Rezeki Penutup Oktober, Adsense Lebih daripada 100USD

Thursday, October 31, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Blog personal Fiza ni yang niche dia tak tetap pendirian agak mencabar nak dapatkan earnings adsense yang lumayan. Nak fokus pada satu-satu niche tu bukan lah mudah. Kalau nak fokus pada resepi masak memasak boleh je tapi macamlah hari-hari memasak benda yang lain. Kadang kita ni rotate menu yang sama je. Sekali sekala je masak menu yang berbeza. Bila rajin ambil gambar je baru masuk dalam blog.

Alasan je kan! Padahal boleh je. Tapi yelah, kena sedar kemampuan diri dengan masa dan kerja lain. Makanya, kita fokuskan pada blog yang satu ni je. Bukan Fiza tak ada perancangan pun. Ada perancangan nak fokus niche masakan. Dah siap pun blog masak cara Fiza. Tapi itulah tak berupdate sebab tak berapa nak ada masa. Jadi, semuanya disatukan dalam blog yang ni je lah. 

Performance blog ni ada pasang surutnya kan. Kejap traffik okay kejap traffik merundum. Semua tu memberi kesan juga pada earnings adsense dan pengiklanan yang lain juga. Selama letak adsense ni biasanya 2 bulan sekali baru capai had untuk dapat payment. Kadang tu sipi je lagi nak cukup 100 USD. Tapi tak dapat juga, sudahnya kena campur dengan earnings bulan depan barulah melebih had payment.


Alhamdulillah, rezeki penutup oktober adsense melebihi 100USD buat pertama kalinya dalam masa sebulan dan melebihi had juga. Bulan lepas hampir nak capai 100 tapi tak ada rezeki. Syukur sangat ada rezeki lebih bulan depan. Dalam zaman kos hidup meningkat ni memang kena ada duit lebih. Tak boleh nak rasa selesa sangat.

Hasil usaha yang berbaloi dalam sebulan dua ni kena gigih update dan juga rajinkan blogwalking untuk naikkan traffik juga. Lagipun rindu zaman blogwalking dulu-dulu. Sekarang ni buat semula tradisi zaman kemeriahan blogwalking. Give and take macam tu. Nak harapkan job projek review sahaja tak boleh lah. Lagi-lagi blogger yang 'stand alone' ni. 

Lagipun sekarang macam-macam syarat untuk projek review ni. Mana yang memenuhi syarat dan mana yang mampu Fiza buat je baru ambil. Yang banyak sangat syarat dan bayar kurang nak suruh buat macam-macam tu memang taklah Fiza ambil. Lagi satu, produk review kena pilih juga ye. Jangan sebarang ambil produk terutamanya produk kesihatan dan juga produk kecantikan yang timbang kilo tu. No! no! no!

Opss...terbebel panjang dan terlari tajuk! Fiza tak ada tips untuk naikkan earnings ni sebab tak arif dan anggap ni satu rezeki. Pening juga nak faham segala term dalam adsense ni. Kalau google cara nak naikkan earnings tu, nak memahami tu ambil masa. Apapun kena rajin dan usaha. InshaAllah ada hasilnya nanti.

With Love, Sihatimerahjambu

40 comments

  1. Wahhh...padu! Congrats sis, semoga terus success (^^,)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak.. rasanya ramai yg dah capai 100usd thn nie.. Alhamdulillah rezeki kan.. Semoga sentisa dimurahkan rezeki.. aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAminn..semoga dilimpahkan rezeki untuk awak juga. Terima kasih. Ye, betul tu. Ramai dapat dah.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah fiza,marilah kita support each otgher dan saling klik iklan.hehe

    ReplyDelete
  4. caya la fiza. 2 bulan sekali cukup 100usd. saya punya dah berapa lama, naik sikit2. tapi tak pernah lagi la cash out duit adsense ni. jenis update tak konsisten, mana adsense nak masyuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lama jadi banyak tu kak Fiez. kena usaha lagi next month

      Delete
  5. Alhamdulillah, tahniah fizah. Kalau nak lagi cepat income adsense, better buat vlog sekali kat youtube fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih wawa. Belum ada ilmu nak buat vlog. InshaAllah next project

      Delete
  6. Tahniah kak Fizah. Saya pun kadang-kadang dapat tawaran untuk mengulas produk, tetapi macam akak cakap, kena memilih juga.

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya.. TB dulu 2 bulan sekali dan kadang sebulan sekali dapat.. kali ni alahai.. macam 4 bulan sekali je sejak adsense suruh fix problem pasal ads text tu ke ye fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ads text yg mana ye TB? adsense ni kurang arif =__=' maaf ye

      Delete
  8. tahniah keran berjaya mendapat income Adsense dan layak untuk payout..

    saya cukup gembira mendengar berita gembira..

    saya akui juga awak memang rajin blogwalking dan setiap artikel yang saya tulis pasti ada awak yang komen..

    saya bahagia dan berterima kasih..

    moga-moga adsense awak jadi 1000USD setiap bulan..sedap juga tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn..terima kasih atas doanya. Moga En. Hanafi juga dilimpahkan rezeki yang besar juga. Aaminn

      Delete
  9. Wahh. Tahniahh..
    CR tak dpat nak cash out ag bulan ni.
    Kalau guna wire transfer dia caj kita byk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. tak pasti berapa dia punya percen. tapi boleh tahan juga dia punya susut tu

      Delete
  10. alhamdulillah. rezeki.. kalau adsense CT lagi merangkak. dala malas up entry hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      inshaAllah ada kerajinan nanti bolehlah update selalu :)

      Delete
  11. wahhhh banyak dah tuuu...

    tak dinafikan salah satu kunci kejayaannya adalah BW

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak fizah. alhamdulillah. rezeki. post kak fizah memberi motivation untuk saya terus berblogging. sama2 kita dapat memperoleh rezeki dari dunia blogging nie. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Yes, keep writing dan dilimpahkan rezeki dengan menulis. Aaminn

      Delete
  13. tahiah kak fiza. blog syu yg bru xbleh letak adsense lg sbb view kurang. sedih..

    ReplyDelete
  14. Waahhhh... hebat tu... Adsense teman nie, bertahun nak menunggu had pengeluarannya...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.