Intipati Belanjawan 2020. Apa Kata Anda?

Friday, October 11, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Ramai yang menantikan intipati Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh menteri kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat petang tadi. Sebagai rakyat marhaen dan bukan golongan bangsawan, sudah semestinya mengharapkan belanjawan untuk tahun depan lebih baik untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.


Tema Belanjawan 2020 adalah ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ dengan bertunjangkan empat teras utama dalam usaha untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan negara kerajaan.

Empat teras tersebut adalah :
Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dana Ekonomi Baharu dan Era Digital Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama.
Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam​​​​​​

Intipati Belanjawan 2020 

  • Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula GST.
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan perkenalkan kemudahan pembayaran tertunda bagi percepat proses pelepasan dagangan rentas desa.
  • Kerajaan akan bangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun.
  • Kesalinghubungan di kawasan pedalaman di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan untuk pasti tiada pihak terpinggir dalam era digital SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk sediakan akses jalur lebar menerusi teknologi satelit.
  • Kerajaan akan perkenal Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.
  • Sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk dana geran padanan secara bidaan bagi galak lebih banyak projek perintis aplikasi digital.
  • Kerajaan bercadang tubuh 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri untuk mudahkan akses pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
  • Kerajaan perkenal konsep Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) untuk tingkat keupayaan kerja masa depan dengan kemahiran digital.
  • Kerajaan Pakatan Harapan iktiraf potensi tinggi e-Sukan dan tingkat peruntukan sebanyak RM20 juta tahun depan.
  • Sebanyak RM200 juta disediakan untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil Risda dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
  • Kerajaan peruntuk RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 bagi tingkat pendapatan pekebun kecil sebanyak RM810 juta disediakan untuk jaga kebajikan masyarakat FELDA termasuk RM250 juta bagi program tingkat pendapatan 11,600 peneroka dan RM300 juta bagi hapus kira faedah pinjaman peneroka.
  • Sebanyak RM738 juta disediakan untuk laksana pelbagai program jana pendapatan lebih 3,000 pekebun kecil dan 10,000 peserta FELCRA.
  • Peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditingkatkan kepada RM4.9 bilion pada 2020 untuk tingkat pendapatan pengusaha pertanian.
  • Elaun sara hidup nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 sebulan kepada RM250 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM152 juta.
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk program integrasi tanaman bagi bantu petani, nelayan, dan pekebun kecil.
  • Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi yang akan beri manfaat kepada 1,200 petani.
  • Kerajaan tingkat peruntukan input padi sebanyak RM855 juta tahun depan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tingkat hasil padi.
  • Sebanyak RM43 juta disediakan untuk pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM11 juta menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk galakkan lebih ramai pelajar ke bidang STEM.
  • Kerajaan teruskan pemberian 50 peratus hasil cukai pelancongan kepada setiap kerajaan negeri bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020).
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion untuk jayakan VMY2020.
  • Kerajaan akan sumbang sebanyak RM100 juta untuk pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera.
  • Kerajaan akan anjur Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 untuk isi program VMY2020 bagi perkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan
  • Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) untuk wujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada belia dan wanita.
  • Program #MalaysiaKerja dijangka akan wujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350,000 untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun.
  • Kerajaan akan tingkat peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan sekolah untuk ringan bebanan ibu bapa.
  • Kerajaan kaji untuk tingkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.
  • Kerajaan bercadang untuk memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan
  • Kerajaan bercadang tingkatkan gaji minimum kepada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.
  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh PERKESO akan diperluas bagi membolehkan caruman oleh 18 kumpulan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020.
  • Program i-Suri ditambah baik dengan beri peluang suami sumbang dua daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isteri.
  • Kerajaan akan tambah peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah daripada RM652 juta tahun lalu kepada RM735 juta tahun depan.
  • Kerajaan memperuntukkan RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • Sebanyak RM23 juta akan disediakan untuk memastikan sekolah kebangsaan mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Kerajaan tingkat peruntukan kepada RM5.9 bilion bagi perkasa program TVET.
  • KWSP akan memperluaskan skop pengeluaran untuk biayai pendidikan di peringkat sijil.
  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA dan RM2 bilion bagi biayai pinjaman untuk 50,000 pelajar.
  • Kerajaan tingkat peruntukan pembangunan luar bandar kepada RM10.9 bilion dalam usaha rapatkan jurang pendapatan dengan bandar.
  • Kira-kira RM587 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak.
  • Sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang bakal beri manfaat kepada lebih 30,000 orang dengan majoriti penerima tinggal di Sabah dan Sarawak.
  • Kerajaan peruntukkan RM1 bilion untuk pembangunan jalan luar bandar di seluruh Malaysia dengan tumpuan untuk bina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
  • Sabah dan Sarawak kekal jadi negeri penerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion.
  • Kerajaan akan tingkatkan subsidi dan bantuan sosial kepada RM24.2 bilion termasuk bantuan Kebajikan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) serta subsidi berkaitan bahan api
  • Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk BSH dan perluaskan skim kepada 1.1 juta individu bujang berumur lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
  • OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak terima bayaran BSH.
  • Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak terima RM300 dan secara automatik jadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.
  • Kerajaan memperuntukkan RM80 juta untuk menaik taraf, baiki dan selenggara 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Sejumlah RM25 juta diperuntukkan untuk urus, tadbir dan perluaskan program Food Bank ke seluruh negara
- BERNAMA
Kredit : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/616535/intipati-belanjawan-2020

With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. Alhamdulillah, bajet yang menarik bagi orang macam Zumal bukan kerja sektor awam dan swasta. Nampak bagus. Dari bajet yang lepas2 duk memanfaatkan warga emas tapi tubuh pusat penjagaan warga emas yang orang tak pergi. Dalam ayat memanfaat ribu2 warga emas di satu-satu negeri tapi yang sebenarnya hanya orang2 tertentu terima sesuatu di sebaiknya 😅

    ReplyDelete
  2. BSh masih ade lagi ke tahun depan? Macam best je belanjawan dia main jutanam. Hurm.^^

    ReplyDelete
  3. mengapa fokus kepada orang bujang..

    tak akan surub orang bujang membujang selamanya

    ReplyDelete
  4. banyak.. macam2 ada hehe

    *done follow sini #5845

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.