Jangan Pakai Produk Kosmetik Yang Fake!

Sunday, September 17, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Barang fake ada di mana-mana. Tidak kiralah barangan apa sekalipun mesti ada je yang fake! Kebetulan sekarang musim orang gila makeup, berlambak produk kosmetik peniaga online jual. Ada yang murah ada yang mahal dan of courselah ada yang fake.

Bila barang yang berjenama beli dengan harga murah tu, sila siasat original atau tak. Bukan apa, barang yang fake ni bahan-bahan dia belum tentu selamat digunakan. Jangan main hentam guna sebarang kosmetik murahan ye. Kalau rasa tak mampu nak pakai barangan kosmetik jenama MAC, NYX dan jenama-jenama yang mahal, sila beli barangan kosmetik yang mampu milik seperti maybelline, silkygirl, revlon dan sebagainya yang boleh dipercayai.

Kalau rasa masih tak mampu, boleh beli produk tempatan yang berkualiti dan juga boleh percayai. Jangan hanya kerana ingin cantik dengan bermakeup tapi lupa nak fikir soal bahaya produk kosmetik fake ni. Jangan lah seksa muka dan diri sendiri di kemudian hari. 

Kesan daripada pemakaian lipstick fake

Walaupun benda ni dah viral tapi masih ada yang membeli dan masih ada yang menjual. Malah makin menjadi-jadi pula penjualannnya. Pantang nampak benda murah kan. Yes, itu tkak dinafikan. Tapi bila kau dah tahu, kena berhati-hati lah lepas ni kalau nak beli sebarang produk kosmetik. Jangan tertipu dengan peniaga yang menjual produk kosmetik fake tapi mengatakannya original 100%. 

Tahukah kau orang, dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu terdapat sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing dan malah najis tikus turut di jumpai. Kandungan toksn dalam sesetengah produk juga di katakan boleh menyebabkan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan ( infertiliti) boleh berlaku. Menakutkan!

Produk fake telah membuktikan bahawa ianya sangat memberhaya dan memberi kesan buruk pada kulit. Jangan jadi mangsa produk kosmetik fake kerana muka kita tidak ada gantinya. Pengalaman ngeri terjadi kepada seorang blogger katanya telah mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk eyeliner fake. Jadikan ianya sebagai iktibar untuk kita beringat.

Kesan daripada memakai eyeline fake

Walau apapun tidak semestinya produk mahal itu berkuaiti dan selamat di pakai. Sebaiknya semak dulu kandungan apa yang ada dalam produk tersebut. Jelas?


Kredit- Nona
With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. eiiii takutnyer tengok..kite pakai jugak kosmetik fake zaman dulu2.. zaman mula2 keje..zaman punye tanggapan yg Watson & Guardian jual kosmetik yg mahal2 je.

    tapi tak lama pastu, terfikir balik kalau guna yg fake..kalau ape2 jadik, lagi susah..lagi byk duit keluar nak buat treatment.. so kite brtukar kepada Avon jer.. skrg dah jarang beli produk Avon..mmg ke watson & Guardian jer la...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menakutkan! dulu pun pernah juga terbeli sbb tak mampu nak beli mahal..tengok kesan macam ni terus insaf.

      Delete
  2. sekarang banyak sangat produk fake. aira memang tak beli sebab takut, kalau nak sangat, kumpul duit dan beli yang mahal sikit. takpe asalkan selamat dan puas hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu Aira..simpan bajet sikit untuk beli yang lebih elok.

      Delete
  3. Nak sangat barang murah, terpaksalah menerima bahananya. Ngerinya tengok!

    ReplyDelete
  4. zaza pun sekarang banyak beli produk kat watson guardian je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.