White Anthurium

Tuesday, January 07, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Balik kampung tak sah kalau tak membelek-belek segala pokok-pokok bunga mak. Sedap mata memandang tengok hasil tanaman mak menjadi je semuanya. Pokok bunga pun seronok je hidup kat kampung. Tanah luas dan hidup pun lebih bahagia daripada duduk dalam pasu je. Kat bandar ni faham sendiri lah laman rumah yang tak berapa nak luas dan tak berapa nak ada tanah. Tanam pun tetap kena dalam pasu. 

Bila dah membelek tu, tak sah juga tak berkenan. Ada je berkenan dan mana yang mudah nak ambil benih tu siap-siap minta kat mak. Mak pun siap suruh bawa pasu sekali. Haa, sekali pakej pasu mak bagi tu. Itu kalau ada extra bunga dalam pasu lain. Terperasan ada satu spesis pokok keladi tu dah berbunga. Bunga pun satu je. Namanya White Anthurium. Cantik bukan?


Sempatlah shoot white anthuriuam tengah mekar kembang ni. Kalau berbunga banyak lagilah cantik. Pokok bunga spesis keladi ni memang cantik-cantik kan tapi macam susah jaga je. Kena letak tempat yang redup je. Tak boleh letak tempat panas yang terus kena cahaya matahari.

Agak leceh juga nak jaga pokok ni. Tapi spesis anthurium ni boleh juga letak dalam balang air kalau malas nak tanam guna tanah. Nak cuba jugalah cari yang jenis renek dan warna merah letak dalam balang kaca pun cantik buat indoor plant sebagai dekorasi dalam rumah. Okay juga idea ni kan?
With Love, Sihatimerahjambu

62 comments

  1. Replies
    1. Warna putih ni agak rare sikit. Biasa warna merah tu

      Delete
  2. Rupa macam ular sawa pun ada.
    Selalu Mrs. A tengok yang color merah tu white pun cantik juga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sekali imbas nampak bentuk tu. merah biasa nampak. putih je jarang nampak :)

      Delete
  3. Memang cantik. Nanti kat dalam rumah pun macam taman bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam rumah mak belum ada tanaman lagi. Semua kat luar rumah je kat laman :)

      Delete
  4. Ooo bunga yang cantik ni White Anthurium namanya ye. Tapi saya pernah tengok yang warna merah punya, spesis yang sama kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg merah tu anthurium jugak kak. cuma beza warna je.

      Delete
  5. akak pun sama, mana pokok yang cantik suka amil gambar, tapi mak akak paling suka bunga puding.. macam-macam jenis dia da tanam... cumanya bila nk tanam sendiri asik la tak idup2

    ReplyDelete
    Replies
    1. puding tu memang favourite mak mak suka tanam. mudah tanam dan daun pun cantik cantik. kat kampung semua menjadi kak..dok tanam kat bandar ni susah betul nak hidupnya.

      Delete
  6. Lawanya kak. Ada bukak kelas fotografi ke? Gambar semja lawa. *envy*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aien. Kita ikut angel yang mana nampak cantik je ni.

      Delete
  7. bagos fiza suke menanam.. sy pon suke tp xreti jg pokok..
    byk dh pokok mati sy tanam depan lab.. aduhai.. kesian pokok.. haha

    ReplyDelete
  8. Seronok kalau ada laman luas. Mcm2 boleh tanam kan. Cantik pula hasilnya mcm bunga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kampung memang seronok ada tanah luas. boleh tanam macam-macam

      Delete
  9. okay sangat idea ni, segar mata memandang dibuatnya walaupun dalam rumah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mata memandang pokok pokok ni. silakan cuba idea tu :)

      Delete
  10. okay ni mmg first time tahu pasal anthurium. i like my morning read here.
    i've never really seen this anywhere.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi nursery ada banyak jenis dan warnanya :)

      Delete
  11. pernah bela white anthurium ni dulu. mak mertua bagi. tapi sayang naik kulat putih2 tu sampai jangkit pokok lain. solutionnya buang je la pokok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii sedihnya.takde rezeki nak tengok pokok tu membesar kan.

