Imbasan #bestnine2019. Struggle Is Real!

Tuesday, December 31, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tengah counting hours ke tu? Fuhhh... Nak masuk tahun baru dah. Nak mengimbas setahun 2019 tersangatlah banyak dari January sampailah hari ni. Jadi, buat rumusan je lah untuk tahun tersangatlah struggle dalam semua hal. Sejak bertukar kerajaan ni terlalu banyak perubahan dan banyak budget yang telah dikurangkan. Maka, terkesan juga dengan hal tu. Tambah lagi dengan perbelanjaan dan harga barang yang semakin naik tak turun turun tu. Suara rakyat, siapa je yang ambil peduli kan.

Maka, ber huhu je lah kita meneruskan kehidupan. Selagi usaha, inshaAllah ada rezekinya. Tahun ni sekali lagi di uji dengan hal family, abah semakin lemah disebabkan kanser dah semakin merebak. Hari hari doa supaya abah diberikan kekuatan dan Allah kurangkan sakit abah.  Semoga abah kembali sihat. Aaminn..Hari hari mengadu sakit, tak boleh tidur dan macam-macam lagi lah. Fahamlah orang sakit ni mood dia akan berubah-ubah bila datang sakit menyerang tu. Kita ni kalau tak dapat balik kampung, mood kita pun akan terkesan sekali.


Yes, struggle is real untuk 2019 ni. Bestnine pun dipenuhi dengan produk review je. Mostly produk Althea je lah. Nama pun Althea Angels kan. Sejak beberapa bulan lepas Fiza tak kerap sangat buat produk review sejak Althea Angels sepi. Entah lah, kalau dapat offer melalui email untuk review produk skincare dan supplement Fiza agak memilih. Agak-agak produk yang tak selamat digunakan tu memang taklah Fiza nak review. Dan kalau yang hanya bagi produk tanpa bayaran tu, tolak tepi lah sebab kerja perlukan bayaran juga. Terpulang pada masing-masing lah. Fiza bercakap bagi diri Fiza je. 

Sampul duit raya tu tahun ni sangat menggembirakan lah sebab tempahan paling banyak dan berpeluang masuk paper online dan juga akhbar bercetak tu haa. Popular sekejap! Sampai tak cukup tangan dan tak cukup rehat membuatnya. Alhamdulillah, tempahan berjaya dibuat sebanyak 3000 lebih sampul duit raya tahun ni. Jenuh tak jenuh nak buat manual tu. Potong dan lipat sendiri bukan guna mesin tapi guna tangan sendiri. Syukur husband ada membantu. Ye lah, susah senang bersama kan.

Eh, terpanjang pulak ceritanya. Banyak rupanya nak diceritakan ni. Ingatkan nak cerita pendek je. Haa itulah bila perempuan dah mula mengarang ayat, serupa membebel kaedahnya. Okay, itu je lah kot rumusan imbasan untuk 2019. Harap tahun depan tak struggle macam tahun ni dan harap ada berita yang menggembirakan.

With Love, Sihatimerahjambu

29 comments

  1. Semoga ayah fiza cepat sembuh dan diberi kekuatan serta kesabaran untuk menempuh segala ujian dari yang Maha Esa..bye 2019 welcome 2020

    ReplyDelete
  2. Semoga ayah Fiza sihat dan sembuh semula. Amin.
    Haah ada baca dalam suratkhabar betul pasal Fiza buat sampul raya.
    Semoga ceria dan sukses 2020. Amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga ayah fiza dikurniai keafiatan serta kesembuhan
    Aamiin

    ReplyDelete
  4. semuga dipermudahkan.. aminn

    selamat tahun baru masihi 2020

    ReplyDelete
  5. Semoga ayah Kak cepat sembuh. dan sehat semula. Dan Moga tahun 2020 bawa lebih kemeriahan buat sis sekeluarga. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..mudah mudahan Allah makbulkan doanya. Terima kasih :)

      Delete
  6. Sha dari tadi nak karang ayat rumusan 2019 ni, tapi otak jem 😅. Takpelah kita baca rumusan orang je hehe. Selamat tahun baru 2020 Fiza & semoga Allah permudah dan makbulkan doa-doa 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jenuh juga nak merumusnya untuk setahun. Tulis mana yang ingat je sudah.

      Aaminn..Terima kasih :)

      Delete
  7. Semoga ayah Fiza teruskan berjuang ye sampai sembuh. Keep on blogging ye

    ReplyDelete
  8. Teman doakan Ayah Fiza di kurniakan kesembuhan... Yang penting sekali, Ayah Fiza perlu sentiasa positive untuk menerima rawatan... dan orang sekeliling pun perlu positive... Jangan sesekali down kan semangat ayah yg sedang sakit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn..Terima kasih atas doa. kami usaha sebaiknya dan semoga segala urusan kami Allah permudahkan.

      Delete
  9. semoga 2020 menjadi tahun yg lebih baik utk kita semua. aamiin.

    ReplyDelete
  10. semoga ayah fiza sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  11. Sama lah kita. Hanya produk yg diyakini je kak ana terima. Tu pun tgk tnc dia.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.