Pokok Scindapsus Pictus Spesis Sirih Gading Yang Cantik

Tuesday, June 09, 2020

Pokok sirih gading antara pokok favourite Fiza jugalah sebab cara penjagaan sirih gading dan cara tanam pokok sirih mudah. Itulah pokok pertama yang buatkan Fiza terjebak nak menanam. Kalau tidak, memang lansung tak berminat nak menambah houseplant. 

Dulu tak faham kenapa mak asyik beli pokok je. Penuh kawasan rumah dengan pokok sampai boleh nursery bunga dah. Asal ada orang datang mesti belek pokok mak minta benih pokok. Sekarang baru lah faham kenapa. Tanam pokok ni terapi diri dan berbakti kepada tanah juga. Tapi seronoklah ada kawasan luas macam kat kampung kan.

By the way, dari pengalaman Fiza tanam pokok sirih gading ni semuanya hidup sihat dan dah berpasu-pasu dah Fiza propagate. Sejak kenal dengan sirih gading lah baru lah Fiza rasa macam hebat pulak menanam pokok ni. Padahal dulu selalu set dalam kepala ni tak boleh tanam pokok sebab tangan panas. Istilah yang orang selalu sebut kalau tak pandai tanam bunga.

Tapi sebenarnya semua orang boleh tanam bunga. Kan? Cuma kena ambil tahu dulu jenis pokok dan cara penjagaan dia. Paling penting pokok tu boleh disesuaikan dengan cuaca dan persekitaran rumah kita. Contoh macam kalau beli bunga kat Cameron Highland tu.

Mostly bunga dari sana dah biasa hidup sejuk tapi bila kita bawa balik. Tak pernah nak hidup elok kecuali bunga kaktus sebab pokok kaktus ni jenis 'hard to kill' juga macam snake plant juga. 

Scindapsus Pictus/ Scindapsus Pictus Argyraeus/ Scindapsus Pictus Silver Satin

Terberkenan dengan pokok hiasan seperti daun keladi yang bertompok-tompok warna perak (silver) ni. Bila tengok terasa macam memanggil manggil je suruh di beli. Scindapsus pictus ni daun dia macam tebal sikit daripada golden pothos tu. 


Selain tompok-tompok tahi unta tu, daun dia kalau dilihat secara dekat nampak macam berkilat kilat dan macam baldu. Sangat cantik untuk ditatap. Dari jauh nampak cantik, kalau dekat apatah lagi.



Cara Tanam 

cara tanam pokok sirih gading ni mudah je. Potong batang yang dah berakar sikit tu dan letak je dalam air. Lama lama nanti dia akan berakar panjang dan tumbuh tunas daun baru. Boleh dijadikan sebagai dish garden. Nak cantik lagi letakkan batu batu atau crystal gel. Boleh klik label tanaman kalau nak tahu banyak lagi tentang tanaman yang Fiza kongsikan.

Pokok jenis macam ni dia akan menjalar dan cantik untuk hiasan dalam atau luar rumah. Kalau letak luar rumah kenalah tanam dalam pasu yang bertanah. Sama juga caranya pembiakkan melalui keratan batang.

Cara Penjagaan

Kalau letak dalam balang air, hanya pastikan air sentiasa ada dan secukupnya. Kalau diletakkan di luar, letakkan di tempat yang redup. Jangan letak direct bawah matahari takut daun dia melecur disebabkan panas. Nak daun dia rimbun cepat, letakkan baja.

Kebaikan tanam pokok ni sama macam Kebaikan pokok snake plant juga yang membuatkan pokok snake plant semakin popular sekarang ni kan.

Ehhh lupa pulak. Harga pokok scindapsus ni RM12 kalau tak silap di Seremban Lanscape and Nursery.

Jenis-Jenis Scindapsus

Credit photo : aaronapsley.com

1. Scindapsus Exotica
2. Scindapsus Argyraeus
3. Scindapsus Jade Satin
4. Scindapsus Silver Splash
5. Scindapsus Silvery Anne
6. Scindapsus Silver Lady

4 comments

  1. semakin popular yer tanaman ni sekarang.
    nak buat koleksi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..kita lama dah terjebak. saja into the scene sekali musim viral ni.

      Delete
  2. lawanya bila tengok dekat2 tu fiza...budak2 rumah ni pun dah plan nak tambah pokok lak dalam rumah ni ha...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.