Doa Mohon Rezeki yang Halal




Salam Jumaat semua.Penat bekerja?Jangan..betulkan niat bekerja tu kerana apa.Selain berusaha,kita juga perlu berdoa mohon rezeki yang halal.Allah telah S.W.T telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:
1.Menyempatkan diri beribadah
2.Memperbanyakkan istighfar
3.Tinggalkan perbuatan dosa
4.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7.Tunaikan hajat orang lain
8.Banyak berselawat
9.Banyakkan berbuat kebajikan
10.Berpagi-pagi,memulakan aktiviti harian adalah amalan yang berkat.
11.Menjalinkan silaturrahim
12.Melazimi kekal berwuduk
13.Bersedekah
14.Melazimi solat malam (tahajjud)
15.Melazimi solat Dhuha
16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
*Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.Lawannya adalah kufur nikmat.
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18.Berdoa
19.Berikhtiar sehabisnya
20.Bertawakal

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi kita jalan keluar dari perkara yang menyusahkan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T lalu Allah S.W.T pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insha Allah mudah mudah an rezeki yang kita cari tu halal diberkati Allah yang akan menjadi darah daging kita.Betulkan niat kita ^__^

Credit :Source
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.