Fesyen Baju Raya Terkini

Fesyen Baju Raya Terkini style yang camna yang agak² jadi trend? Kalau tahun lepas rasanya fesyen peplum kot. Tahun ni fesyen ape pulak? Korang rasa? Sekarang ni mesti ramai dok hunting baju raya kan. Kalau yang menempah baru raya mesti dah tempah awal punya.

Tahun ni Fiza beli dah siap je la. Rasanya fesyen jubah ala dress ni trending sekarang kan. Lebih sopan dan muslimah sangat. Longgar² sikit sesuai untuk jenis badan kurus atau sebaliknya. Tapi kena pastikan jenis kain jugak. Elakkan memakai kain jenis lycra yang melekap kat badan tu. Dah tak nampak muslimah dah melainkan ada lapik sehelai lagi bahagian dalam. Baru tak melekap kat badan kot.

Plus plus plus lagi, pakaian yang longgar ni senang sikit nak bergerak kan dan boleh makan banyak di hari raya..hehehe..sembunyikan perut sikit.

floral jubah dress
Credit Image : edz.com.my
Jubah stain lace
Credit image : NFH

Ataupun kombinasi moden dan tradisional nampak kelainan sikit.
peplum moden batik
Credit Image:google
Baju kurung moden yang memang trend sekarang kan. Murah pun murah.Cantik pun cantik, tak perlu nak beli kain dan tempah. Beli online lagilah senang. Untuk orang kurus sesuailah kot kan..


Puasa nanti baru sibuk nak beli kot sebab nak beli je kan. Bukan nak tempah. Kalau korang nak share blogshop online yang jual baju raya atau korang ada jual, drop je link kat komen ni ye. So orang lain pun boleh tengok jugak nanti. Terima kasih.

Notapink : agak² tahun ni pink lagi ke ek? First time raya puasa as husband and wife :)

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. tahun ni ingat nak scallop pulak tahun lepas dh peplum tapi mak nak buat jubah. xkisahlah mana2 pun boleyyy hehehe

    ReplyDelete
  2. ida nak cari jubah dress tp nak yg boleh mnyusu,,susah tul nak cri..dh ade tp xberkenan plak

    ReplyDelete
  3. lama x singah sini...
    sedang mencari apa fesyen yg nk dipakai raya nanti....
    Thanks sharing .. :)

    ReplyDelete
  4. Akak beli kain je....tempah baju kurung pahang je

    ReplyDelete
  5. lebih modern dan lebih sopan.. cantik sgt design2 tu..

    ReplyDelete
  6. Cantiknyeeee..
    Saya pun x tempah baju raye lagi ni.
    Xsempat rasenye nk menempah.

    ReplyDelete
  7. huhu..dlm on9 semua cntik2..tpi cm xreti nk beli tkut xda saiz..
    taun ni mcm mlas je nk beli bju baru
    pkai taun lepas punya kot..

    ReplyDelete
  8. yang bawah sekali tu cantik la. akak bagi link pleaseeee :)

    ReplyDelete
  9. smuanya lawa2. tambah2 yang nampak klasik tu..

    ReplyDelete
  10. Buek omak sey pon buleh ni kak, laei-laei yg ala2 dress tu molek bona nmpak ehh

    ReplyDelete
  11. iman tahun ni buat jubah je senang sarung je

    ReplyDelete
  12. jubah memang tengah trend sekarang ek? dah makin cantik-cantik designnya..

    ReplyDelete
  13. tak beli lg.. tema pon masih sangkut..:0

    ReplyDelete
  14. skrg semua nak warna dusty2 je. tak pun pastel. hihi cantik

    ReplyDelete
  15. cantiklahhh... mmg tengah mencari baju kurung ni sbb nak g conference...

    ReplyDelete
  16. comeyy semuanya.. wahh ! design plbagaii neh.. hoho

    ReplyDelete
  17. EDZ punya butik kat Bangi tu hari-hari lalu,tapi tak masuk masuk..Aih menggoda betul lah tengok gambar ni! ><
    NEW ENTRY!UNITEN~

    ReplyDelete
  18. ingat pun nak cari macam nie je untuk raya...semuanya cantik

    ReplyDelete
  19. fyna dah siap beli. online je. malas nak kuar. hehehe...

    ReplyDelete
  20. suka gambar yang ke 2 & 3 tu.. kemas & selesa je bila pakai.. tengok pun dah tau :))
    semalam sebelum akak balik KL, singgah ke banda hilir dulu beli kebaya nyonya utk raya tahun ni.. b
    beli sepasang sama dgn Khairine.. utk Suami & anak lelaki akak nnt bulan puasa baru gi cari.. sebab org lelaki senang nak cari baju melayu.. tak payah nak pesen2 sgt mcm org ppuan hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.