Lauk Legend Di Kala Susah Dan Senang

Sunday, October 20, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sejak zaman kecil lagi dah biasa dengan lauk kegend ni. Lauk bila mak dah pening tak tahu nak masak lauk apa. Takpun masak lauk legend ni sebab nak cepat masak. Ataupun stok lauk kehabisan barang dapur. Sebab tu ada yang kata lauk legend ni lauk bila dah hujung-hujung bulan macam tu. Bila stok makanan lain habis tak ada duit nak beli. Ye, kadang-kadang buntu fikir nak masak apa. Kadang masak apa yang ada je sementara beli stok barang dapur lain.


Tapi, lauk legend bukan di kala susah je. Di kala senang ada barang dapur lain pun masih juga masak lauk ni sebab kadang tu teringin nak makan kalau dah lama tak makan. Masa ni lah mengimbau semula kenangan mak kita masak-masak dulu. Masak ringkas-ringkas pun dah cukup buat anak rasa kenyang. Tambah kenyang dengan makan masakan air tangan dan kasih sayang seorang mak. Kan?

Mujur juga suami jenis tak cerewet bab makan kecuali makanan yang memang dia tak makan. Lauk legend ni juga kadang-kadang suami request bila isteri tanya nak makan apa. Senang kerja masak. Goreng telur sebiji dan letak kicap sikit. Alhamdulillah boleh buat kenyang perut senang hati. Silap-silap boleh bertambah nasi. 


Ada orang suka goreng semua sekali serentak. Jenis Fiza suka masukkan satu-satu. Goreng ikan bilis rangup sikit, baru masuk cili dan akhir sekali baru masukkan hirisan bawang merah. Bawang pun tengok jugalah. Kadang bawang besar kadang bawang merah kecil tu. Yang penting semua goreng garing baru sedap. Dan kena pedas semestinya. Orang johor dan negeri sembilan sama kuat pedasnya.

Nak pedas guna cili api kampung tu baru sedap. Kalau nak makan dengan kicap, tak perlu letak garam. Kalau nak letak juga boleh letak secubit je lah sebab ikan bilis dah masin dan kicap pun dah ada perasa. Jadi, tak perlulah tambah garam. Fiza memang jenis kurang garam dalam masakan. Garam pun guna garam bukit sebab lagi bagus katanya.

Bila kau dah biasa makan lauk kegend ni, tak ada hal lah kalau kat rumah kehabisan stok makanan atau bila tengah bulan tu. Ada barang dapur asas  macam bawang, ikan bilis, cili, telur dan kicap tu kira boleh nak survive lah. Tapi yelah, masing-masing punya citarasa berbeza. Ada yang suka makanan tradisional dan ada yang suka western.

With Love, Sihatimerahjambu

22 comments

  1. Haha baru je makan tadi tapi takde ikan bilis sahaja.

    ReplyDelete
  2. Hahaha betul. Makan macam ni pun boleh bertambah nasi.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat ngadap ikan bilis goreng + bawang n cili padi.

    ReplyDelete
  4. bagusnye kalo bini pandi mmasak.. ;p

    ReplyDelete
  5. Memang sedap dan simple..Dulu dianggap lauk ketika kekurangan budget tapi memandangkan harga ikan bilis pun boleh tahan..Dah tak jadi makanan murah2 kan :) Nasib baik telur masih mampu milik lagi. Apa pun lauk ni memang sedap dan semua orang suka. memang legend. Bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bilis dah mahal ni rasa nak letak ikan bilis banyak pun berkira..hihi.apepun alhamdulillah dengan nikmat rezeki makanan macam ni

      Delete
  6. dulu, kini dan selamanya... kalau duduk oversea pun koleh teringat2 kesedapan lauk ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh..kalau dok oversea dapat lauk ni pun dah nikmat dah

      Delete
  7. lauk darurat pun ye jugak kalau ada di zaman duduk asrama dulu hehehe

    ReplyDelete
  8. ini antara lauk yg suami ammi tengah ajar anak2...
    ammi memang tak reti makan lauk kering camni. jadi harap kat abah jelah yg ngajar anak..ammi tak sampai hati nak kasi anak2 makan lauk kering.

    ReplyDelete
  9. betul..kadang bila bosan dengan lauk lain, lauk legend nilah yang di cari... makan dengan bubur pun ok gak

    ReplyDelete
  10. lauk paling sedap dan boleh buat bertambah nasi berkali-kali.. hahaha..
    Stail Sha macam awak juga kalau goreng mesti satu-satu..

    ReplyDelete
  11. Lauk bahaya ni..bleh buat makan bertambah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..kadang pelik betul makan nasi cepat habis dan nasi rasa tak cukup.hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.