Bersihkan Udara Didalam Rumah Secara Semulajadi

Friday, August 30, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Untuk kesekian kalinya Fiza update tentang pembersihan udara ni. Harap bergunalah untuk semua. Percaya tak kalau Fiza cakap, dari kecil memang tak suka warna hijau. Baju hijau ke barangan warna hijau ke memang tak ada. Sebabnya hijau tu serupa dengan katak pisang. Dan katak tu adalah salah satu spesis katak yang Fiza geli dan takut. Tapi dalam tak suka hijau, Fiza sukakan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Suka dengan keindahan kehijauan flora semulajadi ni. Paling suka masuk hutan sebab hijau tu menenangkan.


Sedia maklum udara di bandar ni terdedah dengan udara yang kotor daripada industri dan juga asap kenderaaan. Walaupun duduk dalam rumah tak semestinya udara bersih. Kalau ruang udara tertutup memang boleh sesak nafas dibuatnya. Jadi, kalau nak rasa udara yang segar dan bersih secara semulajadi tu bolehlah tanam pokok di dalam rumah seperti pokok sirih gading, monstera, spider plant, aloe vera dan sebagainya. Boleh baca tanaman untuk membersihkan udara yang Fiza pernah update sebelum ni.

Pokok Sirih gading/Golden Pothos/Devils Ivy/Plant Scindapsus Aureus, pokok hijau yang terpaling mudah nak tanam dan cepat besar lagi-lagi kalau tanam dalam tanah letak di luar. Air dan cahaya cukup memang elok membesar. Yang mana panjang menjalar dalam pasu tu Fiza potong dan letak dalam balang kaca yang di isi air. Selain tujuaanya untuk membersihkan udara dengan menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya, boleh dijadikan sebagai hiasan juga. Bila dah letak air, tak perlulah nak jaga sangat sebab air dah cukup. 

Cuma kena topup air lah dan maintain akar dia tenggelam dalam air. Bila letak tumbuhan dalam air ni kena pastikan juga nyamuk tak membiak dalam tu ye. Nampak jejentik tu terus tukar air. Kalau tak nak guna air boleh gunakan polymer crystal gel tu. Dari dulu nak beli tu tapi tak beli-beli lagi. Dan kalau nak tanam dalam tanah macam biasa pun okay je sebenarnya. Tapi tak berapa suka letak tumbuhan bertanah dalam rumah. Agak leceh nak angkat dan siram. Lebih baik letak dalam air senang kerja. Lepas ni misi mencari mini monstera pula.

With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. sgt nak kan pokok ni kat rumah.
    next month nak tambah dapur, nak buat satu seksyen utk pokok dlm rumah :)

    ReplyDelete
  2. saya pun tanam pokok ni kat rumah, dalam toilet pon saya letak juga... payah mati pokok ni kan... hehe terbaik!

    ReplyDelete
  3. Bunga yang macam ni boleh buat indoor plant..ada beberapa bunga yang tak bleh kan...jenis keladi la apa la...rumah akak mmg x leh letak bunga2 ni...budak kecik ramai...

    ReplyDelete
  4. ooo nak carik lerr satu macam ni...tapi kat rumah ni susah sikit, ada kucing berebut jugak nak bercucuk tanam kalo letak pokok dalam rumah...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.