Bila Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Wednesday, March 25, 2020

Bila dengar perutusan daripada Perdana Menteri hari ni, rasa macam tak tahu nak kata apa dah. Speechless. Bila PM sendiri dah umumkan extend tempoh PKP sehingga 14 April 2020, kita dah boleh agak dah virus Covid-19 yang melanda Malaysia masih belum dapat dikawal lagi walaupun dah seminggu tempoh PKP berlalu. Setiap hari kes bertambah dan setiap hari juga ada kematian. 

Kita yang kena duduk ni duduk diam-diam je lah kat rumah dan bersyukur dapat duduk di rumah buat apa yang kita nak, makan dan berehat. Sedangkan mereka yang kena bertugas terutamanya frontliners di Hospital tu kena kerja dalam tempoh yang lama. Dengan tak cukup rehat, tidur, makan dan paling sedih mereka tak dapat jumpa dan spend time dengan keluarga. Bersyukurlah dapat duduk rumah.


Pandanglah dari sudut positif. Boleh buat bermacam-macam kerja di rumah. Selagi kita duduk rumah ni boleh bantu Malaysia. Why not kita duduk rumah diam-diam. Dalam masa yang sama, sedih juga mengenangkan nasib ekonomi sendiri terutamanya yang berniaga/bekerja sendiri. Runsing memikirkan tentang perbelanjaan akan datang.

Masa inilah kita kena jadi lebih bijak mengawal, mengatur segala apa yang dibelanjakan. Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apa yang baiknya sebab dapat berkumpul dengan orang tersayang, dengan keluarga mengeratkan lagi bonding tu. Dalam masa yang sama juga teringin juga keluar ambil angin luar, rasa otak dah tepu duduk dalam rumah dalam tempoh yang lama.

Apapun jangan stress, risau pun kena berpada-pada juga. Takut terlampau risau lain pula jadinya nanti. Banyak cara boleh happykan diri kat rumah. Memasak, bersenam, bercucuk tanam, menyanyi, menjahit, kemas rumah dan macam-macam lagilah. Janji tak keluar berfoya-foya kat luar. Banyak cara untuk hiburkan diri. #StayAtHome #KitaJagaKita

Jangan lupa juga doa supaya kita sentiasa dilindungi Allah SWT, kuatkan semangat kita dan semoga Malaysia bebas Covid-19. Kuatkan juga para frontliners yang berusaha keras merawat pesakit covid-19. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jalankan tugas kita sebagai individu dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Semoga virus covid-19 terhapus segera. Aaminnn...




18 comments

  1. Saya masih kerja..sebab bahagian pengeluaran makanan... Bertambah risau jugakk..jealous tengok mereka yang berkurung... Best jugaklaa..macam macam leh buat..berat dah naik niii...so dapat balik keje awal, lehla senam senam kat rumah..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan segala urusan. Satu perjuangan juga tu Nona. Stay strong okay!

      Delete
  2. Fuh,, mata dah naik juling tengok dinding. Nasib dapat layan drama, sampai terbayang enaknya dapat keluar bersantai piknik. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai juling Aien. Layan drama sampai lebam takpe.. Sesekali keluar kejap ambil angin luar.

      Delete
  3. Semoga wabah ini bisa lekas membaik dan bisa beraktivitas lagi seperti biasanya

    ReplyDelete
  4. sedih kena duduk rumah..sebab ganggu aktiviti di U...tak pasal2 kena buat kerja on9 ..tak pun boleh jadi extend..serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sedih kita kena akur ikut demi keselamatan semua. UiTM pun dah extend 1 sem terus.

      Delete
  5. tabahla kawan2 semua rakyat marhaen.. ini adalah untuk kebaikan kita semua.
    semoga ujian ini cepat berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn...bertabah sepanjang tempoh PKP ni. Kena extra sabar :)

      Delete
  6. woke up that day just to know that there's 20 more days to go. wow oh wow.
    today has already been the 10th day and that means there's 18 days left. fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh..marilah kita meniti hari hari yang positif 18 hari lagi.

      Delete
  7. Bila dapat pengumuman ini tak tahu nak rasa apa.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. insya'Allah...mudah-mudahan cepatlah semuanya berlalu...

    sebelum ni kita rasa masih selamat dan ok je bila belum ada kematian, tapi once dah ada death, ia jadi pemula kepada kematian2 seterusnya, sangat2 kesian kepada yang dah berusia...moga Allah jaga kita semua...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.