Hello June

Monday, June 01, 2020

Hello June! Rasa lemau nak update blog lepas raya ni. Tak tahu lah kenapa. Itu yang lama menyepi tu. Media sosial pun lama tak berupdate. Jemu agaknya asyik menghadap je kan. So bulan baru ni kita kembali update apa yang patut. 

Masa bulan puasa, ada jugalah modal nak update blog dengan menu berbuka puasa. Lepas habis puasa, tak tahu nak cerita apa. Nak cerita raya sebulan pun, raya kita tahun ni macam sehari je mood dia. Aduhaii mood, cari pasal pulak dia tenggelam timbul. 

Harap-harap bulan June ni dapatlah bangkit semula mood tu kembali aktif macam biasa. Dan harap jugalah PKPB dapat rentas negeri. Banyak urusan tergendala dan harap juga dapat balik kampung. Tak pernah-pernah lama tak balik kampung. Paling lama tak balik kampung pun sebulan. Ini dah masuk 3 bulan tak balik. Bertabah lah wahai hati...


Live in the present. Count every blessing because
TODAY is the 'tomorrow' you worried about 'yesterday'.


Be grateful for what you have
because someone else is praying
for the things you take for granted.
Now, read that again.

28 comments

  1. Hello, moga sentiasa diberi semangat nak update . Haha kita pun lemau tak tau nak update apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah..jomlah kita semangat sama-sama Aien.

      Delete
  2. Samalah waktu Syawal ni tak tahu nak tulis apa. Tulis jadi kelawar jerla kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..nak cerita kelawar pun tak tahu nak menulis apa..hihi

      Delete
  3. Kejap dah setengah tahun kan....masa pantas berlalu...
    Selamat hari raya Fizah..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..tup tup nanti dah tahun baru. Selamat hari raya kak :)

      Delete
  4. Tak sedar, Jun sudah masuk hari kedua... moga segala semangat yang lari, datang balik heheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..semuanya pantas berlalu. Harap harap cepat sikit lah dia datang..banyak nak catch up ni.

      Delete
  5. sgt suka falsafah bulan june tu, smoga after 9 jun PKP berakhir boleh lah balik kpg kan, just sentiasa stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka juga. Harap begitulah. Ada juga peluang nak balik kampung selepas lama tak balik kan.

      Delete
  6. tak sabar tunggu julai
    In Sha Allah PKP dah tak ada waktu tu
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julai macam lambat lagi sebab baru masuk June. Harap PKPB June ni ada syarat baru boleh rentas negeri.

      Delete
  7. insyaAllah.. arap sumenya blh kembali seperti bse..
    blh blk kg.. =')

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya sis azhafizah =). hehe betul la banyak yang tergendala, tak lama lagi akan pulih inshaAllah.. cantiknya gambar2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Silah.
      Harap begitulah. Aaminn..
      Terima kasih.

      Delete
  9. Semangat menjalani bulan Juni, semoga bulan ini kita tetap semangat update ya.
    Dan semoga ada kabar baik tentang pandemi covid-19 di bulan ini, aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah ada semangat update blog dan ada berita baik tentang covid-19 ni. Aaminn

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.