Tanam Semula Kangkung

Tuesday, October 08, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hari ni nampak cuaca macam panas sikit bila nak ke tengahari tu. Lately cuaca tak menentu kejap mendung nak hujan kejap mendung je tak hujan. Harini terasa bahang sikit dalam rumah. Mungkin sebab nak hujan kot. Kalau hujan lagilah best sejuk. Nak buat kerja pun lebih fokus dan selesa. Jimat elektrik juga tak payah buka air-cond. Bila cuaca panas ni turut bagi kesan yang buruk pada tumbuh-tumbuhan. 

Banyak hasil usaha tanaman tak menjadi bila tiba musim panas musim kemarau ni. Begitulah juga kalau Fiza tanam apa kat rumah dalam tanah (pasu) memang tak pernah nak hidup. Nak hidup pun ambil masa dan jenis pokok yang senang hidup je mampu bertahan sampai sekarang. Sebab tu lah Fiza sangat obses dengan tanaman kaedah hydroponik ni. Cara paling mudah dan mudah nak pantau.

Day #6 Kangkung

Kebetulan haritu beli kangkung segar. Pertama kali beli kangkung segar sebab beli waktu pagi. Biasa beli petang sikit dapat sayur yang tak berapa nak segar. Dah siap potong, tengok akar kangkung ni macam terfikir nak letak dalam air. Selang 2-3 hari pucuk baru dah mula tumbuh (gambar di atas hari ke-6). Excited tengok kangkung dah berpucuk baru. Setiap hari siram air dan ganti bila perlu. Check juga kalau ada nyamuk bertelur sebab bekas tak tutup. 

Saja suka-suka sebenarnya nak buat eksperimen pertumbuhan kangkung secara hydroponik ni walaupun bukan tanam daripada biji benih. Rasa seronok tengok pembesaran pokok macam tu. Ni nak tunggu besar boleh makan tak tahu lah macamana rupanya. Harap-harap hidup membesar sihat lah. Ada juga beberapa batang kangkung yang lecur dan mula mati. Kena pantau dan buang mana yang mati tu lah. 

Kalau rumah kat bandar ni jenis tanah luas memang Fiza bercucuk tanam je lah kerja nya. Tapi nak buat macamana jenis rumah kat bandar ni laman rumah pun dah tutup simen. Kena tanam dalam pasu je la kaedahnya. Takpun, cara macam ni je la letak dalam air. Mudah!

Update : 9 Oct 2019, 6:02 terpaksa buang kangkung ni sebab air dia busuk disebabkan banyak batang yang mati dan busuk. So tamat riwayat kangkung ni. 

With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. skrg ni kan cuacanya tgri panas terik petang hujan lebat....

    akak aritau rajin gk nanam daun bawang, hidup jugak tp tak tahan lama sangat lah...
    seronok bila mencucuk tanam dia hidup segar bugar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan kak..tak subur pokok² bila musim panas ni

      Delete
  2. mcm sy jgk la tanam pape msti xjd..
    stress plak rs.. haha..

    ni nt blh try tanam kangkung mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Harap hidup kangkung tu. Nanti bagitahu kalau dah dapat hasil.

    ReplyDelete
  4. boleh je buat gitu ye? selalu dpt kangkung sekali dgn akar...ammi potong je akar tu pastu dushhhh masuk tong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. tapi mungkin kena kaji dulu cara yang lebih betul

      Delete
  5. bolehlah dtg nnt mkn kangkung goreng belacan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..tapi kena beli kangkung baru lah sbb yang ni kurang berhasil..hihi

      Delete
  6. hahaha sama lerrr...rumah kita pun dah bertutup simen sepenuhnya....semua tanam dalam pasu...tak best....adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangatlah tak best bila tanam dalam pasu ni. hidup tak hidup je

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.