Denaihati.com


Cerita afzalsukasuki

Thursday, December 02, 2010

Apakah maksud "SALAM"

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.
Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar…

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

credit info[disini]

19 comments:

  1. saya mengambil kesempatan utk mengirim salam maut Assalamualaikum kpd sedari Si Hati Merah Jambu di sini hehehe

    ReplyDelete
  2. betui2x...dalam Al-Kuliyyah dulu pun ada topik nie..
    gantikan Assalammualaikum dengan As Salam atau cukup sekadar Salam sahaja.... tak perlu A'kum atau As'kum.

    deqlis pun sejak tgk al-kuliyyah tue dah tak sms/kirim surat/email guna a'kum..

    sharing is caring..:-)

    ReplyDelete
  3. setuju sangat tu... ramai yang main guna tapi tak tahu maksud dan cara yang betul.. tq ya,

    ReplyDelete
  4. wah assalammualaikum..kikiki.nsb suzie bri salam full tiao n3

    ReplyDelete
  5. wahh, pagi2 dah dapat ilmu dekat blog nie.. mohon share ye.. :)

    ReplyDelete
  6. ya allah baru tau..selalu cakap salam je kt msg.. tanx k

    ReplyDelete
  7. Ya Allah fizah, kita baru terbaca entry ni. sangat bagus. selama ni kita main tulis je Salam Semua kat entry kita.. thanks darling utk ilmu ni. kita akan tukar drastically dlm entry kita and start As-Salam!

    p/s: Ampunkan dosa aku ya, Allah!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. utk lebih lanjut, diterangkan di sini: http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/#axzz1pGYJMN00

    ReplyDelete

My blog is around for the long haul because I 'm really appreciate our relationships with one another above just about everything else. A blog entry isn’t just a block of text, but a slice of humanity and an opportunity to begin a real conversation.Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much!