Tumpang Popular Pokok Viral Kejap

Friday, June 12, 2020

Terkejut tau dapat komen yang luar dari biasa kat instagram. Katanya suruh check inbox. Cepat-cepat lah check inbox. Rupanya nak jemput Fiza jadi tetamu dalam sebuah rancangan TV pada hari sekian sekian.

Apa yang mengejutkan lagi jemput Fiza sebagai tetamu untuk bercakap pasal buat DIY pokok hiasan viral. Aduh, DIY macam mana tu? Fiza sendiri confused samada layak ke tidak nak bercakap pasal pokok viral yang tengah trend sekarang ni?

Padahal bukan pakar pun bab pepokok ni semua. Kalau nak kata pasal pokok viral tu, yang Fiza tahu cara tanam dia mudah macam yang pernah dikongsikan sebelum ni. Nak sembang lebih memang tak tahu nak kata apa.


Fiza bukan seseorang yang selayaknya nak bercakap pasal pokok. Kita pun budak baru belajar awak! Rasa macam kelakar pun ada. Bukan nak menolak rezeki masuk TV. Tapi itulah, tak tahu nak cakap macamana entah.

Ramai yang support suruh pergi juga jadi tetamu tu. Tapi...

Apa apa pun terima kasih semua atas sokongan. Penangan pokok viral sampai Fiza pun rasa terviral sekali. 

Ini kalilah tumpang popular pokok viral kejap. Eh! Nak juga menumpang popular orang. Ala, jadi lah sekejap je. Masuk TV ke tidak belum tahu..rasa macam tak je! 

Okaylah short and quick entry je pagi ni. 



12 comments

  1. Mesti tak sangka dijemput untuk bincangkan DIY pokok.
    Ada rezeki lain kali Fiza bersedia masuk TV. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kak NA, memang tak sangka.
      Moga rezeki tepat pada masa dan keadaan. Aaminn

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah dapat tawaran tapi belum pasti lagi lah.

      Delete
  3. Waaaa tahniah Fizah...tak layak apanya, memang layak nau, banyak idea DIY dan gambar Fizah sangat menakjubkan...pergi je Fizah...rezeki tu...untuk Fizah gak, lepas ni lebih bersemangat nak update komgsi lebih banyak lagi idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak sis Lin. sekadar idea untuk dikongsikan :)

      Delete
  4. Eh apa salahnya Fiza :)
    Bukan senang nak dapat peluang kan?

    ReplyDelete
  5. Wahh Tahniah! Bukan senang nak masuk TV hehe. Terbaik!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.