Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Membangkit Selera

Friday, October 25, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tak tahulah nak update apa lagi dalam blog ni. Fiza kehabisan idea dan modal nak update apa. Dan bila banyak gambar makanan dalam handphone. Maka, gambar gambar tu lah akan dijadikan cerita dalam blog. Untuk projek produk review bulan ni dah settle awal dah. Senang kalau kerja dah siap awal. Boleh fokus dengan kerja yang lain.

Pagi ni rasa nikmat dan selera makan tu bertambah sikit sebab husband dapat beli nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap. Biasa beli kat gerai kakak tu nasi lemak letak dalam polistren atau kertas bungkus coklat tu. Hari ni istimewa sikit dapat bungkusan daun pisang. Buka je bungkusan nasi lemak dah bau aroma daun pisang yang wangi membangkitkan selera nak makan bertambah.



Sudahlah nasi lemak kakak tu buat sedap, tambah pula dibungkus dengan daun pisang. Lagilah bertambah sedap. Cuma gerai kakak ni kadang buka kadang tutup. Nak beli hari hari pun belum tentu ada. Tapi tak adalah beli hari-hari. Pernah kecewa beberapa kali jugalah kalau teringin sangat tapi gerai kakak tu tak buka. Kejap buka kejap buka ikut suka hati dia sebab gerai dia kan.

Kedai nasi lemak depan Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof. (Masjid Qariah Sikamat)

Nasi lemak dia pun cepat habis. Kalau datang pukul 9 tu memang dah habislah. Pernah cuba beli nasi lemak gerai lain bila kakak tu tak buat gerai. Adalah dalam 3-4 buah gerai pernah cuba tapi tak sesedap nasi lemak kakak ni jual. Ada juga beberapa gerai jual nasi lemak gunakan daun pisang bungkus nasi lemak. Walaupun kurang sedap tapi bila dibungkus dengan daun pisang mungkin juga akan naik satu level sedap dia.

Kalau dapat nasi lemak panas lagilah sedap bau aroma daun pisang tu. Memang membuka selera sungguh la. Letak nasi biasa atas daun pisang pun boleh jadi sedap makan nasi tu. Duduk kampung daun pisang bersepah. Nak guna ambil je. Kat bandar ni daun pisang pun kena beli. Itupun kalau ada. Kalau ada pun harga dia mahal. Sebab tu lah susah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang kat bandar ni. Kalau ada tu memang terasa nikmat nasi lemak daun pisang tu kan.

With Love, Sihatimerahjambu

24 comments

  1. Kinah kalau dapat nasi lemak daun pisang ni memang tak pandang lain dah. Aroma dia pun lain kan. Tapi tula nak dapatnya dah susah sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii sampai tak pandang kiri kanan dah. hihi..memang sedap dia tu lain macam.fokus pada makanan je :)

      Delete
  2. Betol tu. Aroma dari daun pisang tulah membangkit selera.

    ReplyDelete
  3. Betul . kalau gerai tu punya makanan dah kena dengan tekak dan selera kita , memang kita nak beli dekat gerai tu je . Saya pernah rasa kecewa macam sis jugak , heheheh . Datang time teringin nak makan dekat sesebuah gedai tu tapi gerai tu tutup , Ya Allah rasa kecewa tu tak boleh bincang . Btw dah lama nak tanya , gambar-gambar dalam blog sis guna camera apa .? Semua gambar cantik-cantik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila teringin tak dapat tu memang kecewa sungguh. Terasa rasa nak makan selagi tak dapat kan. gambar product dan food guna handphone je. Kalau travel je guna gopro. Tq :)

      Delete
  4. Huhuhu laparrr nengoknyaa...mesti wangi aje kan bila makan nasi lemak tu...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila buka bau daun pisang tu memang rasa tak sabar nak makan :)

      Delete
  5. sedapnyaaa.. lama dh xmkn nasi lemak sbb kecik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. kadang kadang je merasa macam ni. Alhamdulillah

      Delete
  6. Susah nak jumpa nasi lemak ya g betul2 sedap. Kadang2 nasi dah ok sambal plak spoil

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kedai ni je ok. yang lain kurang menepati citarasa.

      Delete
  7. Yes, my mom also suka nasi lemak dalam daun pisang....favourite tuuuu~

    ReplyDelete
  8. daun pisang tu buat naik aroma nasi lemak tu

    ReplyDelete
  9. hanya satu2 nya nasi di dunia yg bungkus dgn daun pisang heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. Tapi indian style suka makan nasi lemak alas daun pisang. cuma tak bungkus lah :)

      Delete
  10. Sedapnyaaaaaa....kalau dapat sambal kerang ke sambal paru pun sedap kan....

    ReplyDelete
  11. Aroma faun Pisang Tu yg X boleh tahan tu

    ReplyDelete
  12. Bila masak sedap pasti menjadi tumpuan dan dicari lagi..
    Bungkus pula dalam daun pisang.. memang pergh!! lah jawab dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu kak sha. tapi itulah on off operasi kedai dia

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.