedikit 3% sahaja. Jadi kepekatannya juga adalah kurang dan sangat murah berbanding dengan jenis-jenis perfume yang lain dan bauannya sudah tentulah tidak tahan lama.

Tips Memakai Minyak Wangi Untuk Tahan Lebih lama.

Calitkan/sembur pada bahagian badan yang paling hangat seperti denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan juga pergelangan kaki.

So far Fiza sangat suka dengan bau perfume White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop ni. Bau dia tak terlalu kuat dan just nice untuk dibau. Sesuailah kalau nak bagi hadiah pada orang yang tersayang pun sebab kali ni perfume oil dah siap sekali kotaknya. 

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. cantiknya botol diaaaaaa..murah lak tuu... hehehe... kite pun suka bau lembut2 jer.. kalau time migrain, xde la rasa cam nak tukar tudung or baju on the spot jer sbb x tahan bau..hhihi....

    ReplyDelete
  2. dah lama x sopink perfume kat body shop...

    ReplyDelete
  3. cantiknya kaler botol dia... Qekra suka ;)

    ReplyDelete
  4. selain anna sui , perfume dari body shop semua best... hehe

    ReplyDelete
  5. cantik botol dia...warna dia pun sweet...dah lama tak shopping kt body shop...mungkin boleh try cari nanti..

    ReplyDelete
  6. product body shop selalunya memang tidak mengecewakan :)

    ReplyDelete
  7. comelnya botol dia.. busyra suka yg wangian vanilla kalau perfume body shop.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.