Main Sahibba Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

Monday, December 09, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Fuhh...semalam pergi IKEA Cheras penuh sesak dengan umat manusia. Nak masuk parking pun full, sudahnya parking dekat MyTOWN lah jawabnya. Itupun syukur dapat parking dekat dengan entrance escalator. Nak masuk parking pun, mesin tiket rosak. Maka staff lah kena hulur sendiri satu persatu pada setiap kereta yang masuk.

Almaklumlah cuti sekolah kan. Pula tu hari ahad, memang penuh sesak. Faham-faham lah sendiri. Lagipun masa cuti sekolah ni lah nak bawa anak-anak satu family jalan-jalan. Sesak tu memang perkara biasa lah. Hari-hari pun sesak juga. Cuma cuti sekolah extra sesak sikit. Bagi yang malas nak bersesak tu, boleh je buat bermacam aktiviti kat rumah dengan anak-anak. 

Matilanak bila huruf vokal terlebih ni

Salah satu contoh, main sahibba. Bukan sekadar main suka-suka tapi boleh meningkatkan daya fikir anak-anak. Seronok pula haritu balik kampung main sahibba versi kanak-kanak dengan anak-anak buah. Versi kanak-kanak ni board dia kecil dan huruf pun tak banyaklah. Kalau orang dewasa main memang cepatlah habis satu pusingan game tu.

If you are looking for baby gifts, be sure to check out Lovingly Signed

Paling untung kalau dapat banyak huruf vokal A sebab huruf A ni markah dia lebih banyak. Kalau buat perkataan panjang sekalipun kalau tak ada huruf A memang tak menang. Jenuh Fiza buat perkataan panjang². Sudahnya tak jadi juara juga. Huh! Dah lama tak main sahibba ni sebenarnya. Mencabar minda sungguh kalau dapat huruf yang susah nak dibuat perkataan atau sambung daripada huruf yang ada atas board tu. 


Permainan sahibba ni aktiviti santai sambil berfikir yang menyeronokkan. Sesekali lupakan gadget tu, main sahibba pun seronok juga. Boleh repeat nak main lagi selagi tak pegang title juara. Haa Fiza lah tu. Sampai 3 kali menang baru puas hati. Haha, tak pasal anak buah kena melayan mak buah pula. Okaylah tu, at least tak leka menghadap gadget je kan. boleh juga belajar perkataan baru. Bila seronok main sahibba, terasa macam nak beli sahibba pula. Hei, pengaruh sangat tau!

With Love, Sihatimerahjambu

50 comments

  1. Bestnyaaa anak-anak buah reti main games nie .
    Nowadays budak-budak mana reti main games macam nie dah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah dah form 1. Okay lagi lah. kalau below standard 6 tu selalu kena buli lah. Hihi..kena ajar baru pandai macam tu :)

      Delete
  2. bagus mainan ni.. boleh build up vocab

    ReplyDelete
  3. Saya dulu takut mencuba. Tapi bila di tempat kerja, ada staf yg bg sokongan..
    saya mula main scrabble. Awal2 tu memang asyik kalah je, vocab teruk dan tak reti sangat peraturan permainan.

    Tapi bila dah lama2, byk trick dan vocab yg kita tak pernah tahu pun (bahasa inggeris kan). So sekarang tak takut lagi nak main, even tak menang tapi boleh bagi cabaran juga pada pesaing.

    bagus. Game ni bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. scrabble lagilah mencabar sebab english kan. Betul, bila dah banyak kali main rasa macam mencabar diri sendiri untuk lebih bagus.

      Delete
  4. dulu ada season tu gila main Words kat phone, mcm shahiba gak cuma dia online, celen dgn kwn2 tapi aku mmg fail lah selalu nya
    best anak2 buah masih suka main game manual camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada ke? macam menarik juga main online..memang jenuh nak fikir kan. tapi itulah lagi seronok main ramai-ramai manual macam ni.