      Delete
  12. waalaikumussalam. subhanallah. cantiknya lah bunga dia ^_^

    ReplyDelete
  13. Kalau balik kampung memang macam-macam benda nak dibelek.....anyway gambar cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..aktiviti bila balik kampung.Terima kasih :)

      Delete
  14. Ohh boleh hidup dalam air je ya.. Hhmm menarik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni ditanam guna tanah letak dalam pasu. kalau untuk indoor kalau xnak tanam guna tanah, boleh gunakan air ganti tanah. Letak dalam balang kaca lebih cantik

      Delete
  15. Apa jenis pokok untuk indoor plant ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sansevieria, golden pothos, anthurium dan banyak lagi. boleh cuba google

      Delete
  16. Sekali tengok macam lain. 2 kali tengok baru nampak betul rupa dia. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sekali imbas macam binatang yang berbisa tu kan. anthurium ni sangat cantik kalau berbunga :)

      Delete
  17. That's a really good idea. Kalau warna merah lagi lawa.
    Jenis yang rajin menjaga ni seronok kalau gardening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, merah lagi menyerlah. Seronok kalau menjadi. kalau kurang menjadi agak stress juga

      Delete
  18. Eh, samalah. Harini mak tunjuk pokok bayam brazil, mata ayam dengan ginseng. Siap bawak balik biji benih pokok keembong dengan batang pokok mata ayam untuk tanam kat rumah..

    ReplyDelete
  19. mmg seronok kalau tgk bunga bungaan cantik...riettta sgt suka....cantik bunga tu...ini lah baru pertamanya tahu namanya...

    PS: dah selamat kembali ke sekolah, sekejap je cutinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua spesis anthurium sangat cantik bila kembang macam ni :)
      kita tahu pun sebab menggoogle juga namanya. jenuh cari.

      Delete
  20. Pokok-pokok bunga memang cantik. Tapi bila bunga mula nak layu and jadi hitam-hitam tu sangat spoil pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spoil pemandangan dan juga boleh buat stress juga tengok. huhu

      Delete
  21. assalamualaikum
    pertama sekali nak minta maaf sebab lama tak jenguk sini... insya allah lepas ni saya akan kembali fokus pada blog sama seperti sebelum ni.
    seperkara lg, jangan LUPA TERJAH LINK ni ya!

    http://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    there's something special for u!

    ReplyDelete
  22. Di Indonesia awal 2000an ini populer sekali. Banyak yang invest untuk mengembangbiakkan. Eh gak lama pasarannya memudar

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kurang demand dan orang pun dah kurang tanam.

      Delete
  23. sekali tgk cam ular tedung 😁
    spesis anthurium slalu cantik2 tapi tu lah mmg ssh nak jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rupa dia nampak begitu sekali imbas. dia kena letak tempat redup baru dia okay

      Delete
  24. pertama kali aku tengok bunga macam ni ohsome terimakasih telah berbagi hal ini

    ReplyDelete
  25. cantik gmbr..kena jaga yg btul tu sbb tkleh ltk tmpt panas yg trus kena cahaya matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Ye, betul tu. ni mak letak kat tempat redup bawah pokok :)

      Delete
  26. trend skrg bunga ni dh dibuat bunga tangan.. cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ye? biasa nampak macam spesis bunga lily tu. cantik juga kan buat bunga tangan

      Delete
  27. cantik bunga ni, macam nina mads cakap tu...sekarang ramai buat bunga tangan untuk majlis kawen or tunang...

    ReplyDelete
  28. tak pernah tengok pookok ni..
    teringat plak sejenis yang macam daun tp bunya..
    warna merah ada tiang jugak tengah2 dia..

    sama spesis ke mereka ? merah n putih..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.