Design Terbaru Sampul Duit Raya Hipster

Masih tak move on dengan sampul duit raya hispter ni selagi raya belum habis. Bulan puasa pun belum muncul lagi. Macam yang saya cakaplah, tempahan di buka awal supaya kau orang boleh tempah awal dan dapat awal. Bulan puasa nanti bolehlah fokus pada bulan ramadhan dan rehat lebih sikit.

Apa yang saya tak suka kalau kelam kabut masa bulan puasa nanti kalau kau orang tempah last minit. Kalau lambat sikit kau orang marah saya berbakul-bakul. Pula tu pos laju mesti hadkan waktu last penghantaran juga sebelum raya. 

Semua orang pun nak bercuti awal balik kampung beraya. Kau orang pun, bulan puasa bukannya nak bersabar sikit. Sedangkan bulan puasalah kau orang kena sabar lebih. Dah dah saya tak nak bebel, kau orang fikir sendiri lah yang mana terbaik.

Demi menggembirakan hati kau orang untuk buat tempahan, saya tambahkan 10 lagi design terbaru sampul duit raya hipster. Sebelum ni saya sempat buat 5 je tapi saya tambah lagi 10 sebab kebetulan ada masa lebih sekarang ni. Cantik ke tidak corak baru ni? Lebih hipster kan?



Ada corak bunga, corak yang simple, corak tribal, corak kucing, corak cupcake, corak daun-daun dan juga corak ala-ala ketupat

Untuk design sampul duit raya ni sesuai corak macam ni je. Kalau nak letak gambar sendiri, pastikan dilukis hitam bukan berwarna sebab printed ink hitam je baru sesuai dengan kraft paper ni. Ada yang request nak letak design sendiri. 

Tapi kena ada extra charge sebab saya perlu edit untuk disesuaikan dengan layout sampul duit raya dan design tu kenalah sesuai untuk di print. Takut dah design cantik-cantik tapi tak cantik pula kalau print hitam sahaja. Dapat bayangkan tak output dia macam kita fotostat tu. Dapat bayangkan tak?


ALBUM DESIGN SAMPUL DUIT RAYA


Antara tempahan customer yang tempah awal dah siap dan semoga selamat sampai ke tangan penerima. Untuk Tempahan, kau orang boleh whatsapp saya terus ye. 

Whatsapp : 

Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 90gsm
Glueless
Minimum order : 10pcs
Pos : Selasa dan Khamis
Harga Sampul Duit Raya Hipster
10pcs = RM6
20pcs = RM12
30 pcs = RM18
40 pcs = RM24
50 pcs = RM30
Postage RM8 SM | RM11 SS

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.