Campak-Campak Bahan Jadilah Black Pepper Chicken

Thursday, February 06, 2020

Bila masa lapar kat rumah, mesti kena fikir masakan yang simple-simple je janji perut kenyang sudah. Telur goreng, maggi tu dah biasa sangat. Naik boring pulak kalau menu telur je. Nak makan meggi, rasa macam baru je masak meggi goreng. Teringat pulak ada stok dada ayam dalam peti ais. Bolehlah potong-potong campak-campak dalam kuali jadi black pepper chicken atau nama kampung dia Ayam masak lada hitam.

Chicken Black Pepper


Dalam dok fikir ayam tu nak masak apa, kebetulan ada capsicum lebih masak spaghetti. Husband terrrbeli lebih. Alang-alang ada lebih dan mungkin akan membazir sebab tak tahu nak masak dengan apa selain masak spaghetti, so teruslah terfikir nak masak ayam black pepper jela. Senang pun senang iye tak?

Chicken Black Pepper Masak Cara Fiza

Siap defrost ayam dalam microwave, basuh dan potong-potong ayam nipis-nipis supaya cepat masak nanti. Gaul dengan garam sikit dan serbuk kunyit. Panaskan minyak 2 sudu lebih kurang macam tu. Guna minyak sikit je tak perlu banyak-banyak okay. Bila dah half cook, masukkan lah hirisan bawang merah, bawang putih dan black pepper. Dah agak-agak layu dan nak masak tu barulah masukkan potongan capsicum dan last sekali letak sesudu sos tiram dan kicap sesudu. Siap!

Ni namanya menu campak-campak je siap. Senang je. Kalau guna dada ayam dan potong nipis-nipis lebih cepat masak dan lebih senang nak makan. Juicy dan kurang lemak. Kalau untuk diet lebih sesuai grill, dan bahan lain tabur je jadikan salad. Ikut citarasa masing-masing lah kan. Ni kalau dah lapar dan nak cepat, campak-campak camni pun jadi sedap.


25 comments

  1. Nyumm makan dengan nasi panas, pasti terangkat 😍

    ReplyDelete
  2. air tangan sendiri ..memang sedap..kebersihan terjaga..

    ReplyDelete
  3. Yang campak² tula yang sedap. Serius! Suami akak salu kata gitu. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kalau suami jenis suka makan simple² sedap je :)

      Delete
  4. Replies
    1. Betul tu kak..apa yang ada kita campak-campak je. Janji sesuai dengan menu :)

      Delete
  5. Ya Allah, menduga betul tengok lauk Fizah..
    Jelas mata memandang macam terhidang depan mata tinggal suap jer..
    Tengok gambar pun rasa sedap.. ;)

    ReplyDelete
  6. Nyum.. nyum mkn plak dgn nasi panas2. Menambah lah jawabnya 😄

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Fiza. Baru teringat hari ni birthday Fiza.

    ReplyDelete
  8. betol fiza.. masak campak2 mcm ni pun sedap

    ReplyDelete
  9. Teman hari tu try la jugak campak-campak... Tapi jadi lain la pulak... kikikiki...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.