Teknik Asas Berenang

Sunday, June 15, 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Siapa tahu Teknik Asas Berenang? Jarang orang kita ni nak belajar berenang. Betul tak? Salah satu sukan yang kurang mendapat tempat untuk kita belajar. Susah ke? Mungkin jugak disebabkan kemudahan/tempat untuk belajar berenang tak berapa nak ada.

Ada juga yang belajar di rumah je mana yang ada swimming pool tu okaylah. Atau bagi orang kampung kat sungai je ataupun yang berdekatan dengan laut. Tapi selamat ke? Mesti kena tahu teknik asas dulu kan.

Jom ambil tahu teknik berenang dan panduan belajar berenang gaya breaststroke. Klik buku bawah ni atau KLIK SINI.
teknik asas berenang

Belajar berenang ni bagus sangat sebab pergerakan berenang melibatkan semua anggota. Fiza ni pernah jugak try apungkan diri dulu tapi tak berhasil. Pernah hampir lemas jugak masa mandi sungai dan kolam. Masa tu terlentang terus tak dapat kawal diri even air cetek pun. Bila kepala jatuh dalam air dulu memang susah nak kawal. Agak fobia jugak dengan air sebenarnya. Itulah sebabnya perlu jugak belajar berenang ni.

Kelebihan berenang 

1. Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.

2. Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.

3. Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.

4. Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

5. Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalammengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.

6. Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.

7. Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasanketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.


With Love, Sihatimerahjambu

21 comments

  1. Salah satu yang Rasulullah SAW galakkan ibu bapa ajar anak anak selain memanah dan menunggang kuda..

    ReplyDelete
  2. hihi..timm kalau brenang tenggelam je..xterapung..ngee..

    ReplyDelete
  3. Akak kalau berenang terus tenggelam...susah nak terapiung..maybe sebab x tau teknik kot..hehehehe

    ReplyDelete
  4. kita teringin nak belajar berenang..tapi takde kesempatan lagi..huhu..

    ReplyDelete
  5. Akak mmg dah pandai berenang sejak umur 5 tahun lagi ..hehehe

    ReplyDelete
  6. Sikit sikit boleh la ena berenang. Tu pun pakcik ena yang ajar masa kecil kecil dahulu

    ReplyDelete
  7. wahh kena belajar lebih ni shida xtau berenang fiza huhuu..

    ReplyDelete
  8. alamak berenang..mmg tak pandai..kena bawak pelampung..wuuu

    ReplyDelete
  9. memang tak pandai nak berenang walau dah diajar..penakut kot..mybe teknik mengajar kurang betull...harus follow nie

    ReplyDelete
  10. banyak faedah n kebaikkan berenang ni.. otot pon sihat tapi xpandai berenang..

    ReplyDelete
  11. akak ni jenis water phobia.. asal tgk air je suka celup2 kaki or basah2kan badan sikit2 je.. kalau suruh berenang mmg mak tak pandai nak oii ehhehe
    last year ada hantar Khairine swimming class.. end up habis utk 1 sessi je.. lepas tu dia tak nak sambung lg.. tak suka katanya.. Gggrrr

    ReplyDelete
  12. dulu pandai lepas tu terus tak pandai sebab tak berenang....skang ni tinggal pandai terapung ngan berenang secara terlentang je

    ReplyDelete
  13. pernah berenang, tapi x bergerak..wakakak

    ReplyDelete
  14. hihihi. uyul kalau berenang mesti tenggelam hahahaa.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.