      Delete
  5. Masa sekolah suka main sahibba. Sampai penuh board. Memang addicted sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali main memang rasa nak main lagi..lagi seronok kalau board besar dan banyak huruf kan

      Delete
  6. Game vocab begini bagus untuk kecerdasan otak.

    ReplyDelete
  7. intinya harus mengumpulkan banyak huruf vokal ya, A,I,U,E,O biar puas dalam merangkai kata2 betul kah ? hahahaha, saya juga belum faham mainan ini sepertinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huruf vokal A paling banyak markahnya. Kalau ada huruf vokal A banyak dan pandai buat perkataan banyak A sangat untung. Cara permainannnya boleh dibaca pada kotak board yang disediakan :)

      Delete
  8. menarik sangat sebab untuk kanak-kanak lebih santai untuk anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik dan bagus juga kalau anak anak ada minat untuk main. Boleh generate otak mereka untuk buat perkataan.

      Delete
  9. Rasanya dah berbelas tahun tak sentuh sahiba ni.. nak main pun tak ada geng.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..lama sungguh tak jumpa sahibba ni. sekali anak anak buah ada board, terus ajak main

      Delete
  10. Replies
    1. sangat lama..last main zaman sekolah rendah kalau tak silap

      Delete
  11. ingat lagi dulu lepas sekolah je mesti p rumah kawan utk study sesama, padahal sahibba je lebih hahahaha.

    best sahibba nih, boleh asah skill mengeja apa semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. main sahibba ni boleh terleka sat kan. seronok main berlawan siapa lagi hebat buat perkataan

      Delete
  12. Ini seperti scrable tapi bahasa Melayu yah

    ReplyDelete
  13. Rabia simpan lagi sahibba ni. Lama tak main heheh.

    ReplyDelete
  14. Suka jugaak main sahibba ni dulu, sekarang dah jarang hah main sahibba.

    ReplyDelete
  15. best main sahibba! rindu plak nk main ngn kwn2..

    ReplyDelete
  16. dah lama rasanya tak main permainan ni tau...anak-anak jaman now masih reti ka nak main permainan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak anak jaman now ada je yang pandai main sahibba. itupun kalau mak pak depa belikan sahibba atau pernah main dengan kawan kawan ke.

      Delete
  17. selain boardgame Saidina, yang ni pun saya suka jugak. Selalu main zaman sekolah dulu lepas habis exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saidina pun seronok. Boleh buat gaduh kalau main tipu. Haha

      Delete
  18. lama tak mainnn. dulu selalu main dengan sepupu dekat rumah nenek heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainan macam ni dah lama dilupakan. sesekali main balik teringat nostalgia lama kan. Boleh cuba beli dan main semula :)

      Delete
  19. main scrabble ala melayu ya ini. agak beda kebutuhan jumlah hurufnya kalau dibanding yang versi english

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. Scrabble malay version dan berbeza keperluan hurufnya

      Delete
  20. Lama dah tak main SAHIBBA nie... Bukan apa, bila main dengan anakanda nie, cepat benor dia give up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..budak budak memang cepat giveup. Lagi lagi kalau tak dapat buat perkataan tu

      Delete
  21. omg lama sgt x main sahibba. last main ni masa secondary school i think.
    wow wow wow how time flies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kena beli dan main semula kembalikan nostalgia dulu² :)

      Delete
    2. itu la. i hope my friends still enjoy them

      Delete
  22. minat main ni.
    ari tu beli set saidina baru. ptg td main dgn anak2.
    sahibba ni pun akan beli, fiza.
    tingkatkan kosa kata. kamus kena ada kat sebelah la ni ekk :)
    permainan keluarga yg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. tingkatkan kosa kata dan aktiviti yang menarik untuk family :)

      Delete
    2. last sunday, main scrabble kat umah kakak, fiza.
      kebetulan ada scrabble.
      aduhai. perah otak main dgn anak2 buah :)
      sampai keluar la dictionaries.
      kelakar...

      Delete
  23. best main sahibba bole menguji minda..kecik2 ada la main

    ReplyDelete
  24. Lama betul tak main Sahibba nie.. bagus untuk asah minda anak2..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.