Donashi buatan sendiri

Wednesday, January 15, 2014

Pagi² lagi hari ni dah bersilat kat dapur siapkan kudapan pemanis mulut dan minum petang. Siapkan awal nanti senang terus ngap je. Lagipun buat untuk bekalan anak buah nak balik UiTM Pilah hari ni. Cuti dua hari ni dia stay kat rumah Fiza je la memandangkan lebih dekat kan. 

Bila ada tetamu datang memang sentiasa buat makanan special lah sikit sampailah dia cakap"Duduk rumah ucu ni tak sempat nak lapar dah kena makan yang lain" hehe..nasiblah kan..Kene buli suruh makan.


Bercadang nak buat donut ikut acuan tu. Tapi acuan bentuk bintang, love, bunga tu lebih sesuai untuk cookies sebabnya lepas biarkan doh naik kembang dah tak rupa bentuk acuan dah. Rupanya jadi buruk. Nasiblah comel² je buat.Alang² nak buat donut topping chocolate, buat kek chocolate terus

Goreng donut ni kena api perlahan baru warna cantik. Macam ni tak berapa menarik tapi nasiblah rasa menarik. Sesedap rasa. Tambah pulak topping chocolate+ chocolate rice. Konon nak buat donashi macam big apple ni. Jauh beza mak aihhh. Takpelah yang penting fluffy gitu.

baca juga :
resepi donut gebu
resepi donut pandan

13 comments

  1. heee comel je akak tgk. yg penting rasanya tu sedap..

    ReplyDelete
  2. Rajin fiza berbaking kan...akak nih ade time rajin memg membaking..dtg mls kirim slm la nak buat..tp anak anak nih kehendak die x menentu..bile mtk buat kek mengagau cari bahan nak buat...hahaha

    ReplyDelete
  3. semua la ni buatkan Nat hilang diet ... huhuhuh

    ReplyDelete
  4. macam tahu2 je ena nak buat.hehe..tanx fiza sharing...

    ReplyDelete
  5. rupa paras tak penting. masuk perut hancur jugak. yang penting sedap.. hahha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.