Cara Tanam Taugeh Mudah di Rumah. Lebih Bersih dan Segar

Taugeh sejenis sayur simple yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Harganya murah berbanding dengan harga sayur yang lain. Walaupun murah, tapi kaya dengan pelbagai khasiat. Kaya protein, enzim, serat, antioksidan, asid lemak, vitamin dan lain-lain lagi. Bagi yang tak suka makan taugeh, mungkin lepas ni boleh cuba amalkan makan taugeh sebab taugeh juga sesuai untuk menu diet seharian. Tak payah susah-susah beli, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih bersih dan segar.


CARA TANAM TAUGEH MUDAH DI RUMAH

Cuci bersih kacang hijau. Pastikan cuci sampai bersih dan air jernih untuk dapatkan taugeh yang lebih bersih dan berkualiti.


Kemudian rendam kacang hijau yang telah dibersihkan dalam bekas. Boleh rendam dalam besen atau jar tak kisah bertutup atau tidak. Fiza simpan dalam bekas bertutup sebab tak nak termasuk benda asing. Tapi make sure paras kacang hijau suku daripada bekas sebab nanti dia akan mengembang dengan jayanya. 


Selepas 24 jam rendam kacang hijau, bilas kacang hijau dengan air bersih. Selepas rendam tu dah boleh nampak kacang hijau dah bercambah.


Langkah seterusnya sediakan bekas, penapis dan kain. Kalau tak ada kain bersih boleh gunakan tisu, net ataupun penapis halus. Tujuan kain dan tisu paper tu nak bagi lembap bekalkan air. Tapi kalau guna jaring kena siram 3-4 kali setiap hari lah.

Dah ada semua alatan tu, boleh lah susun satu-satu. Letakkan penapis dalam bekas dan alaskan kain atas penapis. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah direndam tu. Dah susun elok, tutup semula dengan kain. Tips nak taugeh gemuk dan panjang, lepas tutup kain tu letak pemberat atas dia. Boleh letak pinggan yang berat.


Last sekali boleh tutup dengan kain hitam atau bekas hitam. Warna hitam ni untuk elakkan terkena cahaya. Kalau kena cahaya akan menghasilkan taugeh yang kurus. Letakkan bekas di tempat yang gelap. Siram 2-3 kali sehari. Pastikan air di bawah tapisan tu sentiasa dibuang selepas siram ye. Kalau tak air bertakung tu akan berbau busuk dan memberi kesan pada taugeh.

Hari kedua selepas letak dalam bekas anak pokok taugeh dah kelihatan. Teruja sungguh tengok taugeh membesar dengan cepat macam ni.


Hari ketiga dah makin banyak membesar dengan jayanya. Kulit kacang hijau sudah mula tertanggal.


Akar pun dah mula tumbuh keluar daripada lapisan kain dan penapis.


Hari keempat, Dah nampak macam pokok taugeh dah. Super excited nak harvest tapi belum sampai masanya lagi. Tapi ikutkan boleh je kalau nak harvest.


Akar pun dah makin banyak ni. Okay next.


Hari kelima, taugeh dah boleh harvest tapi Fiza nak tunggu hari ke enam baru harvest sebab masih tak cukup mencapai rupa taugeh yang Fiza nak. 
berlumba-lumba nak membesar ni


Sejuk mata memandang


Dah boleh goreng dah ni tapi Fiza extend sehari lagi untuk harvest 
Akar dia super banyak kot. Rasa tak sabar betul nak harvest pokok taugeh ni. Hari hari tengok perubahan dia memang excited.


Hari Keenam, yeay! Taugeh dah boleh harvest semuanya walaupun rasanya tak semua besar-besar ni.

Super duper happy tengok taugeh membesar

Dari kacang hijau yang sikit tu boleh dapat sebekas taugeh ni okay
 
Saiz pelbagai

Puas hati dapat tanam taugeh dengan cara yang mudah di rumah. Paling penting kebersihan terjamin. Happy dapat hasil taugeh yang segar macam ni walaupun saiz ada besar kecil. Lagipun kalau beli taugeh, Fiza suka beli taugeh yang tak direndam tu. Beli taugeh yang dah ditoskan air. So boleh tahan lama. Nak tahan lama lagi simpan dalam paper letak dalam peti ais. Kalau simpan rendam dalam air macam cepat tak elok je. Taugeh cepat serap air. 

Ada juga tips lain rendam dengan asam keping. Tapi paling Fiza suka taugeh simpan tanpa air, letak dalam paper boleh tahan lama dan jimat sikit. Tanam banyak macam ni pun jimat cuma kena habiskan secepat mungkin lah nampaknya. Tak sangka banyak pula hasilnya. Haha



Agak jenuh nak mengasingkan taugeh ni. Ini baru suku keluarkan daripada bekas tu. Bertabahlah ye nak asingkan semua ni.


Kadang bila tanam menjadi ni macam satu terapi juga. Seronok tengok hasilnya kan. Yang suka taugeh tu, sila tanam dan buat stok taugeh di rumah. Selamat mencuba!


28 comments:

  1. Akak suka sangat makan taugeh..x kiah tauge halus atau tauge kasar..sedap...boleh la cuba nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak. kalau taugeh kasar kena guna kacang soya. Selamat mencuba :)

      Delete
  2. banyak nya. rasa teruja dengan hasil. tp nak buat tu yang .... hahaha. malasnyaa.

    ReplyDelete
  3. Pernah beberapa kali tanam tauge ni, last sekali tauge tu terover panjang. daun2 lebar. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya 4-5 hari dah boleh harvest dah sebab kalau dah berdaun tu rasa lain pulak

      Delete
  4. taugeh homemade lebih yakin dan puas hati..

    gigih juga nak ambik gambar tauge nie

    ReplyDelete
  5. teringat zaman2 dulu, emak selalu buat sendiri tauge kacang hijau ni.
    sekarang senang beli aje, RM1 pun dah banyak

    ReplyDelete
  6. baru nampak org buat kt fb, tgk yg ni lagi best... sbb versi sikit...
    lps ni akak nk cuba jgk lah... kebetulan kt rumah tu mmg ada kacang hijau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit pun tak sikit sangat ni. banyak jugalah dapat sekali buat.

      Delete
  7. Replies
    1. masak apa pun sedap taugeh ni. kalau dah namanya penggemar taugeh kan. hihi

      Delete
  8. bru puas hati tanam taugeh sndiri..
    gemok2 plak taugeh tu.. hihi

    ReplyDelete
  9. Tak sampai seminggu dah boleh masak. Teringat masa sek dulu ada projek tanam tauge. Seronok sgt.

    ReplyDelete
  10. hehe sis patut buat time lapse, singkat je masa taugeh membesar ye..mudah pulak tu..;p

    ReplyDelete
  11. teringin rasanya nak buat macam ni...nanti free boleh la buat..risau kering je...heheheh

    ReplyDelete
  12. Wahhhh baguslah perkongsian Fiza ni..
    Balik kg nanti LZ nak buatlah..
    Cantik sungguh hasil kejadiannya..

    ReplyDelete
  13. dulu masa kelas sains skola rendah ada jugak kene tanam taugeh ni..tapi untuk eksperimen jela..hehe

    kite tak suka taugeh,,,tapi kita makan je.. kekeke

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.